28 November 2006
DILARANG PIJAK RUMPUT
Sains pula mengatakan,rumput memberi oksigen kepada manusia. Tambahan pula rumput yang berwarna hijau kerana makin banyak mengeluarkan oksigen kepada alam . Lihat....Begitu besar jasa rumput yang kini dilupakan.
Itu rumput, bangaimana pula makhluk yang dipanggil "khalifah" di muka bumi ini. Tentu sumbangannya lebih banyak dan besar bukan.
Jadi buat apa anda "feed up" sekiranya sesuatu yang diinginkan tidak berhasil. Usaha lagi dan ber'tawakal' kepadaNya dengan seikhlas hati.
Anda mungkin tidak perasan ada manusia yang mengkagumi anda.
Buangkan yang keruh ambil yang jernih....Boleh
...............................
Dunia ini menipu...
Suatu ketika anda dijemput menghadiri majlis makan roti. Entah bagaimana anda ternampak makanan tersebut disaluti racun.
Ketika makan, rakan-rakan anda begitu ghairah menikmati juadah hidangan dengan selera sekali. Manakala anda pula berasa khuatir untuk makan disebabkan anda sudah tahu resepi roti tersebut.
Begitu juga dengan dunia, sekiranya anda mengetahui hakikat dunia ini, segala kenikmatan, kecantikan, kemewahan, kejelitaan tidak beerti. Hanya mereka yang mengetahui, sentiasa berjaga-jaga hidup di dunia ini.
Anda mungkin berkata 'bagaimana hendak mengetahui yang bahaya dan selamat?' Haa.. jawapannya pada anda!! sikap dan akhlak anda...PELAJARI LAH
sesungguhnya kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat
(38:46)
22 November 2006
SALAH KE SILAP...
kenangan terakhir di kuliah adab TetouanAssalamualaikum. Terima kasih kerana melawat blog ini...
Pening betul kalau cerita pasal tingkah-laku orang. Tingkah laku tu akhlak la. Pelik tull orang zaman sekarang...
Kalau kita tegur kat orang; ni tak baik, tu tak baik, nanti orang yang kita tegur pun kata kat kita balik "orang tu buat boleh" tak pun dia kata "eleh dia pun buat". Jadi sekarang salah siapa??
Tingkah laku ni bukannya boleh diperbaiki sendiri. Tetiba je orang tu jadi baik. Macam kereta jugak la, kalu rosak mana boleh elok sendiliiii..
Tu sebab kita kena menuntut ilmu untuk memperbaiki tingkah-laku kita, tak boleh main agak-agak je. Orang sekarang ni banyak main teka-teka je, kalau bertentangan dengan dia belajar(ilmu yang dia ada), mula la sibuk kata tu salah, ni salah...
Nak cerita bab ilmu ni panjang. Nak pendikkan cerita, ilmu ni kunci segala perkara
"al-ilmu imamu al-amal, walamalu tabiuhu"
maksudnya: ilmu itu laksana imam kepada amalan dan amalannya itu pengikutnya
Jadi tak salah aku katakan, nak baiki tingkah-laku ni mesti belajar dan berlatih. Kalau semalam kita cakap bodoh, bangang, bahlol, hari ni kita berlatih cakap Allah, Allah, Allah.
Cuba kita sama-sama fikir, kalau nak hebat bermain bola, mesti berlatih berhari-hari... kalau nak laju menaip, mesti bukak pc hari-hari tak pun main 'YM' tiap masa ke... Tak kisah la nak apa pun, yang penting mesti berlatih untuk mendapatkan sesuatu.
Nak baiki tingkah-laku ni pun mesti berlatih tapi mesti mengikut petunjuk yang benar. Alaa.. macam kita la kalau nak solat mesti belajar feqah. Begitu jugak dengan tingkah-laku.
Ni aku nak bagi sikit formula nak baiki tingkah-laku kita. Formula ni aku amik dari nukilan Iman Ghazali dari kitab Ihya Ulumuddin
1. berguru dengan guru yang dipercayai
2. berkawan dengan kawan yang bagus akhlaknya
3. saling bermaafan
4. ambil ikhtibar dari kesalahan orang lain
nak lebih tau lagi pi baca sendiri ye. Em..
"Hati yang lapang adalah jiwa yang suci, hati yang paling suci mulia adalah jiwa yang paling dekat dengan ALLAH yang abadi"
-HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERZIKIRLAH MENGINGATI ALLAH DENGAN SEBANYAK BANYAKNYA-
( 33:41)
16 November 2006
MARTIL
15 November 2006
AKHIR DAN AWAL

Menatap pada tajuk, terbayang dibenak kita; sepatutnya awal dan akhir…..
Terima kasih kerana melawat blog ini. Tajuk ni tak ada benda yang menariknya, kalau para pelawat tak ada masa, tak payah baca sampai habis.
Aku teringat lagi, masa kecik-kecik dulu aku suka main pasir, suka sangat!!. Umur aku masa tu dalam lingkungan 3-6 tahun. Aku suka main pasir sebab macam panjat bukit, pastu main korek-korek pulak kat pasir tu.
Ni cerita betul. Aku teringat sampai sekarang sebab selalunya kalau aku main pasir mesti dapat penyakit di kulit. Dah baik main semula, dah baik main semula.
Itu cerita dulu-dulu, bagaimana dengan pembaca sekalian, mesti ada pengalaman waktu kcik-kecik dulu. Kalau diringatkan mesti rasa seronok bukan.
Sekarang aku di alam remaja, entah sempat menempuh alam dewasa atau alam ke tua tidak??. Sekurang-kurangnya kita sama-sama berdoa agar dipanjangkan umur. Dengan umur yang kita perolehi nanti dapat la sedikit sebanyak menyumbangkan kepada Islam.
Nak kembali ke zaman mainan kita,emmm… mana boleh, jadi maknanya kita akan sentiasa bergerak ke hadapan bukan ke belakang. Nak lebih faham lagi telah bermula dan akan berakhir. Masalahnya bila berakhir?
Sekiranya kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita, memang semua benda bermula dan berakhir, kecuali pencipta alam ini. Jadi setiap benda yang terjadi ada awal dan ada akhir.
Mana ada benda yang bermula dari akhir!!. Oleh itu sudah menjadi lumrah setiap sesuatu bermula dari awal. Maka dengan itu, mari kita mulakan kerajinan kita, mulakan ketekunan kita, mulakan kecermelangan kita dan mulakan senyuman kita yang sudah sekian lama terperam.
Dan yang penting kita mulakan dakwah kita...Dan terima kasih kerana tidak membaca tulisan ini dari rangkap yang terakhir.
Apa lagi…mulakan
14 November 2006
BLOG!!
Sejak akhir-akhir ni ramai orang yang dah "terer" mengendalikan blog. Tak kira la yang cantik, tercantik, paling cantik yang penting ber'blog'.
Nak buat blog ni mesti dan wajib menguasai internet terlebih dahulu. Tau banyak ataupun sedikit yang penting ada kemahuan dan usaha bersungguh-sungguh.
Nak panjangkan cerita, internet ni ada kesan positif dan negetif. Padahal benda ni berada di hujung jari kita sahaja. Boleh dikatakan, internet ni ada segala-galanya walupun pada hakikatnya internet ini berada di alam maya. Kepada pengunjung laman web aku ni, apakah pandangan anda tentang internet??. Terpulang……
Blog ni boleh diibaratkan sebagai buku nota kita. Kadang-kadang kita terbaca sesuatu yang menarik, maka kita merasa rugi sekiranya kita tidak mencatat dan berkongsi bersama-sama kawan. Haaaa… bagaimana pendapat aku ni diterima ke tak??
Tak salah rasanya aku katakan blog page9 ni masih baru, banyak benda yang perlu aku pelajari, tak kisah la dari segi mana-mana pun. Kalau ada sesiapa yang nak bantu aku, dipersilakan.. amat dialu-alukan.
Sebagai seorang perantau memang memeritkan, apatah lagi berjahuan dengan keluarga, akan tetapi keakrapan diantara pelajar-pelajar menghilangkan resah dihati berjauhuan diperantauan.[1] Mana tau dengan menulis di blog juga dapat menghilangkan resah dihati. Pendapatku …
Nak berlawan-lawan dalam penulisan blog?? Emm …mungkin ada dihati kecil kita, tapi tak mengapa itu adalah perkara sihat kalu tak berlebih-lebihan. Yang penting sekali, semoga dengan adanya blog, kita dapat membantu menyubur dan menghidupkan lagi gerakan islamisasi masyarakat
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [3]
Untuk lebih faham lagi, ayat tersebut mengajak membuat kebaikan dan membasmi perkara yang keji ataupun jahat (mungkar)[4]. Dan yang penting kita sebagai ummat nabi Muhammad mesti berprinsip begitu.[5] Mesti…
Tak kira la, dari segi apa mereka yang ber'blog' ni tulis, pengalaman, diari harian, terjemah buku, bersastera dan lain-lain lagi, yang penting tujuan ke arah mengimarahkan ayat tersebut. Emmm …apa agaknya maksud mereka yang menulis blog untuk tujuan sebalinya??
Nak tulis ni mesti ada masa yang panjang, jadi kawan-kawan sekalian masa mana anda luangkan utk ber'blog' ini. Elok rasanya aku tuliskan masa ini kepada 4 bahagian.; untuk agama, utuk mencari rezeki, khidmat kepada manusia dan merehatkan badan [6]. Pilih la masa mana anda lakukan ber'blog' ni??
Kadang-kadang dalam kepala otak aku ni muncul fikiran-fikiran yang kotor. Mana tidaknya, aku fikir, orang-orang yang ber'blog' ini mungkin nak bertemakan "trend mengurangkan rasa berdosa"[7]. Ye la, ber'blog' ni merasakan diri dah berbuat kebaikan.
Tak kira la dimana anda!! . Yang penting, mempelbagaikan dakwah anda[9] dan tiada dendam diantara penulis dan pembaca blog[10]. Anda semua yang menentukan baik buruk penulis blog. Semoga dengan imu yang kita ada diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, aku nak ajak pelawat blog ini berhibur sedikit dengan menonton youtube; Tanya Linda-hantu[11] dan ulasannya[12].
[1] . kenangan semalam
[2] . perasmian
[3] . surah Al-hajj, sebagian ayat 41
[4] . safwatul tafasir, penukilan oleh Syeh Muhammad Ali Sobuni cetakan 2002
[5] . Tafsir an-nafasi,cetakan pertama dari darul nafasi
[6] . Hadith assulasak Imam Hassan al Banna,m.s 449
[7] . diary seorang mujahid
[8] . kamar rahsia
[9] . saiful islam
[10]. tranungkite
[11]. tanya linda
[12]. seekers-malaysia
13 November 2006
FIKRAH???
Bertemu lagi kita kali ini. Tulisan aku kali ni tak de benda pun. Sebenarnya aku masih tercari-cari, perkara apa yang perlu diisi pada blog ini, sesuai dengan keadaan aku yang serba kekurangan dan kelemahan menguasai ilmu.
Nak cerita tentang fiqah, aku tak berapa arif sangat, nak cerita tentang pengalamn aku, tak ada la banyak sangat pengalaman aku, nak cerita tentang diari seharian aku, emmm… macam biasa la aku buat, makan, minum tidur, baca buku, bukak komputer.
Mengisi dan mem'blog' seperti apa yang aku kata di atas, adalah lebih wajar orang yang tengok blog aku ni lawat pada blog kawan-kawan aku. Di sebelah ni tertera link kawan-kawan aku yang sama pengajian di bumi Andalus ini. Tulisan mereka lebih bernas dan matang.
Kepada sesiapa yang melawat blog aku ni, jangan pelik pulak tulisan-tulisan yang aku akan tulis nanti, sebab tulisan yang Insyallah aku akan tulis ni tak tentu. Maksud aku, tulisan aku kadang-kadang pasal ekonomi, politik, isu semasa, fiqh, akidah dan lain-lain, jadi jangan pening-kepala tengok blog aku ni.
Satu lagi perkara, aku cadangkan kepada para pelawat membuka blog kawan aku ni. Tulisan dia baik sekali untuk tatapan umum yang cintakan ilmu, tajuk tulisan tu "kita dan ilmu".
kalu nak tengok blog yang relaks siket tengok la blog musmai. Ni blog kawan aku jugak, belajar dekat bumi Andalus ni.
12 November 2006
MARI MENGENAL
Assalamulaikum buat sahabat-sahabat, kawan-kawan, dan umat Islam. Ahalan wa sahlan dan ucapan terima kasih kerana melawat blog yang telah dilancarkan ini.
Alhamdulilla, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang besar terhadap kita; iman dan Islam.
Ucapan terima kasih kepada sifu aku, kawan-kawan yang banyak membantu dalam melakarkan blog ini, jesteru mengajar membuat blog dengan baik sekali.
Sebagai mukadimah, aku ingin memperkenalkan serba sedikit tentang sejarah tertubuhnya blog ini.Apabila ingin membuat sesuatu yang baru pasti terfikir di benak kita tentang nama.Tentu sukar sekali utuk menentukan nama yang terbaik serta membuahkan hasil.
Justeru itu, aku pun mencari nama-nama yang sesuai untuk di'subtaitle'kan pada blog ini. Antara nama yang tersingkir dalam pemilihan ini ; ibnmohamad, gombreng, nuur02,simai02, biasanilmu, martili05 dan al-ayyam. Semua nama ni ada sejarahnya tersendiri. Namun demikian aku telah meletakkan nama blog ini sebagai page9. Mudah-mudahan ada hikmahnya di sebalik nama tersebut.
Gambar yang termaktub di atas sekali tu, gambar sekitar martil, penuh bukit-bukau. Penduduk di sini ada yang tinggal dekat atas bukit.Best tull!! Boleh capai awan. Oleh kerana aku tinggal di sini, maka gambar tu pun jadi tema blog aku.
Kenapa pilih warna hitam?? Ni soalan cepu emas bagi aku. Sebenarnye nak letak warna coklat atau kuning cair, tapi yang selesanya pulak warna hitam. Gitu la….
Benda yang berhias-hias kat tepi tu sifu yang ajar, termasuklah jam, tempat comen, link dan lagu. Terima kasih banyak aku ucapkan kat sifu.
Tanpa berceloter panjang, al-kisah tertubuhlah blog ini dan dinamakan wwwpage9.blogspot.com








