29 November 2007

PERMINTAAN



Assalamualaikum..atas permintaan seorang sahabat, penulis memberi serba sedikit biodata mengenai SYED QUTB....

Biodata Syed Qutb

*Nama penuh-Sayyid Qutb bin Ibrahim Qutb
*Hafaz Quran sewaktu usia 9 tahun
*Berbakat dalam bidang sastera dan menguasai bahasa Arab dgn baik
*Belajar di Madrasah Ulum(uni bahasa)
*Setelah grad, berkhidmat sebagai guru dan banyak menulis artikel-artikel kontroversi di akhbar-akhbar.
*Hassan Al-Banna mengarahkan agar ahli-ahli Ikhwanul Muslimin supaya tidak melayan tulisan-tulisan kontroversi beliau kerana akan menyebabkan Sayyid semakin terkenal.
*Sewaktu berusia 40 thn, kerajaan Mesir hantar Syed Qutb ke AS. Apabila beliau pulang, boleh berkhidmat sebagai menteri pendidikan Mesir.
*Semasa di sana, beliau sakit dan dimasukkan ke hospital, semasa di hosspital itu la, beliau ternampak orang-oarang Yahudi berpesta. Beliau bertanya pada hospital attendence, lalu orang itu kata "Semalam salah seorg extremist Islam telah dibunuh di Mesir, extremist yg di maksudkan ialah Hassan Al-Banna.
*Lalu timbul kesedaran dalam hati beliau. Beliau kembali ke Mesir dan menyertai Ikhwanul Muslimin.
*Jamal Abd Nasir menangkap Syed Qutb.

Rentetan Hidup-
1948-pergi ke AS
1949-menyertai Ikhwanul Muslimin, menggantikan Hassan Al-Banna
1952-tulis Fi Dzilalil Quran..keluar masuk penjara
1954-ditangkap oelh Jamal Nasir
1959-dibebaskan oleh Anuar Sadad..sempat mengedit sampai 13 juzuk
1964-ditangkap semula
1966-dihukum gantung


26 November 2007

SANTAI

Assalamualaikum....

Makin hari makin membesar. Makin bertambah umur. Makin bertambah pengalaman. Makin bertambah kesedaran. Makin bertambah dosa pahala. Makin bertambah kesalahan. Makin dekat dengan kematian. Setiap perbuatan akan dihitung. Syurga dan neraka sudah pasti. Percaya atau tidak percaya, pasti dilalui. Inilah hakikat dan kebenaran....

Dunia ini tempat berusaha. Usahalah...

"Post" kali ini nak memperkenalkan "blog" keluarga saya di Magribi. Gambar di atas ni, blog senior saya. Bentuk blog dia antara yang terbagus bagi saya. Kalau nak tau pengalaman seorang yang digelar mahasiswa Magribi, boleh la melawat ke cipto.

Blog ini saya ibaratkan sebagai catatan aktiviti kaum Hawa di Magribi. Sapa-sapa yang ingin berkenalan dengan kaum Hawa Malaysia di Magribi, sila la lawat ke HELWI.

Ini kepunyaan kawan saya di Rabat. Setiap nukilan yang dihasilkan membuahkan pembaca di arena pemikiran dan penghayatan. Bahasanya yang mudah dan santai. Di samping itu, pembaca akan dapat mengetahui perjalanan seorang pelajar. Sila ke aina.

Blog ini satu-satunya kepunyaan senior saya di kawasan saya belajar. Hebat. Sebut sahaja pasal pc insyallah semua dia tau. Blog ini juga antara yang hebat pada anggapan saya. Sila le ke acik.

"Penghayatan Islam". Mungkin itulah moto artikel yang selalu dinukilkan. Bagus dan menarik. Sesiapa yang membacanya pasti terpukau dengan kebolehannya. Blog ini kepunyaan rakan serumah saya. Selalu dia memberi nasihat kepada ahli rumah. Sila ke daud.

Saya sedikit kagum dengan bahasa yang terpalit di blong ini. Berbahasa dan berbunga. Tambahan pula, dia mempunyai kebolehan dalam berbahasa.Banyak juga sajak yang dihasilkan. Sila ke khalilah.

Blog ini agak aktif. Ada ceria dan ada duka pada tulisan artikalnya. Saya menjangka blog ini sudah lama dihasilkan pada alam maya. Sila ke hafizah.

Penuh ilmiah. Artikel yang dihantar selalu dikaitkan dengan terjemah sesuatu kitab. Justeru pembaca akan mengetahui corak penulisan kitab berbahasa Arab. Sila ke musad.

Sempoi. Ini blog kawan saya paling sempoi. Bagi sesiapa yang ingin belajar Inggris, boleh membaca pada artikel blog tersebut. Sila ke lihin.

23 November 2007

AKAL DAN FIKIR

Assalamualaikum....

Selamat menyambut kedatangan waktu pagi dengan penuh keimanan dan keislaman. Hari-hari kita mengatakan bahawa diri ini seorang Islam, tapi terlupa akan tanggungjawab seorang Islam. Hari-hari kita mengatakan bahawa diri ini dalam keimanan, tapi terlupa akan tanggungjawab seorang yang beriman.

Tidak perlu bermodalkan duit ataupun harta yang melimpah, tapi cukup dengan berbekalkan pemikiran dan akal. Bangun sahaja dari tidur, marilah kita sama-sama berdoa, berazam dan memikirkan bahawa Allah itu wujud serta kita yakini kewujudannya.

Adanya tahi burung bukti adanya burung, adanya tapak kaki bukti kesan seseorang berjalan, adanya langit serta awan bukti ada yang mentadbirkannya.

Dan yakinilah bahawa penciptaan manusia bukan sia-sia.


"Thabit kulubana ala dinik"

21 November 2007

SEGERA


Assalamualikum...

Semua seperti ingin segera. Mempunyai wang dengan segera, mempunyai pekerjaan dengan segera, mempunyai ilmu yang dikehendaki dengan segera, mempunyai kejayaan dengan segera.

Apakah manusia yang berakal berbangga dengan kejayaan seseorang kerana memperolehi dengan "segera"?.

Apakah kita terlupa manusia dan segala yang dicipta oleh pencipta diperlakukan dengan tertib?. Berguling, merangkak dan berjalan. Membaca, memahami dan memikirkan.

Hanyasanya kita sebenarnya berbangga dengan kesungguhan seseorang itu.

Berusalah dan hindari putus asa.

"thabit kulubana ala dinik"

19 November 2007

Sajak SYED QUTB




Saudara
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar memancar


p/s: hayati maksud tersurat & tersirat dlm sajak ini.

18 November 2007

GAGAL


Gagal....setiap orang pasti merasai kegagalan dalam hidup ini. Ada yang gagal dalam bercinta, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam peperiksaan dan macam-macam lagi kegagalan yang berlaku dalam kehidupan kita ini. Tapi yang pastinya setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini pasti ada hikmahnya walaupun kadang kala kita merasai perkara itu remeh.


Begitulah juga dengan kegagalan, Allah tidak akan memberi kita kegagalan kecuali ada hikmahnya yang tersendiri. Contohnya jika kita gagal dalam percintaan mungkin Allah mahu kita merubah diri kita lebih baik atau mahu mengajar kita erti cinta yang sebenar. Jika kita gagal dalam peperiksaan pula mungkin Allah mahukan supaya kita lebih berusaha dan tidak kenal putus asa. Bermacam-macam lagi lah alasan dan hikmah Allah memberi kita kegagalan yang penting kita mencari hikmah yang tersembunyi dalam kegagalan kita itu.


Yang pastinya itu semua adalah ujian dari Allah. Sesungguhnya setiap orang tidak akan lepas dari ujian Allah tidak kira ujian itu berat atau ringan. Ujian itu adalah tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata untuk menguji tahap mana keimanan seseorang itu. Jika kuat iman seseorang itu maka dia akan sentiasa sabar dan redha jika tidak maka tergelincirlah seseorang itu dari landasan yang sebenar.


".....Fabasyirris shobirin..."

SAHABAT


Sahabat..mengikut takrifan drpd Imam Ghazali "sahabat adalah orang yang tidak pernah melupakan sahabatnya di dalam doanya"..


Lukmanul Hakim juga ada memberi petua bagaimana untuk mencari seorang sahabat, pesan Lukmanul Hakim "wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari sahabat sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat. Jika tidak demikian maka berhati-hatilah"..


Lukmanul Hakim juga berpesan "bila engkau bersahabat, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadnya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu"..


Jadi fikir-fikirlah dalam diri kita adakah diri kita telah boleh digelarkan sahabat sebagai mana yang ditakrifkan oleh Imam Ghazali. Banyak manakah doa kita kepada sahabat-sahabat kita?..

Jawapannya ada dalam diri kita......


"Tidak sempurna IMAN seseorang selagi mana dia tidak mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"...

KUIH


Seronak membuat kuih bagi mereka yang suka memasak dan ingin belajar memasak. Seronok membaiki kereta bagi mereka yang meminati mekanik. Apa yang mebuat minat seseorang adalah "seronok".

Kadangkala seronok bukan datang dari diri sendiri. Biasanya kita tak suka bermain bola, tetapi kerana dek ajakan rakan-rakan, kita berasa "seronot" bermain bola. Biasanya kita malas "mentalaah" buku, tetapi kerana "geng-geng" kita membaca buku, kita pun turut "join" baca.

Al-kisah, sekiranya kita nak sesuatu dekatlah degan sesuatu. Hendak menjadi ahli maksiat berkawan rapatlah dengan ahlinya. Hendak menjadi pemasak, berkawan rapatlah dengan Chef Wan. Hendak pandai bermain bola, berkawan rapatlah dengan Becham.

Yang pasti, barkawanlah dengan semua orang dan berkawan baiklah dengan sesetengah orang.

Bermula sesuatulah dengan Bismillah....

Thabit kulu bana ala dinik.

15 November 2007

LALAI


Assalamualaikum...

Nikmat yang diperolehi sering disalah gunakan. Akal yang dicipta pencipta tidak lagi mampu untuk berfikir. Terlalu sempitkah akal ini untuk berfikir matlamat hidup?.

Jangan pentingkan diri untuk memperolehi sesuatu. Biarlah hidup secara realiti. Makan minum bersama. Ini tidak, duduk serumah bagaikan musuh. "Biar mampus sama dia". Apa salahnya kita menjadi perintis. Duduk semeja bincang "problem".

Dah besar perangai macam kanak-kanak. Silap sikit merajuk dua tiga bulan. Pandang pun tidak tegur pun tidak. Walahal duduk serumah.

Beringatlah kita bersama. Yang lupa diingatkan, yang salah diteguri, yang cacat dibaiki, yang "sohih" kita "join" sekali.

Apa kita lupa orang muslim itu bersaudara.

Thabit kulubana ala dinik....

14 November 2007

SENYUM




Assalamualaikum...

Percayalah dan insyallah, apa yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Hikmah itu bukan kerana kita tidak sedar, tapi keranak dek buat-buat tak sedar.

Pastikan kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Sudu di atas meja tidak akan bergerak tanpa sesiapa yang menggerakkan. Perut tidak berasa kenyang tanpa mulut menguyah makanan.

Thabit kulubana ala dinik...

08 November 2007

CINTA ALLAH SEPENUH JIWA


KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya “get the same channel.”
Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat. Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat. Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu. Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “love” membawa makna “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.“O” maknanya “obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.“V” ialah “victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan. Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.“E” ialah “enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa. Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah perangai Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.

06 November 2007

SERUPA BIKIN




*4. Kita benci kalau diumpat orang, tapi kita cukup senang memperkatakan keburukan-keburukan orang lain. Mulut kita macam tak boleh ditutup daripada mengutuk, menghina dan menyebarkan keaiban kepada orang lain. Kita juga lebih gemar menonton drama yang menceritakan kekalutan masyarakat. Semakin banyak umpat keji dalam sesebuah drama itu, semakin menarik kita rasakan. Apakah kita cakap serupa bikin?

*petikan dari Dr.Hm Tuah Iskandar al-Haj, motivasi minda, Membina Jati Diri Gemilang, m/s:34

p/s: diri ini dalam kemelut kemalasan

05 November 2007

KEMBALI



Assalamualaikum..

Sudah tentu manusia akan melakukan kesilapan. Kerana itu manusia perlu berjaga-jaga untuk perjalanan yang dilalui.

Dorongan serta azam yang diperbaharui setiapa hari memastikan kita dipersimpangan yang benar lagi terbaik.

Kadang-kala semangat untuk menyampaikan sesuatu yang baik kepada rakan luntur.Hatta, melalui tulisan mahupun lisan.

Kerana itu, saya kembali menulis, setelah kian lama tidak ber'update'. Doakanlah kecekalan hati mereka yang ingin melihat Islam sebagai paksi kehidupan masyarakat.

"thabit kulubana ala dinik"