31 December 2007

2008




Assalamualaikum..

Umumnya kita telah mengetahui perkara yang salah, tetapi kita tetap melakukan perkara salah itu juga. Andai lautan bergelora kita mengetahui bahayanya, tetapi kita tetap merenanginya.

Setiap saat, setiap masa, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, perkara sama tetap berulang. Nah.. kita berjalan di malam hari untuk seketika pada akhir tahun, tiada apa yang berbeza, laungan TAHUN BARU dengan pelbagai syaitan yang menyerupai manusia.

Ya, arak tidak dihalalkan, tetapi tetap diminum juga. Ya, zina tidak dibenarkan, tetapi dilakukan juga.

JOM pengendali "blogger", kita bersama mencegahnya..

"tahbit kulubana ala dinik"

28 December 2007

BERUNTUNG

Katakanlah Ahmad adalah seorang "jaga" dan diamanahkan untuk menjaga wang 1 cen bernilai RM 1000 000, permata bernilai RM 1000 000, berlian bernilai RM 1000 000, emas bernilai RM 1000 000 dan bernilai bernilai RM 1000 000. Apabila cukup tempoh, pemilik harta tersebut ingin mengambil kembali akan hartanya. Sebagai seorang pemilik harta yang berpengalaman, beliau mengira kembali agar hartanya tidak berkurangan.

Setiap "manusia" juga mempunyai harta pinjamannya yang tersendiri. Kaki, tangan, hidung, mata, telinga, mulut dan lain-lain. Kelebihan harta ini kepada manusia, boleh digunakan tetapi pada tempatnya yang sesuai. Cukup tempoh, pemilik kekal harta tersebut akan bertanya kembali, ""adakah harta tersebut digunakan pada tempat sesuai atau tidak?""

Setiap munusia serupa. Serupa diamanahkan untuk menjaga harta. Setiap harta tersebut akan dihitung kembali. Siapa yang menjaga harta tersebut dengan baik akan diberi ganjaran dan sebaliknya pula apabila mengkhianati harta tersebut.

Manusia yang tidak diberi sebahagian harta, seperti kecacatan kaki dan tangan tidak akan dihitung harta tersebut. Maka, bagaimana manusia akan dihitung harta tersebut sedangkan mereka tidak diberi harta tersebut?.

Beruntunglah mereka yang tidak diberi sebahagian harta apabila dihitung kelak dan amat beratlah hitungan mereka yang diberi harta yang mencukupi.

"thabit kulu bana ala dinik"

26 December 2007

JALAN TENGAH


Assalamualaikum..

Segala masaalah itu pasti akan diatasi dengan sesuatu. Sesuatu yang pada anggapan kita adalah yang tebaik bagi semua pihak. Sekiranya sesuatu itu mustahil dilakukan, lakukanlah dengan sebaik mungkin.

Sesuatu yang dipilih, kadangkala menjadi wasangka kepada diri kita. Adakah jalan yang dipilih ini adalah yang terbaik?. Adakah benar aku melalui jalan ini?.

Mudah sahaja untuk mengatasi. Ambil jalan diantara dua. Apabila salah satu jalan mempunyai bukti yang kukuh serta jelas ianya salah, tolaklah dengan sesuatu pertimbangan dengan akal dan syariat. Bertanyalah dan pertimbangkanla.

"thabit kulubana ala dinik"

23 December 2007

CANTIK


Assalamualaikum..

Bukan salah Islam, tetapi penganutnya yang bersalah. Kadang-kadang kita merasakan jalan kita adalah yang benar, tetapi sebenarnya kita telah jauh terkeluar dari jalanNya.

Islam menganjurkan supaya hidup bermasyarakat kerana ada tujuannya. Hidup bermasyarakat seolah-olah adalah "web cam" terhadap diri kita. Kesalahan yang dilakukan pasti diteguri. Tegurlah cara berhikmah antara kita.

"thabitkulubana ala dinik"

22 December 2007

SANTAI SEKETIKA BERSAMA KISAH JENAKA



Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibu kota dengan menaiki sebuah kereta mewah.

Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata..."Tuan cakap aje apa yang nak di ibu kota ini.. saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush..
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah dapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."kemudian mereka pun bertukar tempat.

Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah. Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan menahan kereta tersebut. Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut.
Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Bush dan ia segera kembali ke motornya serta menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapa pun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"

18 December 2007

SAYANG


Assalamualaikum..

Sifat kasih memang perlu kepada kita dan sifat sayang menjadikan kita berada dalam keadaan harmoni. Kasih dan sayang perlu disatukan supaya menjadi "kasih-sayang".

Kasih ibarat "memberi" dan sayang ibarat "menerima". Memberi sahaja tidak menghasilkan masyarakat yang bertoleransi. Kerana itu, kita perlu memberi dan menerima.

Kita menasihati seseorang dan seseorang menasihati kita. Justeru itu, kita boleh menerima dan boleh memberi. Tanamla sifat kasih dan sayang.

sekian...


"thabit kulubana ala dinik"

16 December 2007

MATA UNTUK MELIHAT


Assalamualaikum..

Hebatnya mata yang diciptakan oleh penciptaa. Tidak perlu di"install" untuk menggunakannya, tiada "megapixel" yang tertera padanya dan tiada bayaran untuk menggunkannya. Hanya terserah pada kita untuk menggunkan dengan sebaiknya atau sebaliknya.

Mata tidak akan berfungi tanpa bantuan unsur yang lain seperti cahaya. Ini membuktikan bahawa mata mempunyai kelemahan dan memerlukan unsur yang lain untuk melihat sesuatu diluar batas oleh kepekaan mata.

Mana mungkin mata dapat melihat matahari, kuman, sesuatu didalam gelap dan melihat sesuatu yang jauh tanpa pertolongan alat bantuan.

Begitu juga kita, tidak mampu melihat perkara-pekara yang ghaib seperti angin, syaitan dan malaikat tanpa alat bantuan. Kadangkala kita pernah bertanya pada diri " kenapa agaknya kita tidak dapat melihat pencipta supaya keimanan bertambah kuat?". Jawapannya kerana kita tidak menggunakan "mata hati" untuk melihat kebesaran penciptaannya. Justera itu, kita mempu meyakini bahawa pencipta yang maha bijaksana wujud.

Lihatlah alam, siapakah yang mentadbir bumi, matahari, langit, awan tanpa ada kecacatan sedikitpun??.

Pelajarilah bagaimana menggunkan "mata hati".

"thabit kulubana ala dinik"

15 December 2007

USAHA




Assalamualaikum...

"Usaha tangga kejayaan". Mudah bukan ungkapan ini. Oleh itu, tiada siapa yang berjaya dan cemerlang tanpa melakukan sesuatu.

Natijah yang ingin diperolehi melalui usaha, tidak pasti akan dikecapi. Kerana apa?. Kerana natijah adalah satu hasil yang akan datang dan usaha itu adalah di masa sekarang. Mana mungkin natijah mendahului usaha sedangkan usaha itu perlu untuk mencapai natijah.

Apa sahaja natijah yang diterima, terimalah dengan hati yang terbuka kerana kita telah berusaha. Segalanya yang diciptakan pasti ada hikmahnya.

"thabit kulubana ala dinik"

14 December 2007

MUNGKAR


Assalamualikum..

Memang perlu menegah dari kemungkaran. Adalah yang utama memusuhi kemungkaran pada diri sendiri. Kerana itu manusia perlu berhati-hati pada setip masa dan waktu agar tidak berterusan melakukan kemungkaran.

Kemungkaran bukan sahaja perlu ditangkis melalui diri sendiri, bahkan perlu menangkis melalui kumpulan. Apabila kemungkaran dilakukan sendirian, ditakuti tersalah jalan, sedangkan berada di bawah satu kumpulan, kesalahan diri sendiri akan ditegur oleh ahli kumpulan.

Berkata cerdik pandai:
"berkumpulan itu tidak akan sesekali-sekali dalam kesesatan"

Apakah tentera Yahudi di Palestin perlu diperangi dengan sendirian??. Apakah mempertahankan negara dari seranagan penjahat hanya memerlukan seorang diri??. Apakah formula menegah manusia menjahui arak sedangkan telah berleluasa penggunaannya??. Adakah Islam itu hanya diadaptasikan pada diri seseorang sahaja sedangkan pada aspek lain tidak diambil kira seperti pembangunan, masyarakat, ekonomi dan negara??.

Jadikan Islam sebagai gaya hidup. Islam bukan dipandu, tetapi memandu.


"thabit kulubana ala dinik"

13 December 2007

SAKIT


Assalamualaikum...

Apa sahaja yang dilakukan pasti dimusuhi. Kelakuan baik dan kelakuan jahat sama sahaja akan dimusuhi. Bagaimana tidak dimusuhi sedangkan baik dan buruk saling bertentangan??.

Pelaku baik akan ada penghalang oleh pelaku jahat dan pelaku jahat melihat dirinya dihalangi oleh pelaku baik.

Orang Muslim yang menjalankan misi dakwah akan dimusuhi orang munafik, zalim dan kafir. Manakala mereka yang munafik merasakan dimusuhi oleh orang yang menasihati mereka. Oleh itu, setiap posisi sama ada pelaku baik atau pelaku jahat mesti akan ada pertentangan.

Adakah pelaku baik dan pelaku jahat itu ada musuhnya, menjadikan menusia akan memilih pelaku jahat sebagai gaya hidup kerana berhujah, "aku pilih jadi baik ke, jahat ke, ada orang tak suka jugak".

Sebenarnya sebagai seorang manusia yang beriman dan meyakini akan Allah, perlu memilih pelaku baik walaupun ada musuh yang tersendiri. Musuh yang datang sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah ujian dari Allah sama ada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.

Mana mungkin seorang yang beriman tidak diuji oleh Allah sedangkan para rasul kesemuanya telah diuji olehNya.


"thabit kulubana ala dinik"

12 December 2007

TERBATAS


Assalamualaikum..

Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, yang telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya. Mempunyai tangan yang mampu untuk menulis, mempunyai kaki yang mampu berjalan, mempunyai akal yang mampu berfikir baik dan buruk dan segala anggota badan yang mampu untuk bekerja.

Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, manusia adalah makhluk yang dicipta dengan keunikan yang tersendiri. Mempunyai nafsu dan akal yang mampu berfikir...

Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, kerana menciptakan manusia yang mempunyai had tertentu. Mata yang hanya dapat melihat jarak kurang dari 1000m, hidung yang hanya mampu menerima udara bersih, mulut yang hanya mengeluarkan bunyi apabila anak tekak digerakkan, tubuh badan yang perlu direhatkan pada setiap malam dan segala yang diciptakan hanya bekerja mengikut apa yang diciptakan.

Memikirkan bentuk dan zat Allah adalah sesuatu yang mustahil selamanya. Memikirkan akan zatnya adalah sia-sia dan batil. Kewujudan Allah adalah benar dan wajib dipercayai. Manusia tidak mampu memikirkan akan zatnya kerana diluar batasan akal. Bagaimana akal yang terbatas ini ingin mencapai batasan di luar akal??... Adakah kaki yang diciptakan ini mampu terbang seperti burung apabila digerakkan dengan selaju-lajunya??.. Begitu juga dengan kemampuan akal untuk memikirkan.

Semasa di rumah, lihat sekeliling dan mendapati barang-barang yang wujud tidak terjadinya dengan sendiri. Buku yang telah dibeli di kedai, dinding yang telah diatur oleh buruh binaan serta segala-galanya. Cuba pula di luar rumah, siapa pula yang menciptakan langit, bukit, pokok, ayam, ikan, awan, matahari??...Siapa pula yang mentadbirkan dengan baik segala-galanya itu?. Adakah matahari keluar di waktu malam??.. Siapakan yang membentuk gunung??.. Siapakah yang menggerakkan bumi??..mustahil ianya bergerak dengan sendiri.

Maka, fikirkanlah akan siapa pencipta segala ciptaan di dalam alam ini kerana akal yang berfikir mampu untuk memikirkan akan kewujudan yang maha besar (Allah) dan tidak mampu untuk mengetahui rupa (zat) yang maha besar.

Hanyasanya Allah sahaja yang layak disembah....Lailahail Allah



"thabit kulubana ala dinik"

11 December 2007

MULAKAN


Assalamualaikum...

Kadang-kala , tanpa disangka kita ketawa sendirian. Ini membuktikan kita sentiasa mengingati kisah "suka" yang telah dilalui. Apabila kita termenung pula, mungkin kebanyakan mengingati kisah "duka" yang telah dilalui. Suka dan duka memang adat sebagai makhluk yang digelar manusia.

Apabila ditanya tentang pilihan "memori" mana yang kita sukai, pasti kisah"suka" yang telah dilalui. Sebenarnya "memori suka" yang kita lalui akan serba sedikit mempengaruhi hidup kita pada masa "ke hadapan". Ini kerana, kita telah membuktikan bahawa, diri kita telah melalui sejarah yang baik dan pada masa akan datang tidak mustahil diri kita akan melalui semula sejarah yang baik itu.

Sekiranya kita ingin masa hadapan yang baik, kita seharusnya bermula dengan yang baik juga. Kehidupan yang baik, bukan hanya mengingati memori-memori baik yang telah dilalui sahaja, bahkan dengan melakukan pelaku yang baik pada masa sekarang. Sekarang bukan esok. Tiada siapa yang menjamin esok juga adalah milik kita. Bismillah...mulakanlah bersama.

"thabit kulubana ala dinik"

09 December 2007

TENANG



Assalamualaikum...

Memang benar bijak pandai berkata bahawa "ada orang berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tapi ada juga yang jauh berjalan kerana mengalami kesesatan".

Benar, hidup ini perlu diteruskan. Susah dan payah sekalipun bukan kematian yang ditagihkan. Kematian adalah pintu permulaan alam yang tidak dilihat mata kasar manusia. Ini semua pasti akan dialami manusia. Kehidupan inilah penentu kehidupan yang akan datang.

Biasakanlah diri dengan sifat kesabaran dan sentiasalah tenang dengan semua situasi yang dialami. Kemampuan kita untuk berfikir kerana ketenangan yang kita miliki.



"thabit kulubana ala dinik"

08 December 2007

SIHAT

Assalamualaikum...

Dengan kesihatan diberikan, kita mampu untuk bernafas. Dengan kesihatan inilah, kita mampu bernafas dengan baik. Dengan kesihatan inilah, kita mampu makan, minum, berlari, berjalan, ketawa dan segala-galanya.

Namun kita sering melupai siapa yang memberi kesihatan kepada kita. Celik sahaja dari tidur, makanan yang diingati. Wahai kita yang digelar manusia ini, ucaplah kesyukuran pada siapa yang memberi kesihatan ini. Mudah dan bukan payah...Alhamdulilah

Kalau bukan nikmat kesihatan yang diberikan, kita tidak mampu mengecapi kelazatan makanan, kemampuan berlari, kecekapan melihat dan nikmat-nikmat yang infiniti.

Dipuja dan dipuji sedikit sudah berasa diri hebat. Dirimu bukan pujian sekiranya tiada nikmat kesihatan yang diberikan. Pujian itu bukanlah milik kita yang sebenar, tapi cukuplah Allah yang satu dipuji.

Alhamdulilahi robbilalamin...



"thabit kulubana ala dinik"

05 December 2007

KESALAHAN



Assalmualaikum...

Seringkali kita mendengar perkataan fitrah, tetapi masih kabur makna sebenar fitrah. Kalau sudah tahu pun, adakah makna fitrah memberi manfaat kepada kita?.

Tidak dinafikan, sekiraya ditanya "apa itu fitrah?" akan ada jawapan dari pelbagai sudut. Fitrah berjalan, fitrah makan, fitrah minum, fitrah managis, fitrah berkawan fitrah, fitrah, fitrah...

Secara ringkasnya bahawa kita tidak akan lari dari fitrah lupa. Lupa ini akan memberi impak kepada kita iaitu "kesalahan". Bukan menyalahkan sejadian manusia sebagi fitrah lupa, tetapi untuk mengambil tahu bahawa manusia mepunyai fitrah tersebut. Justeru itu, manusia perlu berjaga-jaga dalam melintasi perjalan hidup.

Natijahnya di sini, manusia selalu akan melakukan kesalahan. Kesalahan tersebut bukan beerti lemah, tetapi sentiasa perlu dibaiki. Berkata bijak pandai:

"kerosakan masyarakat bukan kerana lemah, tetapi kerana tiada pencegahan dan peneguran dikalangan mereka"

Sedikit persoalan, adakah manusia mempunya fitrah bertuhan?.

Tepuk dada, tanya iman.

"thabit kulubana ala dinik"

03 December 2007

RAYUAN RINDU


Telah lama aku di dalam alpa dalam kegelapan memburu fatamorgana mengikut nafsu mengaut kepuasan hingga kini tiada jawapan... aku terus menerkam bayang-bayang tanpa sedar maruah diri telah hilang, segala tergadai tiada yang membela mutiara yang hilang tidak akan pulang... oh sampai bilakah aku akan begini mengikut nafsu yang infiniti... hari-hari depan tiada aku fikirkan lebih-lebih lagi kehidupan yang hakiki di akhirat... Ya Allah dosaku ibarat pasir di pantai, buih dilautan dan bintang di langit, banyaknya sehingga tidak dapat dihitung.. Tidak kita dijadikan oleh Allah dengan begitu sahaja... kita dijadikan untuk mengabdikan diri dan beribadah sebagai hambaNYA... Ketahuilah kasih sayang Allah melebihi kasih seorang ibu walau selangit dosa-dosa kita, DIA akan sudi mengampunkannya..

"Rabbana zolamna anfusana wainlam tagfirlana watarhamna lakunanna minal khasirin"

02 December 2007

FIKRAH


Assalamualaikum...

Kadang-kala apa yang kita usaha, semakin jauh apa yang kita ingini. Jangan "khuatir", ini adalah perkara biasa dalam berusha untuk mencapai sesuatu.

Apakah kita terlupa bahawa mereka yang gagah perkasa dan cerdik pandai juga kecundang?. Kecundang bukan beerti menyerah. Kecundang bukan beerti mengalah tetapi satu langkah yang akan mengatakan kita berusaha lebih "smart" lagi.

Dan kerana itu apabila kita melakukan sesuatu, mintalah perlindungan daripada pencipta segala pencipta daripada bisikan syaitan yang dilaknat.

"Thabit kulubana ala dinik"