30 July 2007

SAYANG



Sayang memang fitrah manusia. Sayang ayah, sayang ibu, sayang adik, sayang kawan, sayang makwe, sayang pakwe...opSs

Begitu la sayang manusia, tidak pudar dek zaman dan usia. Cuma corak sayang sahaja berlainan. Itu manusia, sifat sayang itu kadang-kala disalah ertikan. Sayang hanya pada cinta "romeo" dan "juliet" sahaja.

Kerana sifat sayang inilah manusia aman dan damai. Sayangilah yang perlu disayangi...

KEKAL

Percaya atau tidak, manusia akan menemui usia akhirnya. Buatlah teknologi secanggih 3G, binalah tembok setinggi KLCC, ciptalah kenderaan selaju kilat, semua itu tiadalah kekal belaka melainkan sementara sahaja....

Duduk, berdiri, menirap, berlari... itu hanyalah perjalan menuju pengakhiran hidup. Apakah terciptanya pengakhiran hidup manusia ini hanya sia-sia??. Apakah harta yang dikumpulkan tidak beerti lagi??. Apakah erti hidup hanya begini sahaja??.

Bukan ibarat seperti kereta... Apabila berlaku kemalangan manusia dipersalahkan, tapi kereta juga mungkin penyebab kejadian. Tayar pancit, 'brek' kurang makan dan sebagainya.

Dan kita perlu berbangga Islam tidak seperti kereta, tidak ada cacatnya, tidak ada celanya. cuma si pelaku yang meremehkannya.

Berbanggalah dengan Islam...

"thabit kulubana ala dinik"

29 July 2007

SESEKALI


Itulah perangai manusia, kata sesekali tapi berkali-kali. Kerana itu manusia dianugerahkan "member" supaya memberi peringatan terhadap perkara yang salah.

Manusia ni akan melakukan perkara yang serupa sekiranya tiada yang membantahinya dan menegurinya. Tepuk dada tanya iman...

Hari ni azamnya ingin melunturkan perkara yang menyalahinya, tetapi kerana dek tiada orang yang menyampuknya, terasa ingin lakukan perkara "jahat" itu lagi dan terus lakukan.

Kerana itu, carilah "member" yang sayang dan kasih terhadap kita, dalam mengharungi dunia yang mencabar serta fana' ini..

sekian...

27 July 2007

TUNDUK





Assalamualaikum...

"TUNAIKANLAH SOLAT, KERANA MENEGAH DARI BERBUAT KEJI DAN MUNGKAR"

Jangan salahkan solat apabila berbuat kemungkaran..

"dia tu rajin bersolat, tapi dia suka mengumpat orang pulak"

"pak cik tu rajin pergi ke surau, tapi dok pakai seluar pendek pulak"

maka timbullah begini..

"walaupun aku tak bersolat, tapi aku tetap jaga hati orang tau"

"solat hari-hari, tapi tak kaya pun macam aku"

Jesteru itu orang yang tidak mempelajari asas agama pun pening.

Maka pada hari ini, adalah amat sukar untuk menentukan yang baik dan buruk. Kerana itu, umat yang bertakwa sentiasa berjaga-jaga pada setiap masa.

"inna al-halala bainun
wa innaal-harama bainun
bainahuma umurun mustabihatun
la ya'lamuhunna kathirum min an-nas"

sekian....

26 July 2007

SETIA



Assalamualaikum..

Memang sukar untuk setia degan si dia. Kadangkala hati tersenyum apabila mengingati si dia dan terguris juga.

Manusia ini mudah terpengaruh dengan sesuatu. Katanya begini, tapi diperlakukan begitu. Tiada setia langsung. Hanya bermadah di mulut sahaja...

Mudah melafazkan setia. se-ti-a.... Katanya setia hanya satu, tapi di sebalik itu berbunga-bunga setianya.

Asal setia sedikit dan berterusan dari setia banyak dan.......

"thabit kulubana ala dinik"

19 July 2007

DAMAI


Duduk mana sekalipun, manusia perlu ketenagan.

Hidup pula berbeza-beza. Ada yang di bawah ada yang di atas, ada di kota ada di desa, ada di tepi.

Hakikatnya tiada siapa yang tau di mana ketenagan itu berada. Adakah pantai yang disimbahi ombak yang berkali, atau rumah yang dilengkapi segala kemudahan?.

Yang pasti, ketenagan itu perlunya damai....berdamailah wahai orang 'bertakwa'

11 July 2007

JALAN



Bukan satu, dua atau tiga tapi banyak...

Jangan bersedih menimpa kesusahan dan jangan terlalu gembira menerima kesenangan kerana tiap sesuatu yang ditakdirkan pada kita pasti ada penyelesaian. Kalau senang, bersedia untuk menghadapi kesusahan..sedialah

Dan tidakkah kita mengetahui bahawa hidup ini memang "confirm" akan berakhir(mati)... sedialah

08 July 2007

LU'LU' WAL MARJAN


SENYUM




Assalamualaikum..

Sekiranya anda tersenyum, pasti dunia ini segala-galanya milik anda. Senyuman itu kan membahagiakan diri dan kawan-kawan.

Walaupun senyuman itu tidak mencerminkan diri anda, tapi senyumlah. Kerana pada senyuman itu dapat memberikan kekuatan pada anda.

Anda sedih... justeru senyumlah, pasti terubat kesedihan anda.

Tersenyumnya anda, tersenyumlah dunia anda.