18 August 2007

BIASALA LA TU


Sebenarnya memang sukar untuk mengubah keadaan. Bukan semudah memamah biskut "merry". Apatah lagi sifat malas tu menguasai diri.

Perkara yang biasa dilakukan, memang la tak nampak buruknya. Dah biasa solat di akhir waktu, tak rasa la salahnya... Contoh la.

Tapi nak mengubah itu, pasti ada aturannya. Ya, setiap sesuatu itu pasti ada aturannya. Nak makan, nak minum, nak tidur nak, nak, nak..... Yang pasti, mesti mencuba. Belum lakukan belum tau.

Jadi nak mengetahui rasa gula itu manis kan perlu mencubanya.

"thabit kulubana ala dinik"

p/s: Gambar di atas antara aksi sukan seas di Magribi. Perlawanan sepak takrow Malaysia dan Thailand.

16 August 2007

COOL



Kecewa. Memang lumrahnya begitu. Tiada siapa yang berhak menafikan kecewa. Cuma besar dan kecilnya kecewa itu. Manusia dan kecawa tidak dapat dipisahkan.

Tapi berusaha la... Usaha mengatasi kecewa itu. Yang besar jadikan kecil dan yang kecil cuba buat menjadi "cool".

Kerana apa begitu. Kerana uniknya manusia itu mempunya sifat yang pelbagai. Gunakan keunikan dengan sebaiknya.

"thabit kulubana ala dinik"

p/s : gambar di atas copy dari link ais putih

14 August 2007

SENTUHAN


Sedar tak sedar diri semakin membesar. Pengalaman semakin banyak. Fikiran jangan ditakuk yang lama. Jadikan "dulu lain sekarang lain".

Apabila menjadi semakin membesar, terasa juga fikiran dan pandangan lebih elok dari orang yang lebih kecil. Itu la manusia, memang fitrah begitu.

Kerana itu apabila di"kritik" jangan cepat "melinting". Fikirkan secara tertib. Buat pertimbangan. Jika bertentangan gunakan akal fikiran. Nafsu kawal sedikit dan saling ingat-mengingati...

"tidak sempurna iman selagi tidak menyayangi orang lain seperti diri sendiri"

02 August 2007

BAHAGIA..


Bahagia...setiap orang menginginkan kebahagiaan tapi kebahagiaan bagaimanakah yang dicari oleh setiap orang.Bagi orang yang sakit, sembuh dari penyakit itulah kebahagiaan bagi mereka. Bagi orang yang sedang lapar pula, kekenyangan itulah kebahagiaan. Setiap orang mempunyai berbagai-bagai tafsiran mengenai kebahagiaan. Sedar kah kita, hakikat kebahagiaan itu adalah datang dari sejauh mana kita redha atau bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jika setiap orang sentiasa redha dengan apa yang ada maka tidak akan terdengar lagi orang mengatakan bahawa diri mereka tidak bahagia. Maka hendaklah setiap orang REDHA dan BERSYUKUR dengan apa yang ada nescaya akan terbitlah KEBAHAGIAAN dalam diri mereka...

"Laiin syakartum laazhidannakum....."