27 March 2008
26 March 2008
SOLAT MENYUSAHKAN?
Assalamualaikum..Pelbagai faedah diperolehi sekiranya seorang Islam melakukan rukun Islam yang ke dua iaitu
solat. Solat adalah satu perlakuan yang wajib ke atas orang Islam, tetapi kerana alasan-alasan yang yang melucukan, dikatakan gugur perintah tersebut.
Haram kejadah mereka berdalilkan:
"la yakallifullahu nafsan illa wusa'ha"(tiada paksaan dalam agama)
Ya akhi wa ya ukhti!!!!!!. Islam memerintahkan solat bukan secara semberono, tetapi kerana malas berfikir dan malas belajar, baginya solat perlakuan yang menyusahkan.
Pagi-pagi untuk tidur..
Tengah hari untuk bekerja, tidak sempat hendak melakukan. Badan kotor..
Petang, balik dari bekerja. Penat dan kalau sempat kadang-kadang buat..
Maghrib buat kadang-kadang sebab tak ada member nak lepak..
Malam tempat relaks tension. Tengok movie dan tidur untuk bekerja esok..
Kalau kepala akal mereka digerakkan sedikit, mereka mampu berfikir. Solat sebenarnya:
Jadual harian dan dapat mengetahui perjalanan masa secara tidak langsung..
Waktu-waktu solat melatih diri menepati masa dan secara tidak langsung dapat menepati masa apabila berbuat perjanjian..
Melakukan senaman sama ada luaran atau dalaman..
Mengetahui bahawa diri ini hidup di dunia bukanlah sia-sia..
Supaya bersabar ke atas bala yang menimpa..
Memperolehi tarbiah..
dll..
Lihat, ini baru sedikit.
Apa yang pasti, solat juga mengajar erti; setiap perbuatan sama ada makan, minum, berjalan, bermain, bergaduh, bersuka-ria adalah semata-mata kerana Allah tuhan pencipta alam. Justeru, tiada perbezaan dalam "KETAATAN" kepada Allah apabila di dalam solat dan diluar solat.
Di dalam solat tata tertib perlu dijaga, begitu juga diluar solat akhlak dan perintah Allah perlu diikuti tanpa berbelah bagi.Tiada juzuk' dalam hal perlaksanaan hukum Allah. Tiada juzuk' untuk mengingati Allah.
Bagi yang tidak mengetahui cara bersolat, lakukan sahaja apa yang diketahui tetapi dengan syarat bahawa dia perlu mencari ilmu.
Penguasaan ilmu solat, perlu disebarkan secara pengajaran yang meluas sebenarnya. Maka pemerintahan yang benar-benar mahukan Islam dapat dilihat apabila mereka menekankan aspek ini. Aspek solat...
Sesungguhnya dunia ini, hanyalah satu permainan..
Sesungguhnya hidup di dunia tiada sia-sia..
Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..faqfirli ya Allah
"Thabit kulubana ala dinik"
25 March 2008
SELANGOR BARU
Assalamualaikum..Masakan manusia itu tidak akan melakukan kesilapan. Fitrah manusia apabila berada ditempat yang selesa, pelbagai mehnah(ujian) akan bersamanya. Kisah yang lama dilenyapkan kerana bersangka bahawa telah selamat dan selesai selamanya.
Masakan manusia itu tidak akan melakukan kezaliman. Apabila merasakan dirinya berkuasa, maka tumbuhlah qurnain(dua tanduk) syaitan yang menguasai dirinya. Disangka kekuasaannya adalah hasil dari usaha sendiri akan membuahkan dirinya melakukan kezaliman.
Satu matlamat manusia ini hidup berkelompok ialah menginginkan keamanan dan keadilan. Kelompok manusia ini tidak semunya mempunyai kebolehan yang sama, bahkan mereka memerluka satu sama lain untuk mengimbangi kehidupan mereka. Ada yang pandai berlari, bercakap, berhibur, bersyarah, memerintah dll.
Sebagai rakyat yang menduduki negeri yang maju, keadaan yang sama tetap berlaku. Memerlukan keseimbangan seperti memberi kritikan dan menerima kritikan, tetapi skop kritikan itu perlulah kepada aspek yang membangun dan membina.
Apabila satu aspek sahaja ditekankan, rakyat memendam rasa dan ledakan ketidakstabilan akan berlaku. Ini dibuktikan dengan termaktunya sejarah yang terdahulu. Lihat sahaja apabila Umar al-Faruq menduduki pemerintahan, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku keaiban diriku"
Beliau berkata lagi:
"Wahai manusia, sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada jalan kebenaran maka perbetulkanlah aku"
Dalam hal ini, pemerintah memerlukan nasihat daripada rakyat. Nasihat dan teguran perlulah seiring dengan keadaan semasa. Rakyat Selangor khususnya mempunyai cabaran untuk mengkritik setelah kerajaan negeri berubah wajah. Kritikan memerlukan prosedor yang perlu dipelajari demi keselamatan bersama.
Kita tunggu dan lihat...
"Thabit kulubana ala dinik"
22 March 2008
AGENDA MELAYU ATAU AGENDA ISLAM
Assalamualaikum...Dengar saja tajuk kita sudah akur bahawa agenda Islam lebih penting dari agenda bangsa itu sendiri. Tetapi ada yang berkata, perbincangan yang lebih baik adalah dengan penggabungan dua unsur ini iaitu Melayu dan Islam.
Pertamanya kita perlu mengakui bahawa Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, justeru perbincangan yang mengguris bangsa selain Melayu perlu dielakkan. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kini inginkan keadilan yang selama ini disembunyikan. Kata-kata yang bersifat begini "Tanah Melayu Hak Melayu" atau "Hidup Melayu" atau "Melayu Akan Merempat di Bumi Sendiri" secara tidak langsung akan mengguris hari selain Melayu.
Apakah kita terlupa bahawa sejarah terdahulu yang menjadikan Malaysia berkeadaan seperti ini?
Apakah kita terlupa selain Melayu juga mempunyai perasaan insaniah?
Berbalik kita pada fitrah asal bahawa, masyarakat yang aman bukan berpegang pada kehidupan bangsa semata, tetapi bepegang pada perinsip keadilan dan ketelusan. Sejarah kerosakan tamadun mengajar kita kezaliman adalah punca perpecahan, maka mengapa kita ingin mengembalikan kerosakan kerana telah mengetahui kezaliman punca keruntuhan??.
Agenda Islam sebenarnya telah mengajar kita erti keadilan dan ketelusan. Apabila berkata Islam maka agenda lain perlu di bawah ajarannya. Kita telah mengetahui bangsa Malayu kebanyakan beragama Islam, jadi mengapa takut untuk mengangkat agenda Islam berbanding agenda Melayu??.
Dengan Islamlah manusia telah terselamat dari jurang kebodohan. Dengan Islamlah manusia telah berjalan di atas jalan yang lurus. Islam bukan pada nama sahaja tetapi pada seluruh permukaan permukaan.
Islam adalah seluruh aspek hidup. Antara ajarannya adalah bermuamalat bersama bukan Islam berdasarkan suasana dan zaman tertentu. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang diduduki oleh pelbagai kaum dan agama. Menafsiran yang berbeza di kalangan ahli ilmu Islam dari semasa ke semasa sememangnya diperlukan. Penafsiran ini bukan bererti membelakangi nas tetapi menyampai maksud nas.
Apakah ajaran Islam mengajar erti keamanan diutamakan terhadap orang Islam sahaja?.
Apakah ajaran Islam mengajar berpelukan dengan selain Islam adalah menjijikan?.
Adakah persepakatan dengan selain Islam tidak dibolehkan dalam suasana dan keadaan tertentu?.
Adakah Islam ini terlalu sempit sehingga menyebut Islam sahaja tebayang solat, zakat, haji, zikir-zikir?.
Apakah Islam tidak menjamin harta selain bukan Islam?.
Jawapanya: bertanyalah pada ahlinya.....
"Thabbit kulubana ala dinik"
18 March 2008
MERANCANG
Assalamualaikum...Bersungguh dalam melakukan sesuatu mencerminkan keinginan yang mendalam seseorang itu. Dengan kesungguhan, manusia mampu mencapai apa sahaja hatta mencapai bintang di langit sekalipun...
Untuk mencapai kesungguhan yang "bagus" akal perlu digunakan untuk mengimbangi keperluan. Apabila menggunakan akal, manusia tidak akan melakukan sesuatu di luar batas pemikiran. Akal akan menolak segala unsur-unsur yang menyalahi adat sebagai seorang manusia. Mana mungkin akal dapat menerima kezaliman, penyelewengan, kerosakan, penindasan dan pecah amanah...
Tetapi, pada satu ketika, akal ini juga tidak mampu berfikir tentang perkara-perkara di luar batasan. Sebagai contoh, akal mampu berfikir setiap sesuatu yang dilihat (kereta, buku, lampu dll), ada pembuatnya. Tetapi akal tidak mampu untuk berfikir sesuatu yang membesar (pokok, haiwan dan manusia), ada pembuatnya. Justeru itu,suntikan ilmu perlu dibekalkan bagi mengimbangi kebolehan akal ini. Maka akal memerlukan ilmu dan ilmu memerlukan kebolehan akal.
"Thabbit kulubana ala dinik"
17 March 2008
PERSELISIHAN

Assalamualaikum...
Apabila berlaku perselisihan, kita akan menyangka ada yang berpihak pada kiri dan kanan. Sangkaan ini terdidik sendiri kerana pengaruh persekitaran yang dilalui bermula kita kecil sehinggalah dewasa ini.
Contoh: dunia sukan yang pasti mendidik kita, ada yang menang dan ada yang kalah. Ini bermakna pertemuan untuk menentukan siapa yang berhak memperolehi dua hasil. Hasil pertama berhaluan kanan dan hasil kedua berhaluan kiri.
Terfirkah kita bahawa perselisihan yang menentukan hak tidak semestinya memperolehi dua hasil. Contoh perlawanan bola sepak. Kadang kala hasil perlawan tersebut tidak berpihak pada sesiapa, hanya sekadar seri 0-0, 1-1, 2-2. Justeru, dua-dua sama hebat, dua-dua sama bagus.
Begitu juga dengan realiti ilmiah dan kehidupan, perselisihan tidak bererti ada pihak yang salah dan ada pihak yang benar. Perselisihan itu mungkin timbul dari persekitaran dan pendidikan yang berbeza.
Kesimpulannya dua perselisihan membawa dua perkara. Pertama dua pihak yang tidak bersependapat dan kedua, dua pihak yang bersependapat.
Ada yang bertanya "Jika perselisihan memperolehi hasil yang satu, bagaimana jika yang batil itu bersama dengan yang benar??".
Ketahuilah bahawanya yang batil dan benar itu terang lagi tidak bersuluh. Kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada ajaran yang ditunjuki nabi SAW.
Berselawatlah kerana beliaulah kita memperolehi kehidupan yang benar lagi sahih....
"Thabbit kulubana ala dinik"
15 March 2008
REHAT-REHAT
Assalamualaikum...Perjalanan yang dilalui, pasti mengundang persolan-persoalan yang pro atau kontra. Bersyukur manusia dikurniakan akal yang pasti dapat membendung permasalahan itu.
Kurniaan Allah kepada manusia yang tidak terbanding hebatnya ialah mengutuskan pesuruhNya di kalangan manusia. Manusia yang bersangka buruk manganggap utusan-utusan tiada keperluannya. Mereka juga mempersoalkan "mengapa tidak diutuskan di kalangan malaikat?".
Itula manusia, malas berfikir dengan neraca keadilan. Kalau tidak mengerti, bertanyalah kepada ahlinya. Anggapan mereka, mati adalah tamat penghayataan...
Rasul yang diutuskan mengajar manusia erti kebaikan dan mengatasi keburukan. Wahyu yang diturunkan berupa "kalamullah" dan "sunnah nubuah" menjadi petunjuk setiap perlakuan.
Manusia yang sejahtera menghayati hidupnya dengan menggabungkan dua petunjuk ini. Petunjuk yang berkaitan dan saling mengimbangi.
Hayatilah wahyu ilahi dan akal yang dikurniakan...
"Thabit kulubana ala dinik"
12 March 2008
SEMANGAT POLITIK

Assalamualaikum..Semangat ini hanya muncul 4 atau 5 tahun sekali. Apa salahnya sesekali melayan semangat ini dengan meletakkan "wazan ilmiah" sebagai hakim. Apakah kita yang ingin melihat "Malaysia baru" terbentuk, menghancurkan semula setelah melihat langkah-langkah barisan rakyat menghapuskan DEB yang dikatakan "menjaga kautamaan Melayu".
Berfikirlah wahai parti dulu, kini dan selamanya, bukankah barisan rakyat ini akan menggali lubang kubur sendiri pada PRU13 apabila pemansuhan DEB tanpa alasan yang sesuai??.
Selangkah kita berfikir, seratus langkah jawapan ditemui.
Apabila membuka lembaran tulisan, dua aspek penting perlu diteliti. Adakah kita sebagai pembaca memperjuangkan Melayu atau memperjuangkan keadilan?. Kalau kita benar-benar bijak, apa salahnya kita menjadi kedua-dua aspek ini.
Mengapa?
Kerana Malaysia diduduki oleh pelbagai lapisan bangsa terutamanya Melayu, Cina dan India. Apabila kita melihat pada pandangan Melayu kita sebenarnya telah Melayu. Apabila kita melihat pada pandangan selain Melayu, sebenarnya kita telah tersedar bahawa Malaysia bukan ada Melayu sahaja bahkan bangsa lain.
Apabila anda telah mengaku akan kepelbagaian bangsa ini, maka bersaksilah bahawa di sinilah titik pertemuan yang sangat jarang dimiliki oleh negara lain. Rakyat Malaysia akan melakarkan sejarah sendiri dan bukan mengikut sejarah negara lain. Orang kata ini adalah "babak baru" pada buku, tapi sebenarnya ini adalah suatu "buku baru" buat Malaysia. Berbanggalah rakyat Malaysia...
Sesekali melayan mereka yang berfikiran negetif terhadap pakatan rakyat yang dikira baru berputik terasa seronoknya. Mungkin mereka ingin begini selamanya.

+Orang Melayu perlu bergantung pada UMNO untuk menjamin hak keutuhan Melayu di Malaysia
+Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu, maka memperjuangkan nasib melayu ialah menegakkan Islam.
+Malaysia ini adalah tanah orang Melayu, maka selain melayu adalah penyibuk dan jangan membuat rundingan dengan mereka. Mereka selain Melayu suka membuat huru hara.
+Orang selain Melayu ni kafir, maka apa-apa jalinan hubungan pada mereka terbatal, mereka tidak boleh mencadang dan tidak boleh menjadi pemimpin.
+Orang selain Melayu ni suka menipu, maka jalinan antara Melayu supaya tidak terkena tipu diperlukan.
+
+
+
...... maaf, artikel terpaksa dihentikan di sini
"Thabit kulubana ala dinik"
11 March 2008
FIKRAH SEORANG PELAJAR
Assalamualaikum...Apabila sesuatu impian telah dikecapi, jangan terlupa untuk mensyukuri. Nikmat yang ingin dikecapi lebih mudah untuk memperolehinya berbanding memeliharanya. Telah terbukti sejarah "daulah Islamiah" telah tergugat disebabkan alpa dengan nikmat yang dimiliki.
Lihat sahaja Granada, Konstantinopel, Fatimiah, Umawiah, Othmaniah dll semua kini menjadi sejarah agung bagi umat Islam. Keruntuhan tersebuat disebabkan kelalaian dan ianya tidak dapat dinafikan kerana sejarah adalah fakta.
Teringat dahulu kala, pendidikan sejarah Malaysia seolah-olah bermula dari 31 Ogos 1957. Buku-buku sejarah mengagung-agungkan Tengku Abdul Rahman adalah penyelamat Tanah Melayu dari penjajah. Bermula dari situ, maka muncullah pemikiran yang mengatakan "keamanan adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin".
Wahai tuan menteri, kalau tiada rakyat, mana adanya menteri. Maka hubungan rakyat dan menteri mesti ada "check and balance". Pemerintah perlu berkhidmat kepada rakyat dan rakyat perlu membantu pada pemerintah. Ingat, pemerintah yang adil lagi tidak menzalimi...
Bukan semudah memamah kacang untuk membina "daulah rakyat" tetapi ianya memerlukan fikiran yang kritis dalam membentuk tamadun yang "hadhari". Apatah lagi Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, kepercayaan antara kaum diperlukan. Mungkin kita berperasangka, setelah Pualu Pinang dialih kuasa, maka jadilah "SINGAPURA" ke dua. Bukan itu sahaja, bahkan mempercayai akan berlaku huru-hara di Malaysia. Tidakkah kita terfikir, bukan bangsa Melayu sahaja memerlukan keamanan, bahkan bangsa lain juga memerlukan.
Terlupakah kita?, insan ini sama sahaja, memerlukan keamanan dan kedamaian. Apabila huru-hara ada, bukan hanya bangsa melayu yang melarat tetapi mereka juga. Tiada faedah dan tiada berguna huru-hara ini. Aduhai berfikirlah...
Kini, kita sama-sama merancang bahawa "rakyat adalah kuasa". Untuk menjadi kuasa kita perlukan tenaga. Maka ketahuilah bahawa tenaga itu adalah ilmu. Jadi, bersama menjadikan ilmu petunjuk rakyat...
"Thabit kulubana ala dinik"
10 March 2008
CELOTEH PANJANG
Assalamualaikum...Betapa manusia ini sentiasa prajudis terhadap sesuatu. Hilang satu kesulitan, sepuluh persoalan yang dicari. Bukan menambah pertolongan akan kesulitan itu, bahkan memberi bebanan terhadap orang kebanyakan.
Persoalan yang ditimbulkan seperti manusia yang tiada ilmunya. Malas berfikir dan menunggu suapan yang diterima. Satu-satu ketika suapan itu dimuntahkan balik bahkan "menghentamnya" pula kerana tidak selaras dengan "akal nafsunya". Mudahnya hidup....
Ya, membezakan sesuatu persoalan yang sulit itu perlu kepada penilitian. Malahan memerlukan masa yang agak panjang. Kabar angin yang berputar menjadi hujah "dangkalnya" dan menimbulkan suasana yang tidak sihat dikalangan masyarakat. Wahai manusia, berfikirlah bersama!. Bukankah kita masyarakat yang berbilang bangsa dan agama?.
Realiti bukan dipelajari dari formula sahaja, tetapi melalui pancaindera yang lima juga. Agama yang berteraskan wahyu ini (Islam) tidak mengajar menjaga "kemaslahatan" penganutnya sahaja, bahkan seluruh alam yang diciptakan Allah SWT juga.
Ingatlah bahawasanya, perselisihan tidak mungkin dapat dilenyapkan. Bahkan ahli ilmu mengatakan perselisiahan itu satu rahmat untuk manusia. Maka perselisihan itu tidak lari dari 3 perkara ini apabila berlaku perbincangan:
1-Perbincangan mencari pemusuhan.
....dan sesungguhnya kami atau kamu, pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. (saba':24)
2-Perbincangan dengan menolak perselisihan denagan sebaik-baiknya.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (an-Nahl:125)
3-Perbincangan yang ketiadaan ilmu akannya.
Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya. (al-Haj:8)
-berita yang tidak dapat masuk Harakah(6)
-PRU 2008: fakta-fakta menarik
-jenaka politik serius punya
"Thabit kulubana ala dinik"
09 March 2008
PERJUANGAN YANG PERLU DITERUSKAN

Assalamualaikum..
Walau badai datang sekalipun, perjuangan perlu diteruskan. Banyak fakta sejarah yang memberi kita pengajaran bahawa kelalaian membawa diri ke lembah durjana. Maka, berhati-hatilah wahai pecinta keamanan dari kealpaan.
Penting dan ingatlah, semakin banyak diberi amanah, semakin banyak ujian yang perlu dihadapi. Sentiasa berhati-hatilah. "Jangan kerana nila setitik, habis susu sebaldi".
Penting dan ingatlah, jauhilah sikap sambil lewa kerana membawa kesan terhadap bersama. Hanya memikir kesenangan diri, orang lain tergadai nyawa.
Penting dan ingatlah, setiap manusia diberi amanah. Maka berpegang kepada amanah itu. Apabila berlaku kesulitan, janganlah segan silu untuk meminta pertolongan. Masyaraat yang kuat kerana lahir dari sikap bekerjasama.
Penting dan ingatlah, sekecil-kecil amanah itu akan dipertanggungjawabkan di hari perhitunggan kelak.Amanah ibu mendidik anak, amanah ayah memelihara keluarga, amanah anak taat ibu bapa, amanah pelajar mendalami ilmu, amanah pekerja memberi keelokan, amanah rakyat membantu dan menegur pemimpin, amanah pemimpin memelihara keadilan dan kesejahteraan rakyat, amanah diri sendiri menjauhi sikap negetif.
"Thabit kulubana ala dinik"
06 March 2008
SEBELUM DAN SELEPAS

Assalamualaikum..
Perancangan yang hebat perlu kepada penelitian yang bersungguh. Perancangan perseorangan mungkin hebat, tetapi untuk nampak lebih hebat adalah dengan berkumpulan.
Perkumpulan atas nama kebaikan membawa diri kepada sikap yang "kental". Biar tsunami menyembah diri, perjuangan akan tetap diteruskan. Berbeza perkumpulan berdiri di atas kesamaran, mereka mudah lelah dengan ujian. Sebelum perancangan mereka hebat dan selepas perancangan mereka jatuh "terkulai". Mungkin "mati katak". Jangan berbicara tentang perkumpulan sesat, kerana kesesatan sangat berbeza dengan kebenaran kecuali mereka yang berfikir dengan kepala lutut.
Perancangan yang benar tidak "termati" apabila berlaku kegagalan, bahkan perancangan itu terus berjalan. Jatuh bangun kembali kerana fitrah manusia bukan sahaja memerlukan kecantikan luaran tetapi juga dalaman. Dalaman yang bermaksud roh yang merasai kesakitan apabila jari terhiris dengan pisau.
Kebenaran yang datang dari wahyu Ilahi tidak bertentangan dengan akal yang berfikir secara "tulus dan mulus". Contoh; adakah akal yang "salim" mengatakan keadilan perlu disembunyikan demi keselamatan masyarakat?. Selangkah akal digunakan, seribu keadilan dapat diperolehi.
"Thabit kulubana ala dinik"




