31 October 2008

MUSLIM YANG BAGAIMANA?

Assalamualaikum...

Setidak-tidaknya diri sendiri pasti pernah bertanya "aku ingin menjadi muslim yang baik, tapi bagaimana ya?".

Kita sudah mengakui Allah adalah tuhan kita, tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya dan nabi Muhammad itu rasul-Nya, tetapi proses untuk menjadi muslim yang baik itulah bukan semudah menggorang kacang. Bukan hanya memepelajari tapi tidak melakukan. Bukan hanya mengetahui tapi tidak diamalkan. Bukan juga mulut berkata tapi badan tidak digerakkan.

Muslim yang baik adalah hari ini lebih baik dari semalam. Tidak banyak sedikit. Apabila saya melakukan kesalahan anda menegur, apabila anda melakukan kesalahan, saya menasihati. Saling mengingati, saling sayang-menyayangi. Kerana kita ingin bersama menuju redha Allah dan syurga-Nya.


"Thabbit kulubana ala dinik"

29 October 2008

HARI INI USTAZKU BERPESAN...

Assalamualaikum...

Fiqh secara umumnya adalah memahami sesuatu dan melakukan ibadah berdasarkan syarak. Apabila dikatakan mazhab fiqh pula, pasti terfikir difikiran kita akan imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, Zahiri dan Zaidi. Dengan wujudnya mazhab-mazhab ini, kita perlu berlapang dalam satu-satu perselisihan. Kita perlu mengambil sikap menghormati kesemua fuqoha yang bertungkus-lumus mengeluarkan hukum.

Entah bagaimana ustazku berpesan ketika sesi pembelajaran; "jangan banyak bicara apabila berkata, kerana bicara itu terkadang syok sendiri dan penyebab hati manusia disakiti".

"Thabbit kulubana ala dinik"

28 October 2008

HIKMAH


Assalamualaikum...

Bersatu teguh bercerai roboh. Ya, kita hendak teguh tetapi tanpa berbica hikmah, manfaat tiada.

Hikmah adalah satu subjek yang kini kian dilupakan masyarakat. Ingin berbuat elok tetapi gerak kerja tiada, seolah-olah ingin berjalan dari A ke C tetapi melalui Z, X, W....C. Sampai juga ke destinasi C tetapi melalui lorong-lorong yang banyak. Entah tersesat entah tidak.

Kita selalu melakukan"study hard" tapi sekarang apa salahnya kita melakukan"study smart"pula.

"Thabbit kulubana ala dinik"

19 October 2008

RASA HATI

Assalamualaikum...

Akhlak yang baik semua orang suka dan akhlak buruk semua orang benci. Justeru, kita faham akhlak baik sebenarnya tuntutan kita, tetapi dek kerana hendak merasa diri ini "ego" akhlak buruk yang dipilihnya.

Apakah ada yang megatakan berakhlak baik ini akan merugikan diri sendiri?. Bahkan menjauhkan akhlak buruk mendapat sesuatu nikmat berkawan dan nikmat bertuhan.

Jangan mulut berkata tetapi hati mengatakan tidak. Hati dan mulut perlu bersepakat agar akhlak yang terpancar mengikut rasa hati. Rasa hati yang mengatakan "ku ikhlas ya Allah"...

"Thabbit kulubana ala dinik"

01 October 2008

1 SYAWAL 1429H

Assalamualaikum...

Allahuakbar, Allahuakbar wa nillahilhamd. 1 Syawal merupakan hari kejayaan umat Islam. Walaupun kita mengetahui umat Islam sekarang di ambang lemah, tetapi kita percaya, kita boleh bangkit semula seperti umat di kurun 1, 2, 3 dan ke-4.

Allhamdulillah, masih ada lagi mereka yang sensetif dengan perkembangan semasa. Sebelum ini saya ada menge"pos", "Memori Ramadhan 1249H" yang memaparkan koleksi gambar berbuka puasa di rumah duta. Pada pandangan saya, kesemua gambar tersebut agak sopan, tetapi atas dasar teguran, saya "menghazafkan" kesemua. Mungkin disana ada khilaf kecil berkaitan gambar-gambar tersebut tidak sopan.

Saya tidak berkecil hati, malahan saya mula terfikir, alangkah indahnya umat Islam mempunyai sensetif begini. Apabila melihat sesuatu yang tidak "molek" ditegur dan dinasihati. Seolah-olah menghidupkan kembali amar ma'ruf dan nahi mungkar.

"Thabbit kulubana ala dinik"