25 November 2008

Pilihlah Pasangan Yang Tidak Merokok....


Baru-baru ini Mufti Perlis,Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mengeluarkan suatu cadangan kepada kaum hawa agar berhati2 dalam memilih calon suami supaya mereka lebih mengutamakan lelaki yg tidak merokok. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini, bukanlah ingin membuat suatu diskriminasi kepada golongan2 yang merokok ini, tetapi sebagai suatu dorongan kepada mereka untuk terus berhenti daripada meneruskan tabiat ini. Walaupun pelbagai kempen atau ceramah telah dijalankan namun ianya tidak membawa apa-apa kesan kepada mereka yang telah menjadi perokok tegar. Mungkin dengan cara ini dapat menimbulkan kesedaran kepada mereka moga-moga diberi hidayah daripada Allah sebelum mata tertutup rapat kerana perbuatan merokok ini memberikan kesan mudharat yang amat dahsyat sehingga boleh menyebabkan kematian dan ramai para ulama' telah berpendapat mereka yang terus dengan perbuatan ini digelar sebagai fasik... Moga Allah memberi keampunan kepada mereka. Berikut adalah penjelasan daripada Mufti Perlis...

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.


(copy dr blog "kembara seorang musafir")

"Thabbit kulubana ala dinik"

18 November 2008

Debu-debu dosa

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi


"Thabbit kulubana ala dinik"

12 November 2008

MENGAPA BERGURU?

Assalamualaikum...

Apabila saya kata begini "Ali makan buah limau semalam".

Apakah yang anda faham tentang kata-kata saya itu?. Adakah Ali makan buah limau dan limau itu semalam punya atau anda faham semalam Ali makan buah limau atau anda faham kata-kata saya itu adalah persoalan atau anda faham ayat menyuruh atau anda faham lain?.

Kata-kata saya itu berupa 5 perkataan. Bagaimana jika beribu-ribu atau berjuta-juta di dalam sebuah karangan?. Adakah kita boleh berbangga diri dengan mengatakan faham membaca buku tanpa rujukan guru?.

Jangan sangka saya melarang anda membaca buku kerana takut tersalah faham, tetapi saya menasihati diri saya dan anda supaya berguru pada "perkara yang baru". Guru bukan sahaja di sekolah tetapi guru mungkin dari rakan-rakan kita. Dengan guru, kita dapat berinteraksi antara pertanyaan, jawapan serta pandangan.

Bagaimana lidah kita membaca ث ح خ س ش ص ش ع tanpa guru ya?



"Thabbit kulubana ala dinik"

11 November 2008

Fitrah Peperiksaan

Salam...

Ketika ini di Malaysia semua pelajar sedang sibuk dengan peperiksaan. Tidak kira sama ada pelajar sekolah rendah, menengah, kolej mahupun mahasiswa-mahasiswa di universiti. Pada hakikatnya peperiksaan menjadikan seseorang itu belajar semata-mata untuk mengambil peperiksaan sahaja bukan untuk mengamalkannya. Ketika inilah dapat kita melihat orang yang tidak pernah pegang buku sebelum ini tiba-tiba menjadi ulat buku ataupun ketika inilah baru sibuk untuk photostat nota kawan-kawan. Bukan kah ini membuktikan bahawa kebanyakan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. Teringat saya pada kata-kata Dr. Lukman ketika dalam kelas fiqh ibadah sem lepas, beliau mengatakan bahawa peperiksaan sebenarnya hanya untuk mengejar pangkat atau bergaji besar tidak lebh dari itu. Lulus atau tidak peperiksaan itu bukanlah yang patut dikejar-kejar tapi pengamalan ilmu itu adalah lebih penting dan menjadi asas mengapa kita perlu belajar. Tapi itulah fitrah peperiksaan di Malaysia. Nak atau tidak kita kene terima bahawa peperiksaan itu adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan kehidupan masa hadapan di masa hadapan.

Di sini juga saya ingin memohon doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan kami di UM yang sedang menduduki peperiksaan. Mudah-mudahan dengan doa kalian memudahkan kami dalam menjawab peperiksaan..


"Thabbit kulubana ala dinik"

09 November 2008

PENGARUH FALSAFAH


Assalamualaikum...

Kita akui, sifat 20 mempunyai pengaruh ilmu mantiq/logik/falsafah. Lihat saja kitab-kitab tersebut, pengajian sifat 20 banyak persamaannya.

Abu Hasan al-Asy'ari antara cendikiawan yang mempelopori metod berkenaan. Pada zamannya pembahasan ilmu tauhid secara falsafah amatlah berleluasa sehingga munculnya Muktazilah yang terkenal dengan kesesatannya. Pada asalnya Imam al-Asy'ari sebahagian daripada kumpulan tersebut, namun begitu beliau telah keluar dan bertaubat dikhalayak ramai. Kemudian, beliau juga telah meneruskan pengajian tauhid secara falsafah, tetapi selaras dengan al-Quran dan al-sunnah. Antara tujuannya adalah untuk memberi kefahaman masyarakat awam dan mematahkan kesesatan falsafah Muktazilah.

Para ulama telah berselisih dalam pengajian sifat 20. Mereka tidak berselisih bahawa sifat 20 mempunyai pengaruh falsafah, tetapi yang diperselisihkan ialah apakah ia dibenarkan di dalam pengajian tauhid?. Mereka yang membenarkan mengatakan, ia mempunyai unsur luaran tetapi ia tidak menyalahi al-Quran dan al-sunnah. Manakala mereka yang mengengkarinya pula mengatakan, pengajian tauhid hendaklah berteraskan terus kepada ajaran salaf dan tidak perlu kepada perantaraan mantiq dan falsafah. Wallahualam...


"Thabbit kulubana ala dinik"

07 November 2008

BERSAKSILAH ALLAH TUHANKU

Assalamualaikum...

Bersaksilah tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhNya. Kesaksian ini, secara tidak langsung menafikan adanya tuhan lebih daripada satu.

Apakah dengan kesaksian ini sahaja kita sudah taat kepada Allah?. Sesungguhnya setiap umat itu didatangi rasul supaya meladani perlaksanaan taat pada Allah. Sama ada ibadat yang dikhususkan atau umum. Solat, zakat, haji, sedekah, taat ibu bapa, jauhi arak, dadah, perbalahan dan seumpamanya.

Justeru itu, kita dapat mengetahui sejauh manakah ketaatan kita sebagai hamba yang diciptakan Allah ini dengan ibadat-ibadat. Adakah taat atau ingkar?. Yang pasti kita menempa syurga atau neraka.

"Thabbit kulubana ala dinik"

NIKMAT DISYUKURI

Assalamualaikum...

Kadang kita tak sangka, benda sekecil yang dicipta Allah memberi manfaat kepada manusia. Alam yang penuh rahsia ini, dapat dilihat rahsia itu pada yang memikirkan. Manusia seringkali tidak sedar, mencela pada yang bermanfaat. Sial...

Pada yang memikirkan, mereka mendapat ilham yang tidak ternilai. Mereka juga akan dapat mengenal Allah pada setiap masa. Langkah dan pergerakan mereka sentiasa dibatasi syariat. Hati mereka pula merasa takut berbuat dosa.

Hari ini umat Islam tidak seperti Islam dahulu. Islam pada nama. Mereka mengatakan Allah itu ada tapi tidak meyakiniNya. Sehingga di satu zaman selepas kewafatan nabi Muhammad, mereka berbalah akan duduknya, tangannya, wajahnya Allah itu. Sehingga ahli agama risau terhadap orang awam yang akan terpengaruh, maka diajari kita sifat 20 itu. Mukhalafatuhu lilhawadith...


"Thabbit kulubana ala dinik"

06 November 2008

TERIMA KASIH GURUKU

Assalamualaikum...

Apakah pandangan dan tanggapan kita terhadap guru?. Baru-baru ini, diberitakan bahawa pelajar memukul gurunya. Ini bukan cerita jenayah tetapi sudah cerita pelik bin ajaib.

Guru tetap manusia, mana mungkin guru sempurna dari kesalahan. Kita sebagai pelajar wajib menghormati guru. Tahap teruk mana akhlak yang ditunjuk guru kita, dia tetap memberikan kita ilmu. Orang kata, "takkan guru mengajar mencuri pun kita perlu ikut". Anda perlu menghormati guru anda, tapi jangan mengikuti guru anda. Sebagai pelajar anda perlu baca ini, zaharuddin.net.

Teringat baru-baru ini, guruku yang mulia telah meminta diriku mencari pelajar-pelajar kelasnya yang lain kerana tidak kelihatan kelibat mereka. Dengan takdir Allah, tiada seorang pun yang hadir kecuali diriku. Sesungguhnya diriku sangat malu kerana guruku tetap gagah meneruskan pengajiannya pada diriku sorang. Alhamdulilah, selang beberapa minit kemudian, datang kawanku akhwat. Pada hari itu, kami berdua di dalam pengajian tersebut. Terima kasih guruku.


"Thabbit kulubana ala dinik"

05 November 2008

ISA dan Pendirian Kita

Assalamualaikum...

ISA secara umumnya bermaksud "tahanan tanpa bicara". Perbicaraan dan pembelaan tidak boleh dilaksanakan di mahkamah seperti kebiasaan. Dek kerana badan ini dinaungi sang singa, maka media Malaysia tidak diberi ruang untuk menjelaskan kuasa ISA yang digunakan. Hanyasanya digembar-gemburkan badan yang menangkap manusia untuk keselamatan negara.

Akal yang sehat pasti menolak ISA ini. Mana mungkin manusia yang tidak bersalah dipenjarakan bertahun-tahun tanpa pembelaan?.

Apalah agaknya jika ayah kita yang tertangkap itu?. Adakah baru kita tersedar akan kezalimannya?. Malaysia yang ingin kita corakkan ialah negara selamat dan berkebajikan. Kalau bukan dari tangan-tangan kita yang mencorakkan, siapa lagi?

"Thabbit kulubana ala dinik"

02 November 2008

TELATAH KANAK-KANAK

Assalamualaikum...

Kadang-kadang diri ini rindu akan zaman kanak-kanak. Bukan tidak redha diri ini telah membesar, tetapi merindui zaman telatah dan kenakalan.

Ketika kanak-kanak kita ingin menjadi dewasa yang gagah. Ingin melakukan begitu dan begini. Ingin berjasa itu dan ini. Nah...sekarang kita sudah membesar dan dewasa. Kenapa kita terlupa kata-kata tika kecil itu. Sibuk..exam..kerja..lepak. Ini ALASAN.

Dewasa ini juga kita perlu tahu, setiap tingkah laku akan dipertanggungjawabkan pada diri sendiri. Makan, minum, berjalan dan segala seribu gerakan. Kerana itu apabila kita melakukan sesuatu, maka ingatlah hari perhitungan kelak.

Lagi cantik, kalau kita benar-benar saling menyayangi. Rakan membuat kesalahan kita menasihati, kita membuat kesalahan, rakan menasihati.


"Thabbit kulubana ala dinik"