27 February 2008

HATI BERKATA


Assalamualaikum...

Setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Makan, minum, berlari, berjalan, mentadbir, tidur, melihat, mendengar dan segala-galanya. Perbuatan tersebuat pasti akan ditanya sama ada dilakukan atas dasar kebaikan atau sebaliknya?.

Bukti yang mengatakan setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan boleh dilihat dari diri sendiri. Apabila lapar, kita akan menyuap makanan untuk menghilangkan kelaparan, apabila sakit, kita mencari ubat untuk menghilangkan kesakitan dll. Pada contoh ini, kita dapat melihat bahawa memperlakukan sendiri untuk menghilangkan sesuatu dengan sesuatu. Bukankah makan adalah perbuatan yang datang dari usaha sendiri?. Masakan tidak, makanan disuap justeru dimamah supaya dapat ditelan.

Apabila "hati berkata" tidak perlu berusaha untuk sesuatu kerana telah ditetapkan sama ada diri lapar atau kenyang. Sekiranya begitu; mengapa kita perlu mencari makanan untuk menghilangkan lapar?. Cukup berserah, sama ada kita berada dalam penetapan "kenyang atau lapar".

Tetapi perlu ingat, perbuatan yang dilakukan bukan segala-galanya mutlak dari kita. Sebagai contoh; seorang pemandu memandu dengan cermat di jalan raya, tetapi kerana faktor lain seperti cuaca, jalan dan kenderaan, pemandu tersebut mengalami kemalangan. Oleh itu, usaha adalah dari sendiri, tetapi hasil dari penetapan.

Di akhirat kelak, kita tidak akan dipersoalkan "hasil" apabila melakukan sesuatu, tetapi dipersoalkan "usaha" kita untuk memperolehi hasil. Jadi, bersama kita usaha untuk menyuap makanan sambil mengingati soalan-soalan yang ditanya kelak. "Akal memikir, hati berkata, bukti perbuatan".

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : Ini pun meng"up date" dari pc kawan. Masih bermusafir....

26 February 2008

USAHA

Assalamualaikum...

Pensil yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain sentiasa meyakinkan kita bahawa ada seseorang yang mengubah kedudukan asal pensel tersebut. Justeru , apakah kita akan yakin bahawaha awan lagit dan bumi yang sentiasa berubah-rubah mempunyai pelakunya?.

Berat sesebuah barang akan menjadi ringan sekiranya diangkat bersama. Apabila salah seorang pengangkat perlukan "stamina" yang lebih, pengangkat yang lain juga terpaksa mengambil "stamina" agar barang besar tersebut dapat di seimbangkan. Bermakna, mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai hasrat mengalihkan barang tersebut.

Apabila hak sesuatu barang adalah milik seseorang, maka yang memutuskan untuk mengalihkan barang itu adalah hak seseorang juga. Tapi sekiranya seseorang yang mendapati dirinya berada di posisi organisasi, maka hak untuk sesuatu barang itu terletak pada pakatan organisasi tersebut sama ada ingin diangkat ke sana atau ke sini.

Seseorang dan seseorang lain, maka terhasillah organisasi. Apabila tercapainya organisasi maka seseorang itu berada di dalam pakatan bersama. Oleh itu, "skop" yang perlu dilihat pada sesebuah organisasi bukan pada seseorang, tetapi pada kesepakatannya.

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : masih berkelana....

25 February 2008

ISLAM UNTUK SEMUA

Assalamualaikum...

Hidup kemana dan dimana, tanggungjawab makhluk bernama manusia pasti tidak terlepas. Tanggungjawab manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

Apakah ''kesusahan'' sia-sia sekiranya ''kesenangan'' adalah tujuan hidup di dunia ini?. Sekiranya begini, tidur dan makan adalah lebih baik bagi diri seorang manusia itu. Kesusahan dan kesenangan adalah cubaan dan tarbiah dari Allah SWT sama ada seseorang itu berpegang pada "taliNya" atau tidak.

Jalan yang ditetapkan supaya berada di posisi yang benar mencerminkan kehidupan ini sesat dan melalui petunjuk kehidupan menjadi benar. Petunjuk berterasakan al-Quran dan al-sunnah mempunyai kaitan bersama akal bahawa "kebenaran" tidak akan bermusuhan antara kedua-duanya (al-Quran dan al-sunnah+ akal).

Justeru, perkaitan ini membuktikan akal tidak berfungsi sepenuhnya tanpa petunjuk dari al-Quran dan al-sunnah serta sebaliknya. Benar, makan sayur akan menguatkan tubuh badan seseorang, tetapi adakah makan sayur itu akan menjadikan seseorang berakhlak seperti tidak melakukan pembunuhan, perompakan, rasuah, curi, ragut, merogol dll?.

Apabila dikatakan "kehidupan" apakah diertikan makan dan minum sahaja?. Berlari, berjalan, makan, bekerja, berborak, memandu, mentadbir, berbicara, apakah ini bukan kehidupan?. Hanya makan dan minum diertikan ''saya hidup bersama Allah" kerana perlu berdoa supaya dihindarkan dari peneman syaitan?.

Oleh itu, kehidupan sebenarnya berteraskan akal dan petunjuk. Maka kita perlu meletakkan petunjuk ini di atas segala-galanya. Apa yang menyimpang dari petunjuk ini menyebabkan terbatalnya jalan yang hendak dilalui. Petunjuk itu adalah Islam.

Apabila dikatakan Islam, ada yang mengatakan Islam untuk orang Islam sahaja bagi tujuan mengelirukan kesempurnaan Islam ini. Apabila pandangan ini tidak disekat, lama-kelamaan Islam berupa jenama dan dilihat berupa solat, haji serta zakat sahaja.Pandangan berupa "Islam untuk semua", kini sebenarnya telah lenyap, maka atasilah bersama.

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : masih bermusafir...

22 February 2008

UNTUK SEMUA

Assalamualaikum...

Bukan berputus asa apabila hasil yang diingini tidak dimiliki. Bahkan generasi akan datang nanti akan menyambut usaha yang kita sedang lakukan. Usaha yang bersungguh, berkehendaki laporan yang tepat dan benar .

Usaha yang mewakili masyarakat bukan diikat dengan kaedah teori sahaja, bahkah perlu kepada perlakuan amali yang bersifat realiti. Acuan yang diguna pakai kini, menampakkan kejanggalan dalam pegabungan dua perkara iaitu teori dan amali. Justeru itu, apabila kita tidak memperolehi hasil, besar kemungkinan antara dua perkara ini tidak seimbang.

Perlu ingat bahawa, masyarakat adalah manusia yang berakal dan perlukan sentuhan yang menambat hati. Maka, setiap hati mereka memerlukan gelombang yang mewakili pencipta mereka sendiri iaitu nabi Muhammad SAW.

Manakah yang lebih berkeupayaan untuk menentukan aman sesebuah masyarakat sama ada dari pencipta mereka atau sesama mereka sendiri?.

Singkatnya, teori dan amali perlu diselaraskan berdasarkan al-Kitab dan al-sunnah SAW agar generasi akan datang meneruskan usaha kita disebabkan berada di kalangan pejuang tepat dan benar....

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : Maaf saya dalam permusafiran lagi...

20 February 2008



Assalamualaikum..

Apa yang ada jarang diambil perhatian, sedangkan yang tiada ingin dimiliki, manakala yang hilang pula, ditagih kembali. Bukan menghukum, tapi kenyataan sifat seorang insan.

Lakukan apa saja, kelakuan itu pasti disebut kembali. Makan, minum, berlari, berjalan, bermain, tidur dan segalanya. Tidak lupa, niat atas dasar kebaikan dan keburukan kelakuan juga adalah dalam lingkungan sebutan. Kerana apa kita makan?, kerana apa kita melihat?, kerana apa kita begitu dan begini?.

Alangkah indahnya tiap kelakuan diri disedari oleh kita. "Macam" ingat peraturan ketika di jalan raya. Lampu merah dah lampu hijau ditelusuri dengan penuh berhati-hati. Silap sedikit, mungkin "pak cik seragam putih" memanggil kita dan berminat dengan tandatangan kita.

Begitu juga sebenarnya kita, perlu berwaspada tiapa gerak langkah. Apa yang pasti kelakuan dan niat kelakuan, akan dihitung semula. Sekecil-kecil kuman hinggalah sebesar-besar gajah pasti hitungan akan dilakuan.

Sekiranya kita sayangkan seseorang, maka tegurlah. Seolah-olah kita berkata "Mat, jangan buat kemungkaran tu, nanti ko akan dilanda kepayahan di hari perhitungan kelak". Tidak tegur secara besar, kecil pun memadai.

Roh ini sebenarnya perlu disemai dalam masyarakat. Contoh: apabila seseorang mencuri, apakah yang terlintas di benak pencuri itu?. Mesti takut "terkantoi" dan dihukumi penjara bukan?. Persoalan di sini, bagaimana sekiranya dia mencuri dalam keadaan "tenang"?. Pencuri itu pasti melakukan pencurian lagi bukan?. Manakala pencuri yang mempunyai roh "kelak aku akan dihitung setiap amalanku" pasti berhenti dari melakukan pencurian tersebut.

Dari sekecil-kecil jenayah, hingga sebesar-besar jenayah, undang-undang Pencipta telah menetapkan garis panduan petunjuk. Kerana itu, apabila hukuman di dunia terlepas, hukuman akhirat bagaimana?.

"Apakah yang Mencipta tidak mengetahui (zahir dan batin)?, dan Dia Maha Halus, lagi Maha Mendalam pengetahuannya" (al-Mulk 67: 14)

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : Ini tulisanku yang lepas. Aku masih dalam permusafiran di Muahammedia. Tetouan tempat tinggalku. Rakanku mungkin sibuk di UM. Maaf...

18 February 2008

ALLAHU RUBBUNA

Assalamualaikum..

Anugerah yang tidak ternilai oleh manusia adalah bertuhankan Allah yang Esa. Ada pada dirinya keyakinan bahawa tiada tuhan selain Allah, membawa diri ke lembah yang selamat iaitu terselamat dari penghalang kebatilan.

Sifat kebanyakan manusia yang takut untuk berubah, menjadikan malas berfikir. Takut berubah kerana sangkaannya telah berada di "zon selesa". Makan, minum, tempat tinggal dan pakaian telah diperolehinya, maka dirinya berkata "Cukuplah bagiku".

Rasul yang diwahyukan kepada manusia serta seisi alam ini supaya mempercayai Allah adalah pencipta segala pencipta dan Dia sahaja yang layak disembah perlu disyukuri. Justeru itu, rasul juga diwahyukan supaya mengajar kematian bukan tamatnya perjalanan perlu difikiri.

Kefahaman yang teramat sangat mudah bahawa, Allah sahaja layak disembah dan alam akhirat adalah benar. Dengan dua perkara ini, Allah memerintahkan rasulnya supaya mengajar manusia kaedah yang benar hidup di dunia. Kaedah yang bermaksud pensyariatan tanggungjawab kepada Allah, masyarakat dan alam.

Kerana itu, apa-apa yang dilakukan, mengajar maksud Allah melihat dan akan dipertanggungjawb di akhirat kelak. Makan, minum, berjalan, berlari, belajar, tidur, bekerja, memerintah, mentadbir, dan segala-galanya.

"Thabit kulubana ala dinik"


p/s : Sekarang ni aku tak berkesempatan nak meng"up date" kerana dalam permusafiran. Di sini aku sertakan tulisan lama aku. Jumpa lagi....

14 February 2008

MUKADIMAH MANUSIA

Assalamualaikum...

Laki dan perempuan punya keistemewaan tersendiri. Lahir saja ke dunia, senyum dan tawa kesakitan mengubat derita ibu yang sudah berkesudahan. Alam penuh putih yang perlu dicorakkan dengan pelbagai warna supaya dipenuhi dengan lukisan indah .

Asas terpenting adalah tauladan terhadap anak-anak. Ibu bapa adalah "model" yang terbaik dan terbagus. Anak yang sudah dewasa dan bekeluarga bukan menyalahkan ibu bapa kerana tidak mendidik dengan baik. Malahan ketika umur ini, ibu bapa adalah nama yang patut di sebut di dalam doa agar kebahagiaan dikecapi.

Apakah kerana kesalahan ibu bapa pada pandangan anak-anak, maka akan melupakan jasa pengorbanan keduanya. Besar jasanya dan kita menyangkakan sudah terbayar dengan berlian dan emas itu. Tanya saja penderitaan waktu kandungan yang dilalui ibu, sudah tidak terjawab oleh kita, bagaimana pengorbanan yang lain pula?.

Ibu bapa sungguh bertuah apabila mempunyai anak, kerana anak adalah eset penting bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan apabila menempuh kehidupan sesudah berakhirnya dunia. Kehidupan yang penuh kepayahan dan tiada bantuan. Mudah-mudahan ada yang mendoakan kita, apabila mati kelak. Amenn....

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya....." (al-Baqorah 2:286)

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : Gambar diambil dari sini

MARI MELIHAT ATAS



Assalamualaikum...

Istimewa bagi yang berfikir dan masih berkesempatan bagi yang malas berfikir. Sebut saja putaran jam maka terbayang waktu berjalan. Sesaat pun waktu tidak akan menunggu kita, apatah lagi bersaat-saat yang dilepaskan.

Siang dan malam saling berganti tanpa henti. Gelap tiada terang menunjukkan malam. Kerana malam matahari bersembunyi dibalik bumi yang kita jejaki. Siang terang kerana disebalik malam itu. Ini tandanya matahari, bumi dan bulan saling berputar tanpa perselisihan satu pun.

Gerakan jarum jam kerana beteri, gerakan matahari, bumi dan bulan kerana apa?. Kereta bergerak tanpa perselisihan kerana penunjuk jalan, matahari, bumi dan bulan saling bergerak tanpa perselisihan pula kerana apa?. Seolah-olah wujudnya satu garis panduan.

Akal yang sehat dan sejahtera akan menidakkan segala-galanya adalah bergerak dengan sendirinya. Mana mungkin rumah tertegak sendiri tanpa perancangan dari tangan yang melakukan.

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : Gambar dinaqol dari sini

13 February 2008

MATLAMAT


Ya benar, semua penduduk mahukan keamanan yang mencukupi. Ada kekurangan, ditambah tolak supaya menjadi sempurna. Yang satu menjadi dua, yang dua menjadi tiga dan seterusnya akan berubah dari masa ke masa.

Mana mungkin perubahan bergerak tanpa pelaku. Hanya termenung ke bulan dan menunggu bila jatuh ke riba. Hai manusia... buku kepunyaan sendiri hilang sudah terpekik dan terlolong "gerangan siapa yang mengambilnya" ini pula keamanan yang diimpi-impikan terjadi dengan sendiri?.

Apabila tidak mampu melakukan sendiri, apa salahnya berdua. Yang berdua mungkin inginkan yang lebih ramai. Makin ramai bermakna bermasyarakatlah sesuatu penduduk.

Sendiri atau berdua mungkin dapat bertolak ansur, tapi bagaimana sejumlah yang ramai itu dapat bertolak ansur tanpa perundangan dan peraturan?. Dengan kefahaman yang rendah juga kita mampu untuk mengatakan keperluan masyarakat kepada peraturan daripada pemerintah yang "bagus".

Sifirnya mudah saja, di rumah ayah menjadi ketua, di masjid imam menjadi pelaku dan di dalam negara sultan atau perdana menteri menjadi pemerintah. Setelah timbul konsep ini, maka persoalannya siapakah yang layak menjadi pemerintah?.

Akal yang sejahtera memandu bahawa orang yang elok-elok dan baik-baik adalah pilihan kita. Maka sifat beginilah yang kita inginkan pemerintahannya. Calon suami atau isteri inginkan kebaik akhlaknya, di masjid pula makmun inginkan imam yang berilmu dan beramal manakala pada masyarakat, tidakkah memerlukan sebuah gagasan yang tulus gerakannaya?

Hanya sebaris menggerakkan minda sudah kunjung tiba seribu baris persoalan , maka berapa banyak persoalan jika minda digerakkan selaju tiupan angin?.

"Apabila keluar tiga orang dalam satu permusafiran, maka hendaklah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua" (Riawayat Abu Daud daripada hadith Abu Said dan Abu hurairah)*

"Thabit kulubana ala dinik"

*Riwayat al-Thobrani daripada Abdullah, para perawinya adalah perawi al-Sahih sebagaimana dinyatakan dalam Majma' al-Zawaid 5/249

p/s : gambar amik dari sini

12 February 2008

PERUT



انا : من أين أنت
صديقي : انا....... انا من بطن أمي
.........hampehh : انا


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang nyata bagi orang-orang yang berpengetahuan"
(al-Rum 30: 22)


"Thabit kulubana ala dinik"

11 February 2008

PENAT


Betapa manusia melakukan sesuatu yang sedikit sudah melahirkan rasa penat. Penat akal bagi "student" dan "menteri" barangkali dan penat zahiriah bagi pekerja pelaku anggota badan.

Bila penat, alasan menggunung pun berada di kocek. Tak sempat nak berkisah itu dan ini. Walahal yang diperintah tetap perintah supaya kembali siapa sebenarnya makhluk yang bernama manusia ni. Perintah agar mengingati pemilik kekal.

Solat bukan keberatan yang perlu dilaksanakan oleh manusia, tapi sesuatu hikmah yang si pelakunya secara tidak sedar telah berlaku. Apabila bersolat, sedetik di hati akan merasai ketuhanan dan keyakinan. Lebih-lebih lagi, solat lima waktu akan merasai masa yang ditempuhi seharian. Bagai sang jadual.

Perintah solat perlu dilaksanakan bersama agar generasi muslim bukan pada nama. Perintah mendirikan solat adalah tanggungjawab sendiri, manakala perintah terlaksana solat atas bahu pada yang berkuasa. Ibubapa, guru, ketua kampung, penghulu, menteri dan mentara.

Sesekali yang berkuasa atas masyarakat melambai tangan supaya muslim ini menunaikan solat apa salahnya. Bersolat, kerana solat adalah "exam" pertama yang dikemukakan selepas berakhirnya alam dunia.

"iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat dan melaksanakan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar....." (surah al-Hajj 22: 41)

"Thabit kulubana ala dinik"

10 February 2008

SENYUM



Suka dan duka memang menjadi adat. Tapi percayalah pada diri sendiri, di sana ada sinar senyuman yang tidak ketahui. Tabah dan bersabarlah sentiasa kerana kita telah dimuliakan atas Islam dan Iman.

"Thabit kulubana ala dinik"

SETIAP LANGKAH




Assalamualaikum..

Apa yang ada jarang diambil perhatian, sedangkan yang tiada ingin dimiliki, manakala yang hilang pula, ditagih kembali. Bukan menghukum, tapi kenyataan sifat seorang insan.

Lakukan apa saja, kelakuan itu pasti disebut kembali. Makan, minum, berlari, berjalan, bermain, tidur dan segalanya. Tidak lupa, niat atas dasar kebaikan dan keburukan kelakuan juga adalah dalam lingkungan sebutan. Kerana apa kita makan?, kerana apa kita melihat?, kerana apa kita begitu dan begini?.

Alangkah indahnya tiap kelakuan diri disedari oleh kita. "Macam" ingat peraturan ketika di jalan raya. Lampu merah dah lampu hijau ditelusuri dengan penuh berhati-hati. Silap sedikit, mungkin "pak cik seragam putih" memanggil kita dan berminat dengan tandatangan kita.

Begitu juga sebenarnya kita, perlu berwaspada tiapa gerak langkah. Apa yang pasti kelakuan dan niat kelakuan, akan dihitung semula. Sekecil-kecil kuman hinggalah sebesar-besar gajah pasti hitungan akan dilakuan.

Sekiranya kita sayangkan seseorang, maka tegurlah. Seolah-olah kita berkata "Mat, jangan buat kemungkaran tu, nanti ko akan dilanda kepayahan di hari perhitungan kelak". Tidak tegur secara besar, kecil pun memadai.

Roh ini sebenarnya perlu disemai dalam masyarakat. Contoh: apabila seseorang mencuri, apakah yang terlintas di benak pencuri itu?. Mesti takut "terkantoi" dan dihukumi penjara bukan?. Persoalan di sini, bagaimana sekiranya dia mencuri dalam keadaan "tenang"?. Pencuri itu pasti melakukan pencurian lagi bukan?. Manakala pencuri yang mempunyai roh "kelak aku akan dihitung setiap amalanku" pasti berhenti dari melakukan pencurian tersebut.

Dari sekecil-kecil jenayah, hingga sebesar-besar jenayah, undang-undang Pencipta telah menetapkan garis panduan petunjuk. Kerana itu, apabila hukuman di dunia terlepas, hukuman akhirat bagaimana?.

"Apakah yang Mencipta tidak mengetahui (zahir dan batin)?, dan Dia Maha Halus, lagi Maha Mendalam pengetahuannya" (al-Mulk 67: 14)

"Thabit kulubana ala dinik"

09 February 2008

QODAR DAN QODO'



Assalamualaikum..

Alangkah bahagianya mereka yang mengenali sesuatu dengan keazaman yang kuat. Justeru, azam yang kuat pastinya dengan tiada bersifat malas. Azam yang kuat mendorong kita bersifat lebih berani dan yakin. Berazam dan diikuti dengan usaha, maka sesuatu itu pasti diperolehi.

Perbezaan antara dua pelaku yang berazam dan berusaha tidak diketahui melainkan hasil yang telah diperolehi. Persoalan di sini, hasil tidak semestinya diperolehi setelah berazam dan berusaha maka bagaimana kita mengukur bahawa berazam dan berusaha itu wasilah kepada kejayaan?.

Maka yang boleh kita katakan bahawa, itulah perbezaan diantara makhluk yang digelar manusia itu, sama ada mempercayai ketentuan Maha Kuasa atau tidak. Apabila hasil yang kita inginkan tidak diperolehi, bukan beerti kita gagal tetapi apa yang diperolehi itu mungkin lebih elok atau setanding elok.

Berazam dan berusaha hanyalah satu perbuatan menunjukkan manusia itu lemah. Buktinya, menciptakan nyamuk pun tidak mampu dilakukan oleh manusia, ini pula keazaman dan usaha manusia, hendak menjamin apa yang ingin dikehendaki.

Berazam dan berushalah setelah itu berserah segala-galanya pada ketentuan Ilahi supaya hasil yang diperolehi tidak "membongkakkan" diri dan "melemahkan" diri. Bahawasanya setiap rukan iman itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

"Thabit kulubana ala dinik"

07 February 2008

KEBENARAN



Assalamualaikum..

Kebenaran tidak dapat dipisahkan dari naluri seorang insan yang sihat. Mencari sesuatu yang salah untuk menunjukkan kebenaran itu boleh, tetapi mencari sesuatu yang salah untuk melindungi yang salah dan menutupi kebenaran adalah salah sama sekali.

Lawan kebenaran adalah kesalahan. Dua aspek yang sentiasa berputar di ruang kehidupan makhluk bernama manusia tidak akan dikenal pasti melainkan bukti yang tertera. Kebenaran dan kesalahan yang melibatkan asas, tidak memerlukan bukti yang susah dan payah. Asas yang dimaksudkan adalah "kepercayaan dalam kehidupan".

"Apakah mereka diciptakan tanpa (perlakuan) sesuatu pun atau mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)?. Atau mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?. Tetapi mereka tidak mengetahui". (52: 35,36)

Ambil masa yang singkat sahaja untuk mengetahui kebenaran tentang wujudnya Allah yang maha pencipta. Gunakan akal dengan kaedah yang "benar" melalui pertanyaan dan mejawab sendiri.

Contoh: tanyalah sesuatu apabila kita berada di dalam rumah; siapa yang menciptakan lampu, almari, buku, komputer, baju, seluar?. Dan kita bertanya lagi apabila berada di luar rumah; siapa yang mencipta langit, pokok, awan, matahari, bulan?. Semua itu pasti mudah menemui jawapan bukan?.

Yang nyata sesuatu kebenaran itu mudah untuk difahami dan kesalahan itu senang dikenali. Hanya selangkah kita gagahi untuk menemui kebenaran demi kebenaran.

"Thabit kulubana ala dinik"

06 February 2008

MAAF


Maaf..Perkataan yang paling mudah untuk diungkap tapi paling susah untuk orang menyebutnya jika hanya untuk memohon maaf. Kalau ikut adat orang melayu maaf ni hanya untuk hari raya, untuk hari-hari lain rasanya seperti tidak ada dalam diri mereka. Ada yang sanggup untuk menunggu tahun depan punya raya barulah nak memohon kemaafan. Ada juga yang sanggup untuk tidak bertegur sapa berhari-hari lamanya semata-mata malu untuk memohon kemaafan. Pelik manusia zaman sekarang...


Tapi kalau kita fikirkan semula cukup kah sekadar mengungkap perkataan maaf kita akan dimaafkan ataupun kita akan memaafkan. Itu juga bergantung kpd diri kita juga sejauh manakah keikhlasan kita untuk meminta maaf atau memaafkan orang. Sebab itu apa jua yang kita lakukan perlulah mengikut acuan yg Islam sudah tetapkan kerana hanya dengan itu keberkatan akan timbul dalam diri kita dan barulah orang senang untuk memaafkan diri kita dan kita pun dengan hati yg gembira memaafkan org lain.


"..afala tatafakkarun...."

03 February 2008

ALLAHU ROBBUNA



Assalamualaikum..

Anugerah yang tidak ternilai oleh manusia adalah bertuhankan Allah yang Esa. Ada pada dirinya keyakinan bahawa tiada tuhan selain Allah, membawa diri ke lembah yang selamat iaitu terselamat dari penghalang kebatilan.

Sifat kebanyakan manusia yang takut untuk berubah, menjadikan malas berfikir. Takut berubah kerana sangkaannya telah berada di "zon selesa". Makan, minum, tempat tinggal dan pakaian telah diperolehinya, maka dirinya berkata "Cukuplah bagiku".

Rasul yang diwahyukan kepada manusia serta seisi alam ini supaya mempercayai Allah adalah pencipta segala pencipta dan Dia sahaja yang layak disembah perlu disyukuri. Justeru itu, rasul juga diwahyukan supaya mengajar kematian bukan tamatnya perjalanan perlu difikiri.

Kefahaman yang teramat sangat mudah bahawa, Allah sahaja layak disembah dan alam akhirat adalah benar. Dengan dua perkara ini, Allah memerintahkan rasulnya supaya mengajar manusia kaedah yang benar hidup di dunia. Kaedah yang bermaksud pensyariatan tanggungjawab kepada Allah, masyarakat dan alam.

Kerana itu, apa-apa yang dilakukan, mengajar maksud Allah melihat dan akan dipertanggungjawb di akhirat kelak. Makan, minum, berjalan, berlari, belajar, tidur, bekerja, memerintah, mentadbir, dan segala-galanya.

"thabit kulubana ala dinik"