26 April 2008

DEPAN DAN KE BELAKANG


Assalamualaikum..

Apabila kita berkeyakinan untuk meneruskan perjalanan, pergerakan pasti mudah. Dengan ilmu yang ada ditambah lagi dengan pengalaman, mana tidaknya sesuatu itu akan berhasil.

Tetapi perlu ingat, secara hakikatnya bukan sesuatu pekerjaan itu sama akan perlakunya. Walaupun mempunyai keyakinan, perkara yang di belakang perlu diingati.

Sebagai contoh, tahap permainan bola di Malaysia seolah-olah mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan gergasi antarabangsa, Brasil, Chelsea, Spanyol, sedangkan perlawanan dengan China sudah kecundang teruk. Maka di sini corak permainan perlu kepada konsep "belakang".

Belakang di sini bermaksud, main biar "passsing" ke hadapan, tetapi "passing" ke belakang juga perlu. Belakang bukan beerti takut, tetapi menyusan strategi.

Banyak lagi soal kehidupan kita yang perlu disemak ke belakang. Contoh satu lagi, tentang pelajaran. Bagi sesiapa yang mampu mengkaji, mengapa Syiah itu sesat. Mungkin kerana maklumat sana dan sini mengatakan sesat.

Di samping itu juga, kita perlu ke belakang untuk mengetahui benarkah Syiah sesat kesemuanya?. Belakang di sini bermaksud, mengkaji sejarah awal kelompok Syiah.

Adakah kelompok tersebut disebabkan perbalahan akidah, atau politik semasa. Pandangan dari dunia politik ini berbeza dari pandangan seorang yang berniaga.

Oleh itu, pandangan ke belakang perlulah kita mengambil kira, agar hati kita tetap dijalan taufiqNya...



"Thabbit kulubana ala dinik"

25 April 2008

ADANYA ALLAH?


Assalamualaikum..

Maka tercari-cari siapakah yang menguasai alam ini tanpa cacat-celanya. Manusia, adanya perasaan untuk mencari suatu kuasa yang besar yang padaNya menguasai langit dan bumi. Perasaan ini adalah fitrah.

Makan untuk menghilangkan lapar, tidur untuk menghilangkan mengantuk, berubat untuk menghilangkan sakit. Ini semua adalah fitrah manusia yang tidak dapat tidak, untuk dielakkan. Begitu juga fitrah manusia akan merasai suatu kuasa yang dapat membantunya.

Mari kita kembara minda bagaimana rasanya apabila kita terkurung dalam bilik yang serba gelap. Tiada satu pun cahaya yang dapat dilihat.

Siapakah yang kita minta supaya pertolongan datang?
Siapakah yang kita harapkan agar dipermudahkan kesusahan tersebut?
Siapakah yang kita mahukan agar keadaan kembali selamat?

Padahal perasaan-perasaan tersebut tidak pernah kita pelajari, tetapi kerana fitrah manusia begitu, maka pergantungan terhadap suatu kuasa yang menguasai alam adalah amat dan teramat perlu.

Semakin berusaha untuk mengetahui siapa pencipta alam ini, semakin bertambah ilmu keyakinan. Kerana apa?.

Kerana mustahil bagi alam ini dikuasai oleh dua pencipta bahkan mustahil lebih dari itu. Apabila adanya dua pencipta, kesan besar itu sebenarnya kita mampu melihatnya.

Masakan tidak, kerana yang pertama inginkan siang dan yang kedua inginkan malam, yang pertama ingin sesuatu itu bergerak yang kedua ingin sesuatu itu diam. Walahal sesuatu yng bertentangan mustahil dalam suatu keadaan dan masa. Hitam campur putih, apakah warna yang terjadi??.

Kalau kita katakan pencipta saling bersepakat. Sekejap bergerak, sekejap diam, sekejap malam, sekejap siang. Kalau begini, maka pencipta-pencipta tersebut saling memerlukan antara satu sama lain dan ini mendedahkan kelemahan masing-masing.

Kalau lemah, maka itu bukan yang kita inginkan. Kita inginkan tuhan yang berkuasa atas sesuatu itu.

Maka tidak syak lagi bahawa tuhan itu wajib satu. Satu yang tiada dua dan lebih. Siapa Dia??. Dia adalah Allah taala yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Bangun tidur, Allahlah yang perlu kita dahulukan, buat kerja, Allahlah yang perlu diingati. Maka konsep ini telah ditunjuki oleh Islam yang serba tiada kekurangan. Bagaimana ingin melakukan kejahatan sekiranya Allalah matlamat sesuatu yang dikerjakan?.

Sebagai Islam, apatah lagi pemimpin atau pemerintah Islam, konsep "lillahi taala" adalah konsep yang perlu ditekani. Ini tidak, konsep bagsa juga dititiberatkan. Nyah kau mati bersama konsep yang tiada faedah itu.

Maka dipersoalkan mereka yang tiada maruah itu, "bagaimana jika tidak diterima masyarakat akan konsep lillahi taala?"

"Soalan ini kerana kau rimas dengan Islam bukan?." "Tidakkah kau tahu bahawa Islam menyeru supaya mempercayai Allah dan tidak menyeru supaya pemaksaan supaya memasuki agama Islam".

Hidayah adalah penentuan Allah. Maka di sini, tidakkah kau lihat jalan dan usaha yang terbaik untuk memahami konsep ini adalah pendidikan. Oleh itu, awalilah masyarakat dengan pendidikan....

"Thabbit kulubana ala dinik"

17 April 2008

PILIHAN


Assalamualaikum..

Pada masa sekarang, mereka yang ingin mendekati agama akan dilebelkan dua jalan sama ada bidah atau sunnah. Apakah tiada pilihan lain ketika diberi dua pilihan ini?.

Apabila sesuatu itu tiada disebut dalam nas hadis maka dengan mudah dilebelkan sebagai bidah sedangkan unsur yang diterapkan dalam pelaku sesuatu ibadah baru itu tiada yang "merbahaya".

Mengapa dikatakan tiada bahaya?. Kerana saya mengatakan tiada nas yang melarang perbuatan tersebut dan perbuatan tersebut tidak melibatkan perkara usul (akidah).

Apabila sesuatu ibadah baru itu sudah jelas bertentangan syarak barulah bidah. Memang cerita bidah sunnah ini tidak akan ada kesudahannya kerana kita sekarang berada di akhir zaman. Tetapi dengan usaha yang sedikit ini, mudah-mudahan ada segelintir yang memahami.

Tak ada dua, satu pun kira "orait".

Panjang dan lebar apabila bercerita bab bidah sunnah ini. Tapi cukuplah bagi kita belajar dengan bersungguh dan berdoa agar diberi keberkatan dalam ilmu yang dipelajari. Amenn..

Teringat zaman para ulama dahulu kala, apabila mereka benar berijtihad mendapat dua ganjaran, apabila salah berijtihad mendapat satu ganjaran. Kita di zaman kini pula bagaimana?.


Imam Abul Faraj Al-Jauzi menegaskan antara bentuk mainan iblis adalah “…sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat syara’ yang halus antara mazhab-mazhab” (lihat Talbis Iblis cetakan Maktabah ‘Asriyyah Beirut mukasurat 114)


"Thabbit kulubana ala dinik"

16 April 2008

SENANG SUSAH BERSAMA


Assalamualaikum..

Apabila kita menekuni kewajiban mengeluarkan zakat, kita akan dapati ajaran Islam adalah rahmat buat seluruh alam.

Zakat bermaksud: kadar tertentu yang diambil sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan golongan teretentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.

Ini bermaksud bahawa zakat bukanlah satu paksaan dan zakat akan diagihkan kepada golongan yang secara amnya "tidak berkemampuan".

Selain mendidik sifat pemurah, zakat juga mengajar erti kasih sayang sesama masyarakat kaya dan miskin. Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin bersama membangunkan masyarakat.

Peranan zakat pada masa sekarang sebenarnya perlu diperluaskan pemahaannya. Lebih-lebih lagi, negara Malaysia sudah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Sepatutnya Malaysia kini tidak kelihatan jurang antara miskin dan kaya.

Formula kemiskinan sudah terbentang luas di depan mata, mengapa mencari formula yang belum tahu keberkesanannya?

Bukankah Malaysia telah diperkatakan bahawa ianya salah sebuah negara Islam, maka, mengapa perlaksanaan rukan Islam ini tidak kelihatan kesungguhan dalam perlaksanaannya??.


"Thabbit kulubana ala dinik"

13 April 2008

UJIAN


Assalamualaikum...

Apakah sebagai manusia yang inginkan kejayaan, tidak perlu diuji?. Sangkaan-sangkaan manusia apabila dikatakan ujian, penderitaan akan diperolehi. Lalu ujian yang dihadapi, dianggap kegagalan.

Lupakah kita bahawa, manusia ini adalah sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan. Ada akal dan ajaran-ajaran benar disampaikan melalui wasilah para nabi. Dan nabi terakhir adalah nabi Muhammad SAW.

Ujian yang dihadapi memungkinkan kita bersikap teguh dan kukuh. Kukuh yang tiada rapuhnya. Justeru, ujian itu adalah peringatan untuk bekalan tempat yang kekal abadi. Akhirat...

Tiada di sini, di sana ada.


"Thabbit kulubana ala dinik"

11 April 2008

KEMBALI


salam...

Maaf..Itula kata pertama yang ana ingin ungkapkan kepada sahabat ana, akmal kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Mungkin kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak mengizin kan ana untuk membuka blog ini. Ana mohon maaf. Selepas ini ana akan kembali aktif dalam blog ini INSYAALLAH....
Sekarang kami di UM sedang berada di ambang peperiksaan so ana mengharapkan jasa baik sahabat-sahabat ana untuk mendoakan kami di sini. Mudah-mudahan dengan doa sahabat-sahabat di sana untuk memudahkan kami untuk menjawab periksa seterusnya berjaya dengan cemerlang...


"Fawathikillahumma rabitatoha...."