Assalamualaikum...
Ilmu fiqh adalah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari oleh orang Islam sama ada secara ikutan (taqlid) atau berhujah. Kemampuan manusia yang berbeza-beza menjadikan keadaan sedemikian.
Banyak perbahasan dari para ulama tentang "dibolehkan bertaqlid bagi mereka yang tidak berkemampuan". Perbahasan ini agak panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut, bertanya pada mereka yang adil dan dipercayai.
Apabila kita melihat Islam di Malaysia penganutnya bukanlah berbangsa Arab. Maka persoalnnya bagaimana ingin mengatakan diri tidak bertaqlid sedangkan Bahasa Arab tidak dikuasai?. Menguasai...
Berbalik kepada ilmu Fiqh, Imam Hujjahu al-Islam Ghazali mengatakan ianya adalah ibadah dan muamalat sama ada berkaitan politik, ekonomi, hukum atau perkara yang berkaitan dengan kebaikan dunia. Contoh ilmu Fiqh; solat, zakat, puasa, haji, hudud, hukum mencederakan orang dll.
Imam Ghazali tidak setuju bahawa sebahagian ulama mengatakan "kefaqihan hanya membicaraan tentang Islam, syarat-syaratnya serta tidak dibicaran kecuali lisan (perkara yang disebut di mulut sahaja). Justeru perkara berkaitan dengan hati tidak termasuk dalam kefaqihan itu".
Solat yang sah perlaksanaannya adalah memenuhi syarat-syarat. Tetapi, sekira pelaku solat tersebut cuai kerana menghadirkan hati pada kerja-kerja "dunia", seperti mengira untung rugi di dalam perniagaannya, sudah pasti solat tersebut tidak diterima di akhirat kelak. Ini kerana kealpaan menjaga hati.
Perumpamaan ini boleh diibaratkan seorang yang mengaku di mulutnya Islam, tetapi di dalam masa yang sama hatinya menafikan keislamannya.
Bermakna ilmu Fiqh semata-mata tidak berguna tanpa menghadirkan ilmu yang lain yang berkaitan dengan hati. Oleh itu, pelajarilah ilmu yang berkaitan dengan hati disamping mempelajari ilmu Fiqh; ulumu al-Mutasauwifah (ilmu tasauf).
"Thabbit kulubana ala dinik"
31 May 2008
PMMM: LATIHAN DAN TAMRIN

Assalamualaikum...
Wakil yang dilantik pasti mempunyai ciri-ciri yang menarik, tertarik serta berkebolehan. Sementara memilih calon yang benar-benar mempunyai skop ini, mari kita lihat apakah yang dikatakan "menjadi pemimpin"??.
Adalah yang diperlukan bagi seorang pemimpin ialah keberanian. Biasanya kepimpinan itu menonjol diolehkan pengalaman seseorang yang dahulu-kala ia juga seorang pemimpin. Bahkan kepimpinannya disokong baik oleh rakan-rakannya.
Justeru apabila kepimpinan diasah dan diasah sehingga ke alam menara gading, kebolehannya pasti menjadi lebih tajam dan berkilau. Bertambah lagi akan kebolehannya..
Pada masa yang sama, tidakkah mereka yang baru tersedar akan kepentingan kepimpinan ini dapat dinaikkan menjadi "pemimimpin"??. Malahan dapat bersaing dengan rakan-rakannya yang telah diketahui akan kepimpinannya.
Dalam konsep ini, sangkaan bahawa sesuatu itu bermula dari tengah adalah sangat menjengkelkan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, kepimpinan sebenarnya bukan berlaku dari kebolehan diri yang berlaku secara automatik. Hidup-hidup di alam menara gading, kepimpinannya muncul. Karut...
Parang yang diasah lama-kelamaan menjadi tajam inikah pula manusia.
Sesuatu itu pasti berlaku dari satu dan kemudian menjadi dua, tiga serta empat. Dari bawah ke atas, dari belakang ke hadapan, dari tua ke muda, dari sedikit kepada banyak.
Asas yang utama dalam kepimpinannya adalah usaha diri. Dengan skil yang baik, ditambah pula perubahan dalam pembinaan akhlak diri, kepimpinan itu pasti bercambah. Berkat dari usahanya serta sokongan dari persatuan, tidak memustahil kepimpinannya lebih maju dari sebelumnya.
Perlu ingat, jangan berkawan dengan mereka yang ingin mendapat keuntungan dari kepimpinan. Apabila tiada untung meteralistik, dorongan tidak diberikan lagi.
Maka sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi (PMMM), dinasihatkan supaya tidak menyisihkan ahli yang mungkin tidak bersinar di dasar laut tetapi bersinar setelah digilap dan diasah. Bahkan lebih bernilai dari permata yang lain.
Bagi yang tidak pernah memegang sesuatu kepimpinan, janganlah berbica takut untuk berkepimpinan. Takut adalah fitrah. Ketakutan itu hilang apabila kekuatan disemaikan.
Bersatulah ahli-ahli persatuan serta saling sayang-menyayangi agar kita seperti satu tubuh. Apabila sakit tangan kanan, tangan kiri juga berbicara. Kita adalah umat yang beruntung, umat Muhammad SAW.
Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". (Bukhari dan muslim)
Ya, permasalahan pasti berlaku, tetapi bermusyarah, bertasamuh dan berbincanglah. Insyallah, semakian bersinar bumi Magribi ini...
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-dary ra :
"Agama itu nasihat",
kami bertanya, "bagi siapa?",
Beliau bersabda "bagi Allah, kitabNya, rasulNya, pemimpin kaum Muslimin dan bagi kaum Muslimin". (Muslim)
"Thabbit kulubana ala dinik"
29 May 2008
RASIONAL
Assalamualaikum...
Kadangkala darah muda yang mengalir ini, menginginkan kebenaran dengan segera tanpa mengambil kira tiap sesuatu itu tercipta dan terbentuk dari satu gabungan atau ketertiban.
Bermula manusia itu dari setitis air mani, kemudian berubah-rubah sehingga adanya tangan, kaki, kepala dll. Dalam perubahan ini waktu juga diambil kira. Contoh, dalam empat bulan pertama pembentukan manusia hanya setakat kepulan yang lembut dan apabila meningkat kepada bulan yang ke lapan, bibit-bibit manusia itu kelihatan.
Serupa juga dengan menuntut ilmu, kefahaman bukan datang terus-menerus dan menghasilkan apa yang dikehendaki. Mungkin memerlukan penelitian dan penyelidikan, barulah "buah" itu kelihatan.
Apabila kita melihat dari sudut mendalami ilmu agama, kadangkala terasa diri sendiri adalah dipihak yang benar dan secara tidak langsung menafikan kebenaran orang lain. walahal dia tidak melihat ilmu yang sama dari bentuk yang berlainan.
Amat menyedihkan apabila ada yang melebelkan orang lain sebagai "bidah", sedangkan merasa dirinya adalah bertepatan dengan apa yang dikehendaki "sunnah". Mereka ada dua kalimah keramat sahaja iaitu "sunnah dan bidah" tanpa meletakkan perbahasan, apakah itu dihukum sebagai wajib, haram, sunat, makruh atau harus??. Lainlah sesuatu itu telah disepakati akan kemungkaran tersebut oleh para ulama.

25 May 2008
DIMANA KITA BERADA..?
Dimana juga kita berada, petunjuk kebesaran Allah tetap wujud. Rumah, padang permainan, kota, kampung, selatan, barat, timur, dll. Dengan menggunakan akal yang sehat dan fikiran yang berkebolehan, kebesaran itu insyallah akan bertukar menjadi hidayah.
Mengapa kita perlu kepada hidayah?
Hidayah adalah olahan yang membuatkan kita sentiasa dipersimpangan yang betul. Di dalam perjalan dari Kota Baharu ke Klang memerlukan arah yang betul, inikah pula cara hidup, pelaku, pekerjaan seharian yang berliku-liku itu.
Kebersihan pakaian itu kita kehendaki, inikah pula kebersihan hati yang menjadi niat pertama dalam sesuatu perbuatan.
Apakah selama kita makan ini, semata-mata ingin kenyang tanpa memperdulikan tenaga yang akan dimiliki semula adalah untuk menuntut ilmu, atau membantu orang dalam kesusahan, atau membuat taat pada ibu bapa?.
Justeru, dimanakah arah pendidikan negara sedangkan pembenterasan rasuah, jenayah, zina, judi tanpa memperdulikan soal hidayah?.
"Thabbit kulubana ala dinik"
21 May 2008
WAKIL ATAU PEMIMPIN
Assalamualaikum...Kita sering mendengar, pelbagai versi yang dimaksudkan dengan pemimpin. Sama ada mengetuai, mengepalai, menunjuki, meneladani, atau seumpamanya.
Apabila merujuk pada Islam, pemimpin merupakan satu aspek yang penting dalam kemasyarakatan. Mana tidaknya, siapakah yang akan memberi "mando" sekiranya sesuatu hal terjadi. Adakah semua manusia akan menjadi hakim apabila sesuatu berlaku??. Contoh :
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, maka potonglah tangan keduanya (5:38)
Tidak masuk akal semua muslim akan memotong tangan pencuri yang seorang melainkan wali atau pemimpin yang telah dipilih memotong tangan pencuri tersebut.
Oleh yang demikian, pemimpin patut mempunyai kelayakan dalam kepimpinanya. Bukan kerana tamakkan harta dan gilakan pangkat ia menjadi pemimpin, tetapi kerana memimpin untuk kebajikan rakyat. Rakyat pula perlu melihat dengan jelas, siapakah pemimpin yang perlu dilantik, adakah ia bersama dengan pasukan cintakan keadilan atau sebaliknya??.
"Thabbit kulubana ala dinik"
19 May 2008
KONFLIK
Assalamualaikum...Pasti ada konflik dalam apa keadaan sekalipun. Begitulah fitrah sebagai insan yang bergelar manusia.
Ingatlah bahawa ketabahan seseorang tidak diketahui selagi ia belum diuji sama ada dalam posisi sabar atau posisi berputus asa.
Dengan ujian dan konfilik inilah manusia kadangkala tersentak dari lenanya. Baru tersedar akan dirinya bukan dalam jalan yang ditunjuki pencipta. Bukan juga jalan yang ditunjuki Islam dan Iman. Justeru, kadangkala konflik pada manusia ini bertukar menjadi nikmat..
Ingatlah, bagaimana ingin mendapat ketabahan sedangkan Islam itu dipisahkan dari cara hidup??. Kerana Islam itu adalah segalanya..ekonomi, sosial, pengajaran, pengajian, pendidikan, politik dll.
Berikanlah ya Allah, nafas baru terhadap kami untuk menyelesaikan masalah yang seringkali timbul. Berikanlah ya Allah, kami hidayah terhadap apa yang menimpa ke atas kami. Amenn...
"Thabbit kulubana ala dinik"
18 May 2008
MATI ADALAH BENAR
Assalamualaikum..
Mati adalah benar. Adakah mati itu benar maka kehidupan manusia telah habis??. Setelah mati ramai manusia bersangka habislah riwayat dan berakhirlah kehidupan. Tiada lagi kehidupan setelah mati.
Kalau disangkanya tiada lagi perjalanan hidup di alam lain setelah meninggalkan alam dunia, maka segala perilaku berbuat baik, berbuat jahat adalah sia-sia. Lebih baik mati dari dibelenggu masalah kehidupan di dunia. Mati habis cerita. Tiada penat, tiada lelah, tiada dukacita.
Alhamdulillah, Islam telah menunjukkan jalan bahawa selepas mati di alam dunia ada lagi alam yang menanti. Alam hitungan sama ada pelaku baik, atau pelaku jahat di alam dunia.

DULU LAIN SEKARANG LAIN
Assalamualaikum..
Manusia sentiasa berubah. Kita telah melihat pelbagai aneka ragam manusia yang dahulunya bagus dan pada masa sekarang kurang bagus. Ada juga yang dahulunya pemalas sekarang sudah jadi pegawai atau penyelia.
Pelik tapi kita telah menyaksikan sendiri.
Sekiranya kita melihat pada realiti diri sendiri, kita boleh berubah sama ada inginkan kebaikan atau keburukan. Apabila kita cemerlang dahulu tidak bermakna akan cemerlang selama-lamanya. Apabila kita kurang cemerlang dahulu tidak bermakna kita tersungkur selamanya.
Apa yang penting ialah usaha untuk mendapatkan hasil, bukan hasil untuk mendapatkan usaha. Di samping itu, jangan terlupa untuk mencari jalan redhaNya.
"Thabit kulubana ala dinik"

17 May 2008
TIADA YANG KETIGA
Assalamualaikum...
Dua perkara yang perlu kita yakini dan sesiapa yang menidakkan atau menafikan, akan dimasukkan ke dalam golongan orang yang tidak beriman.
SYURGA dan NERAKA
Biasanya manusia akan berharap mendapat pilihan yang ketiga. Ketiga yang disangkakan wujud di alam sana. Ketiga yang disangkakan adalah golongan yang "bernasib baik" dan mendapat rahmat di alam sana. Ketahuilah bahawa yang ketiga tidak wujud, malahan ianya adalah perkara dibuat-buat oleh pemikiran hawa nafsu jahat.
Sudah pasti apabila masyarakat mengakui akan wujudnya dua perkara ini, kehormonian sesama kita akan terjamin. Rasuah, pecah amanah, mencuri, mencerca hukum Allah, semua itu dapat dikurangkan.
Permasalahan di sini ialah masyarakat Malaysia sekarang banyak diajar takut akan penjara, ISA, rugi, bangkrap, sedangkan semua itu apabila penguasa tidak lihat maka penjahat-penjahat dapat melakukan juga. Dimana tarbiah takutkan ALLAH itu??.

16 May 2008
BUKTI DENGAN ANGGOTA
Assalamualaikum...Masih kekadang manusia terasa alam ini tiada penciptanya. Soalan yang sering menggangu di benak fikirannya ialah "Mana dia pencipta kalau wujud??.
Benar manusia sering bersikap begitu kerana malas menggerakkan akal. Cuba kita berkomunikasi dengan anggota sendiri untuk mengenal dan mengetahui adakah pencipta hakiki itu wujud??.
MATA-kerana mata kita yakin bayang-bayang itu wujud, padahal kita tidak boleh menyentuhnya atau mendengarnya. Begitu juga cahaya, kita yakin wujud. Wujud kerana dilihat oleh mata.
TELINGA-pelbagai suara kita mendengar setiap hari, tapi bolehkah kita menyentuh suara itu selain telinga yang merasainya.
HIDUNG-ya, ada pelbagai wangian dan haruman, tapi dapat dilihatkah bauan itu oleh mata??.
MULUT-setiap hari kita berkomunikasi dan kita faham, tidak bolehkah kita berkomunikasi melalui telinga sahaja dan kita akan faham.
dll
Begitu juga dengan keyakinan adanya Allah. Memang kita tidak dapat merasa dan melihatNya, tetapi kesan kekuasaanNya wujud dimana-mana. Siang, malam, pokok dll. Apabila kita dapati cahaya yang sangat terang, atau bunyi yang sangat kuat, adakah kita mampu untuk berhadapan dengan keduanya??. Pasti kita tidak mampu, dan inikah pula zat Allah yang kita ingin lihat, sedangkan Allah tidak dapat disamakan dengan sesuatu.
Kalau Allah wujud, apakah bentuknya??. Kalau kita menyemak al-Quran, Allah bersifat dengan sifat yang tidak sama dengan makhluk, tiada anak dan tidak diperanakkan dan tiada siapa yang sebanding denganNya. (kerana itu kita perlu sentiasa bertasbih "subhanallah" supaya kita tidak memikirkan Allah menyerupai dengan sesuatu).
Tapi bagaimana pula di dalam al-Quran ada menyebutkan TANGAN ALLAH. Ya, benar. Untuk membincangkan lebih luas, sebenarnya kita perlukan ilmu. Kalau diteliti dengan baik, ayat tersebuat dinamakan "mutasyabih"( dalam Bahasa Melayu bermakna "persamaan", tetapi makna tersebut tidak seberapa tepat-harap maklum).
Jadi bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membawa ilmu ini, maka selamatnya membaca perkataan tambahan yang ada di dalam kurungan(....) dalam tafsiran al-Quran Bahasa Melayu.
Kerana iman manusia ini berbeza, para ulama' zaman dahulu telah menyusun ilmu yang dinamakan "sifat 20" bagi menempis persamaan Allah dengan sesuatu dan lebih-lebih lagi perluasan Islam yang datang dari pelbagai fahaman sama ada Yunan atau Ruman.
Sedih dan pelik kekadang kerana masyarakat di Malaysia disuruh menjadi orang berakhlak dan berbudi, tetapi dijamukan dengan hiburan yang melampau sedangkan Allah tidak diagungkan.
"Thabbit kulubana ala dinik"