Assalamualikum...
Arak di dalam Islam adalah haram. Haram tidak bermaksud tidak boleh di sentuh. Sama seperti khinzir, haram dimakan, tetapi tidak berdosa dipegang atau disentuh. Kita berasa pelik, sejak projek ternakan khinzir di Selangor dinyatakan, ada "puak-puak" yang membantah projek tersebut dengan berhujah, makan khinzir haram, justeru menyentuh pun haram. Ajaran siapa ni?.
Pengharaman ini telah dinyatakan di dalam al-Quran secara berperingkat. Ini bermaksud, pengharaman arak yang berkesan adalah dilakukan peringkat demi peringkat. Apatah lagi kita di zaman fitnah ini. Orang kata; bukankah al-Quran telah sempurna, maka pengharaman arak perlu dilakukan terus?. Kita kata; ajaran siapa ni?.
Begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor, kesan 50 tahun pemerintahan BN tidak dapat mungkin dihapuskan secara terus. Strategi demi strategi perlu dilakukan bagi memastikan tiada kesan yang besar sekiranya kilang arak ditutup.
Bayangkan ada seribu orang bekerja di kilang tersebut. Secara mengejut kilang tersebut ditutup. Apakah yang perlu dilakukan seribu pekerja itu untuk mendapatkan pekerjaan yang setanding dengan kerja asalnya?. Lebih-lebih lagi zaman yang dibebani dengan kenaikan minyak ini.
Hujah ini bukan mengatakan saya menyokong pembukaan terus kilang tersebut, tetapi penyelesaian perlu kepada kebijaksanaan.
Ada pula mengeluarkan pendapat, PAS di dalam PR sama sahaja bersekongkol dengan BN. Ya, nampak macam sama, tapi bau berlainan. Lihat sahaja tindakan Pemuda PAS yang membantah konsert Ela dan Mas Idayu dan mendapat perhatian kerajaan PR. Berbanding BN, apakah ada ruang sekiranya bantahan dilakukan?. Dengar pun tidak...
"Thabbit kulubana ala dinik"
27 June 2008
26 June 2008
MINYAK NAIK
Assalamualaikum...
Tidak kurang isu kenaikan minyak masih lagi "terngiang-ngiang" di telinga kita. Mana tidaknya, semua rakyat Malaysia tahu, kenaikan minyak bererti kenaikan harga barangan. Cuba kita bandingkan, harga sebelum kenaikan harga minyak dengan harga pada hari ini. Ada perubahan bukan.
Kita tahu, pendapatan kebanyakkan rakyat Malaysia tidak naik, maka yang perlu dilakukan ialah mengubah cara hidup. Hidup yang berlaukkan ayam tukar berlaukkan ikan, menaiki motokar tukar manaiki basikal. Hebat dan hebat. Bagaimana pula agaknya, ubah cara hidup bagi rakyat yang selama ini berlaukkan ikan kering dan menaiki basikal?.
Selagi harga minyak tidak turun selagi itu rakyat perlu protes. Tidak secara demontrasi, secara ber"blog" pun kira ok.

25 June 2008
POLITIK DAN PARTI PAS
Assalamualikum..
Selepas 8 Mac 2008 pelbagai versi politik Malaysia dibicarakan. Tidak kurang pula masyarakat yang berbicara ikan dan sayur bertukar arah berbicara pakatan dan minyak. Ada juga yang berbicara Malaysia bertukar Singapura ke-2 pada masa hadapan.
Ya, begitulah fitrah manusia apabila "tersedong" baru tersedar. Dalam hal ini, PAS yang berupa parti yang bertunjangkan wahyu Ilahi sudah lama menghidu akan permasalahan yang bakal terjadi di masa hadapan. Bukan kerana PAS sudah diturunkan wahyu , tetapi ajaran Quran dan sunnah itu sendiri telah membicarakan balasan-balasan bagi yang tidak menurut perintah Allah.
Perlu kita faham, rata-rata rakyat Malaysia apabila membicarakan politik, pasti terbayang wang, yang berhormat, ahli jawatan kuasa, perdana menteri dll. Itulah pembawaan yang dicipta oleh pemerintah Malaysia sekarang. Sebenarnya apabila membicarakan Islam, politik adalah sebahagian daripadanya. Lupakah kita bahawa, Islam adalah cara hidup?. Justeru, Islam itu politik, ekonomi, gaya hidup, akhlak, spiritual, muamalat dll.
Dalam politik Islam, perbincangan demi perbincangan sangat penting. Ini berbeza dengan hukum Fiqh yang membicaran tentang ibadah solat, puasa, zakat dan seumpamanya. Sesiapa yang berkelayakan boleh membicaran bersendirian. Berbanding politik sesuatu yang diputuskan berteraskan bersama. PAS melakukannya.
Apabila sesuatu dipersetujui kerana perbincangan yang ramai, mustahil persetujuan itu berunsurkan penipuan dan kemungkaran. Mana mungkin ahli yang membincangkannya dan terdiri dari mereka yang berpendidikan agama Allah, bersepakat dalam penipuan. Ini berbeza apabila seorang sahaja yang memutus walaupun berpindidikan agama Allah. Orang lain tidak mengetahui, dimanakah dia mendapat sumber apabila memutuskan keputusan?.
Oleh itu, apabila sesuatu keputusan PAS bercanggah dengan kita, penyelidikan demi penyelidikan amat diperlukan. Ini bagi memastikan mengapa dan kenapa PAS mengambil keputusan begitu serta begini. Perbezaan-perbezaan itu kita dapati kerana kita melihat sesuatu masalah berpunca dari kaca mata sendiri sedangkan PAS melihat sesuatu masalah dari kaca mata ramai. Pastilah ada perbezaan...
"Thabit kulubana ala dinik"

ISLAM DAN KEFAHAMANNYA
Assalamualikum..
Islam mengajar manusia supaya mengabdikan diri pada Allah. Justeru agama Allah(Islam) mengajar manusia berjalan dengan selamat di dunia dan akhirat. Islam yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan rasul pasti melibatkan semua aspek kehidupan. Politik, ekonomi, ibadah dll.
Cuma yang merasai Islam ini sesuatu ajaran yang lama dan perlu ditafsir semula adalah di kalangan yang tidak mengerti. Mereka tidak mempunyai kefahaman yang berteraskan ahli ilmu Islam(ulama').
Bagi para pendakwah pula, suatu penyelesaian perlu ditunjukkan. Apa yang dimaksudkan ialah, apabila sesuatu perkara dilarang, sesuatu penyelesaian pula perlu ditunjuki. Penegahan rasuah dilakukan, pada masa yang sama juga perlu tunjuki penyelesaian, hikmah pengharaman, kesan pengharaman dan kaedah selamat dalam bermuamalat.

ALAM DAN TABIAT
Assalamualaikum..
Manusia sebahagian daripada alam. Apabila dikatakan alam maka tabiat alam ialah pembaharuan. Lihat, tumbuhan yang kecil menjadi besar, siang menjadi malam, hari ini menjadi esok. Manakala manusia pula bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa menjadi tua. Alam tidak boleh tidak mesti berubah.
Yang pasti setiap sesuatu itu ada tarikh tamatnya. Mati.
Pen pada asalnya diletakkan di atas meja. Pada masa yang lain pula pen yang berada di atas meja berubah tempat ke bawah meja. Dalam pemikiran kita yang sehat, adakah perubahan itu terjadi dengan sendiri atau ada seseorang yang merubahnya?. Pasti ada seseorang yang mengubah pen tersebut.
Begitu juga alam dan tabiat. Perubahan-perubahan yang terjadi bukan dengan sendirinya. Ada sesuatu yang mengubahnya. Sesuatu yang hebat yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Sesuatu yang maha menguasai tiap sesuatu. Sesuatu yang tiada dua, tiga dan hanya satu-satunya. Allah.
Allah telah mengutuskan rasul supaya mengajar erti alam dan tabiatnya, justeru dapat mengetahui Allah sahaja yang berhak disembah. Kerana itu apabila membicarakan Islam pasti ada rahsia yang tersembunyi.
http://al-bakistani.blogspot.com/
http://abumuslimhakim.blogspot.com/
http://alhammasiyy.wordpress.com/
Dan cerita mengenai guru kami di sini

23 June 2008
BERSIH HATI DAN ANGGOTA BADAN
Assalamualaikum..
Solat, puasa, zakat dan sedekah adalah usaha-usaha untuk membersihkan hati dari melakukan perkara mazmumah. Justeru, usaha-usaha tersebut adalah benteng bagi kekuatan iman kita.
Amalan yang baik bukan semata-mata melakukan kerja kerohanian, bahkan perilaku luaran sedikit sebanyak juga menyumbang pada tingkat keimanan kita. Solat tanpa membersihkan badan, adakah ianya satu amalan yang terpuji?. Berzikir di dalam bilik yang bersepah dan berbau, adakah menyumbang pada kekhusyukan?.
Ya, sebagai orang beriman, persekitaran perlu diambil kira. Tandas, tempat tidur, bilik, kasut, pakaian, rambut, kuku, anggota badan, dapur perlu diambil kira seperti mengambil kira tentang adab tertib perilaku solat.
Bukti, lihat saja negara Eropah, persekitaran dijaga berbanding umat Islam rumah-rumahnya ibarat "tongkang pecah".

22 June 2008
MA'SUM BUKAN HUJAH
Assalamualaikum...
Hari ini kita dimuliakan dengan Islam. Esok, kita mengharap keislaman ini akan kekal. Islam dari permulaan wahyu hingga kini tidak lagi berubah. Yang berubah adalah masa dan keadaan. Pun begitu, Islam masih lagi "relaven". Dulu kini dan selamanya.
Anggapan Islam telah terhakis dek zaman adalah "dakwaan palsu". Batil dan tidak berasas. Asas Islam adalah al-Quran, hadith, Ijma' dan qias mengikut persepakataan ahli ilmu Islam. Asas-asas ini disusun mengikut tertib. Salah, bermula dari qias dan berakhir dengan al-Quran. Dan ada lagi asas-asas Islam yang tidak dipersepakati...
Apabila sesuatu diperselisihkan, kembali kepada asas-asas tersebut. Manusia punyai jasmani dan rohani. Begitu juga asas-asas Islam, perlu penafsiran, penjelasan, penerangan, penelitian, pengkajian, peloporan. Bukan dipandang "zahiriah" semata-mata.
Bagi yang tidak mampu menguasai asas-asas ini dengan baik dan jitu, kemaafan diberikan. Kemaafaan bermaksud mengikuti peloporan ahli-ahli ilmu Islam yang terkenal. Contoh; Imam Syafie, Imam Maliki, Imam al-Asa'ri dll. Bukan kemaafan itu, mengikut hentam kromo dalil yang dicapai.
Biasa kita akan kedengaran "mereka itu bukan ma'sum" atau "wahyu tidak diturunkan pada mereka". Maka sebab itu, kita perlu berpegang pada Quran dan sunnah. Jawablah pada mereka itu, begini.
Kalau mereka bukan ma'sum, kamu ma'sum ke ?
atau
Quran disiap satukan di dalam mashaf pada zaman Khalifah Othman ra. dan dinamakan Mashaf Othmani. Ia dilakukan setelah nabi wafat. Oleh kerana mereka bukan nabi, Quran yang kamu baca sekarang ini kadang-kadang ada yang salah ye?
atau
Nabi sudah tiada, jadi siapa yang mengajar kamu ilmu kalau bukan manusia yang tidak ma'sum itu?.
atau
Kamu tahu ahli ilmu itu salah dan ahli ilmu ini betul, wahyu turun kepada kamu ke?. Atau nafsu kamu yang memandu pilihan tersebut. Dirasa sesuai "membabi buta" sebaliknya "dicerca dihina".
Berlapang dadalah wahai umat Islam sekalian...

18 June 2008
"Masa untuk berubah"..

Alhamdulillah..kini kerajaan selangor sudah menunjukkan tanda-tanda perubahan yg positif. Yang terbaru diberitakan kerajaan selangor tidak membenarkan penyanyi Ella dan Mas Idayu utk membuat persembahan sempena Piala Sultan Selangor. Menurut Ketua Dewan pemuda PAS Selangor, mereka mencadangkan agar Akhil Hayy dan Mawi yg dipanggil utk membuat persembahan. Alasan mereka kerana kedua-dua penyanyi tersebut lebih menyanyikan lagu yg berunsur nasihat. Perubahan inilah yg di perlukan utk mendidik masyarakat supaya tidak lagi di lalaikan dgn hiburan-hiburan yg tidak bermanfaat. Diharapkan selepas ini kerajaan negeri supaya menyekat lagi hiburan-hiburan yg langsung tidak memberi manfaat selain melalaikan mesyarakat. Syabas kerajaan Selangor. Teruskan usaha dlm memperjuangkan Islam!!. Allahu Akbar!!!!
"Thabit kulubana ala dinik"
07 June 2008
DUA
Assalamualaikum..
Setiap hari kita berbual dan berborak dengan kalimah yang berulang-ulang. Tidakkah kita sedar, dua juzuk penting yang selalu kita gunakan untuk berkomunikasi iaitu "soal dan jawab". Perhatikan di sini;
Dah makan?.
Belum..
Mana ko pergi tadi?.
Jalan-jalan pantai kejap, ko masak apa hari ni?.
Sambal ikan... Ikan tu sorang dua ekor tau?.
Beres..
Apabila kita tersedar kepentingan dua juzuk ini, kita akan sentiasa berhati-hati dalam berkomunikasi. Apa tidaknya, cuba kita lontakan satu persoalan yang kontroversi "sapa kentut ni?" maka ada 3 rakan kita yang mendengar soalan itu dan ketiga-tiga rakan menjawab penafian bagi mempertahankan dirinya tidak kentut. Dalam jawapan tersebut timbul tuduh-menuduh antara satu sama-lain sehingga melarat api kemarahan.
Lihat, dengan satu persoalan sahaja timbul " mazmumah". Tuduh-menuduh dan marah memarahi. Bagaimana sekiranya persoalan yang lebih banyak kita ajukan?. Apakah orang yang melontarkan persoalan itu tidak menyumbang kepada kemelaratan dosa?.

06 June 2008
Himpunan Rakyat Negeri Selangor “Menuju Harapan Baru”
Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang
sumber dari sini
p/s : Mat-mat moto, ayuh kita pergi ke perhimpunan tersebut.
"Thabit kulubana ala dinik"
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)
Permit: LULUS
Isu-isu: 1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT
Penceramah:
YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)
Hubungi: Razali 016-2611389
sumber dari sini
p/s : Mat-mat moto, ayuh kita pergi ke perhimpunan tersebut.
"Thabit kulubana ala dinik"
05 June 2008
NAIK BASIKAL
Assalamualaikum..Sebagi seorang mat moto sejati pasti merasai kebimbangan kenaikan bahan bakar yang dikuatkuasakan pada hari ini (5 Jun 08). Walaupun empunya diri tidak berada di Malaysia, tetapi perasaan risau tetap ada. Risau kerana empunya diri adalah rakyat Malaysia.
Apakah perlu dizahirkan dengan kemarahan atau melontarkan kata-kata kesat terhadap pemerintah atau ada jalan lain bagi menyejukkan hati ini dan seterusnya meredakan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
Alangkah seronok sekiranya diri kita berada di kalangan orang yang mendengar hadith ini :
Abu Hurairah ra menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. "Berilah aku nasihat." Baginda menjawab, "jangan marah". Maka diulangnya beberapa kali, kemudian baginda bersabda, "jangan marah". (Bukhari)
Justeru hati yang membara ini, dapat menghadapi kenaikan harga bakar dengan tindakan rasional dan bersepakat. Marilah kita menunjukkan sikap "protes" terhadap kenaikan bahan bakar ini dangan kebolehan yang sedia ada. Kenaikan harga minyak ini bererti kenaikan harga barang. Oh.. terlupa, barang-barang tersebut diangkut menggunakan basikal.
Sekiranya ingin melihat ulasan yang bagus, bolehlah melayari web ini, dan ingin melihat reaksi rakyat Malaysia tentang kenaikan bahan bakar ini, sila ke sini.
Dan alangkah indah, sekiranya hati ini juga merasai perjuangan Muslim di Palestin seperti merasai kenaikan harga minyak di Malaysia.

03 June 2008
IDOLA

Assalamualaikum...
Ya, Rasulullah SAW merupakan idola kita yang pertama diikuti ibu bapa kita. Dewasa ini, sebagai seorang yang berwawasan sudah pasti kita mempunyai idola. Contoh, kita ingin menjadi pemimpin dan mengidolakan tuan guru Nik Aziz. Ini mungkin disebabkan kesederhanaan beliau dalam kepimpinan dan kehidupan.
Saya pula, sebagai seorang pelajar sudah tentu mempunyai idola dalam bidang keilmuan. Nama Ramadhan al-buti memang tidak asing lagi dalam bidang keilmuan Islam. Pelbagai kitab yang dikarangnya dan boleh didapi dimana-mana sahaja. Tambahan pula, bagi yang berpendidikan arab, bolehlah melayari lawan web beliau sendiri. Laman tersebut sentiasa ber"up date" dengan ceramah-ceramah beliau sama ada secara suara atau tulisan.
Antara ceramah beliau yang membuatkan saya terfikir berkaitan dengan pertubuhan musuh Islam dan bergerak dikalangan jemaah Islam. Mereka tidak menggunakan peluru atau senjata tetapi menggunkan akal. Akal juga boleh dijadikan senjata untuk melumpuhkan pemikiran orang muslim.
Britain merupakan tonggak utama yang dikatakan "musuh dalam selimut ini". Antara pertubuhan yang bergerak pada masa ini:
1. Al-Kodianiah- bergerak di tanah India dan persekitarannya.
2. Al-Babiah dan al-Bahaiyah- bergerak di Mesir dan selatan Asia.
3. AL-Wahabiah- bergerak di tanah Arab.
Dan banyak lagi kupasan-kupasan menarik beliau untuk seharian.
"Thabbit kulubana ala dinik"
02 June 2008
PMMM: ANTARA CINTA DAN SAYANG
Assalamualaikum..
Cinta adalah fitrah manusia. Dengan cinta sifat sayang tersemai dalam diri. Kadangkala cinta tidak menghasilkan bibit-bibit sifat sayang disebabkan kita menyalah tafsiran terhadap cinta itu.
Apabila cinta tersemai, segala yang susah menjadi mudah, segala permasalahan menjadi nikmat dan segala kerisauan menjadi ketenangan.
Cinta Allah adalah yang pertama dan cinta sesama makhluk hati yang memahami, tetapi cinta terhadap persatuan siapa yang tahu??. Begitulah kita, cinta itu difikir benda yang dilihat semata, tanpa berbicara cinta itu adalah anugerah terhadap semua perkara.
Setelah cinta itu difahami, maka sifat sayang akan dimiliki. Kasih yang menghulurkan bantuan apabila kesusahan, kasih yang menimbulkan simpati apabila kepayahan, kasih yang akan bersama tika mendung dan cerah.
Kerana itu, cinta perlu disemai terhadap persatuan ini(PMMM), agar sifat sayang terhasil. Kalau bukan kerana sifat sayang itu ada, pasti kerjasama dan bantu-membantu tiada di dalam persatuan..
"Thabbit kulubana ala dinik"
PMMM: TARIK DIRI
Assalamualaikum...
Seperti yang dikatakan, pemilihan persiden adalah hak kebebasan ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi (PMMM). Sama ada mandat yang diterima persiden berjumlah kecil atau besar, perkiraannya ia tetap persiden untuk tempoh setahun.
2 calon diundi daripada 3 calon bakal mengisi jawatan persiden dan timbalan persiden. Seperi yang saya tulis terdahulu, permasalahan akan berlaku di sini.
Dalam perkiraan saya, mustahil 1 calon diantara 3 calon yang akan bertanding tersebut akan mengundurkan diri untuk memberi ruang perlawanan antara dua penjuru. Adapun undian terbanyak menyandang jawatan persiden dan undian sedikit menyandang jawatan timbalan.
Soalnya, siapkah calon yang ingin mengundurkan diri?.
Saya berharap orang baru dan orang lama memahami tulisan saya sebelum ini. Ini akan menjadikan ahli PMMM mengundi jawatan persiden antara dua penjuru.

01 June 2008
PMMM: CALON PERSIDEN
Assalamualaikum...
Persiden sudah pasti mempunyai sifat yang menarik serta cantik pada pandangan seseorang. Ini tidak dapat dinafikan...
Kali ini (tahun 2008) bakal persiden pasti mengemukakan orang baru dan orang lama. Orang lama yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2005 dan ke bawah, manakala orang baru terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2006 dan 2007.
3 pencalonan perlu diisi dan undian bakal dilakukan selepas tempoh tertentu. Semua gerak kerja ini dipertanggungjawabkan oleh SPR. Undian pengundi akan memilih 2 dari 3 pencalonan kerana untuk mengisi jawatan persiden dan timbalan persiden sahaja. Di sini saya melihat apabila undian hanya dipilih 2 daripada 3 calon, permasalahan pasti timbul... Insyaallah saya akan menulis permasalahan ini pada masa yang sesuai.
3 pencalonan ini pasti menggegarkan ahli PMMM. Mana tidaknya, colon baru pada kali ini dijangkakan mempunyai kekuatan tersendiri dan bakal memenangi persiden. Ditambah pula sokongan dari ahli PMMM yang melihatnya sebagai calon yang berkebolehan.
Adapun saya berpendapat sebaliknya. Saya lebih memberatkan persiden perlu dipilih dari kalangan orang lama. Kenapa?. Kerana "pemuka lama" mempunyai lebih pengalaman dan lebih dihormati berbanding "pemuka baru" yang tidak dinafikan mempunyai pengalaman tetapi kemungkinan sedikit dihormati.
Meh ramai-ramai kita undi orang lama...
"Thabbit kulubana ala dinik"
PMMM: LAWAN TETAP LAWAN
Assalamualaikum..
Pemilihan persiden memang diperlukan pada satu-satu pertubuhan. Hal ini boleh diibaratkan sebagai seorang mudir atau pengetua atau guru besar atau menteri besar yang menjaga kemaslahatan ahli-ahlinya. Sama ada gaya kepimpinannya secara tegas atau berseni.
Untuk pemilihan persiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi (PMMM), persaingan pasti berlaku. Dengan kata lain "lawan tetap lawan".
Apakah sebagai manusia yang terpelajar, kita masih lagi mengamalkan budaya "pejam mata" untuk pemilihan calon?. Kita memilih berdasarkan autoriti "dia kawan aku masa di sekolah" atau "dulu dia teman permainan aku" atau "dia senegeri" atau sebab-sebab yang tidak pijak dibumi nyata.
Pastikan dalam pemilihan, kita mengenali setiap watak-watak yang layak ditandingi. Jangan kerana "fanatik" calon itu calon ini tidak dikenali. Terbuka hati dalam pemilihan agar persatuan yang dicintai ini dapat menberi manfaat.
Hakikatnya kita lawan tetap lawan tetapi dalam erti kata "tanpa perbalahan".