Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Buat seketika, blog ini tidak akan ber"update" kerana saya akan bermusafir. Insyallah, ada rezeki saya akan menulis lagi bagi merancakkan dakwah di alam maya ini. Rakan saya, saudara Haniffah, sekiranya tidak keberatan, ajak-ajaklah dia untuk meng"update".
Di sini saya sertakan "link" yang berguna untuk dibaca. Tidak ketinggalan juga, di sebelah tepi kanan blog ini, ada link yang perlu dilayari .
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi) bersamamu.. wahai Tuan Presiden, Adanya aku di dunia ini untuk melakukan tuntutan daripada Allah. Aku tidak mahu menghabiskan sisa-sisa hidup aku untuk menjadi munafiq. Dan aku tidak mahu mengundang perkara-perkara yang tidak elok.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada semua umat. Sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang atau penyokong atau bangsa. Aku meminta maaf jika ada sesuatu yang kamu tidak suka.
Aku ingin mengatakan bahawa kekuasaan itu milik Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia kehendaki. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk mendapatkan kekuasaan tersebut. Sesungguhnya Allah Taala telah menceritakan dialog diantara Nabi Ibrahim dan Namrud .
Apa yang Allah Taala kata?
ألم تر الى الذي حاج إبراهيم في ربه أن ءاته الله الملك
Apakah kamu tidak memperhatikan orang(Namrud) yang mendebat tentang tuhannya(Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan)...
Adalah kekuasaan itu Allah memberi kepada sesiapa yang dia kehendaki. Maka jangan kamu melakukan komplot terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat tipu helah (penipuan) terhadap hukum Allah, Kerana seseorang tidak akan berupaya melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah.
Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka kezaliman itu tidak lain, hanya menjadikan dia buruk dan dibenci oleh semua manusia. Oleh kerana Allah menjadikan dia buruk di mata manusia, maka dia tetap dibenci walaupun tidak terlintas di hati manusia untuk membencinya.
Aku ingin berkata kepada kamu sekalian..
Alhamdulillah, sesungguhnya telah jelas kepada kita akan kebenaran pada kata-kata Allah berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah ini?
ويمكرون ويمكر الله
dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang
Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah ini?
إنهم يكيدون كيدا. وأكيد كيدا
Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.
Sabda Rasulullah SAW; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada kamu, mungkin ini adalah pertemuan kita yang terakhir!
“..Jika kamu memikirkan kami, moga-moga Allah memberi taufiq kepada kamu. Dan jika kami memikirkan kepadamu, maka tanggungilah kami dengan bebanan (akhirat kelak)."
Di sebalik peristiwa Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia cuba untuk mengetahui "mubahalah dan qazaf". Tak kurang pula, bukan Islam untuk mengetahuinya.
Maka para pendakwah, patut melangkah setapak untuk memperkenalkan Islam adalah satu cara dan jalan hidup. Islam bukan solat haji dan zakat sahaja, bahkan untuk semua. Ibadah, sosial, politik, ekonomi dll.
politik+Islam=yes politik-Islam=no
Nyah kau siapa yang berkata Islam mesti dipisahkan dari cara hidup...
Biasa manusia akan mencari yang ketiga. Ketiga yang disangka wujud seperti di alam dunia. Besar tidak, kecil pun tidak, maka memilih diantara besar dan kecil. Sederhana.
Ya, di alam dunia dan perihalnya begitu. Tetapi sedar atau tidak, di alam akhirat tiada pilihan ke-3. Cuma ada dua pilihan. Syurga bagi yang taat dan neraka bagi yang ingkar.
Sekiranya kita yakin tiada yang ketiga di akhirat, pasti jelas arah tuju bagi perbuatan yang dilakukan di dunia.
Assalamu'alaikum, Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Amma ba'du,
Melihat kemelut politik mutaakhir ini, saya menjadi bertambah gusar.Sebelum ini kegusaran itu sudah sedia bertapak memandangkan iklim politik sejak PR12 masih belum reda dilanda angin perubahan yang kadang kala membawa hawa panas, adakalanya hawanya sepoi berbahasan dan seringnya ligat bagai taufan.
Saya perhatikan hampir semua egroups, sejak 29 Jun 2008 dipenuhi dengan bahasan tentang kes aduan liwat melibatkan tokoh yang sentiasa bernilai sensasi dan kontroversi tak lain tak bukan DS Anwar Ibrahim. Nampaknya kes altantuya ledakan dan letupannya tidak sehebat kes liwat DSAI . Bila melibatkan kedutaan Turki, negara arwah Kamal Atartuk yg tidak ber'bin' itu, maka terjadilah ledakan media seperti yang pernah terjadi 10 tahun dahulu. Sejarah berulang kembali dengan nafas baru, sama ada nafas kali ini nafas berbau atau nafas bercelaru terpulanglah untuk kita nilaikan.
Lalu semua ini mengingatkan saya kepada rakaman sejarah Nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf (chapter 12). Sejarah merakamkan kisah nabi yusuf difitnah dengan seorang wanita ternama lagi cantik (zulaikha) dan nabi Yusuf a.s mengucapkan "Fassobrun Jamil" [Sabar itu indah, rujuk surah Yusuf ayat 18] . Sekali pun seorang Nabi mampu mendapatkanus dari Allah s.wt yg mengasehinya namun nabi Allah tetap diuji dengan penjara dan kesabaran.Sesungguhnay Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Ucapan Fassobrun Jamil juga diucap oleh Nabi Allah Yaakub a.s (ayah nabi Yusuf) dalam ayat 83 surah Yusuf.
Begitu juga bila sejarah Fitnah berulang melibatkan Isteri kesayangan Nabi s.a.w, Saidatina Aisyah r.a .Siti Aisyah lantas mengucapkan kalimah 'assobrun jamil lalu beliau membanyakkan istiqfar, berpuasa , bermunajat dan berserah kepada Allah s.a.w. Dia tidak berusaha mengumpul rakan2, sanak keluarga untuk membuktikan kebenaran tetapi berserah kepada allah semata. Atas kesabaran itu Allah menurunkan wahyu iaitu surah an-nur ayat 11 yang mafhumnya "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). "
Ingatlah juga bahawa Allah s.w.t memberikan kepada kita kitab al-qur'an yang tiada keraguan padanya. Petunjuk jalan yang benar. Lalu apakah tindakan kita ketika menerima suatu berita yang dikhuatiri kesahihannya.? Allah s.w.t memberikan jawapan dalam surah an-Nur ayat 12-13 yg mahfhumnya " Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".[12].Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. [13].
Allah s.w.t memberi amaran kepada pendengar2 fitnah bahawa mereka juga akan turut menerima azab yang besar kerana turut membawa berita fitnah itu tanpa mengetahui hal sebenar. Ini samalah dengan kegiatan sebahgian kita kini yang turut menjadi 'forwarding agent', jadi pengulas tak bertauliah, jadi professor serba tahu, menjadi penganalisis politik tanpa gaji, menjadi perencana toeri konspirasi dan berbagai bagai tugas yang entah apa asasnya.
Ternyata umat Islam kini sudah melupakan kitab petunjuk (al-qur'an ) sebaliknya begitu teruja mahu melawan arus perdana, belitan fitnah yang sudah mencengkam umat masa kini. Masing2 mengetuk keybord mahu memberi buah fikir akan fitnah terbaru dan mahu menunjukkan simpati yang tidak bertepi kepada mangsa (DSAI). Dalam masa yang sama sumpah seranah kepada si penuduh dihambur tanpa tapisan lagi. Lupa untuk merujuk kepada kitab Allah , lupa malah mungkin jarang difikirkan hal ini.
Bukankan Allah memberikan panduannya dalam ayat an-nur berikutnya mafhumnya "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -[24:14]
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [24:15]
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". [24:16]
Lalu sebagai orang yang mengaku beriman ,apakah tindakan kita bercakap sesuatu yang tidak kita ketahui kebenarannya itu benar? Fikirkanlah dan insaflah, janganlah kerana terburu nafsu kita melupakan kitab yang satu2nya tinggal sebagai pedoman kita.Firman Allah seterusnya :"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. "[24:17]
Semuga perkara ini dipanjangkan dan marilah kita membuka al-qur'an, menatapnya, (jika tak berkesempatan untuk membaca), mendakapnya, mengucupnya, menjunjungnya dan membacanya. Marilah kita minta kepada Allah s.wt agar Dia menunjukkan kebenaran dan melenyapkan kebathilan. Biarlah Allah s.wt.yang merencanakan balasan, sesungguhnya dia sebaik2 pemberi balasan. "Thabbit kulubana ala dinik"
Blog ini adalah hasil karya insan yang mencari kebenaran dan kepuasan. Zaman berganti zaman, "blog" kini menjadi medan dakwah dan seterusnya menyumbang kepada lambakan maklumat. Menjadi satu kewajipan bagi muslim untuk menuntut ilmu justeru dapat membantu dirinya dan mereka yang memerlukan nasihat. Karya yang saya hasilkan boleh dikritik dan ditegur kerana terbinanya masyarakat yang baik memerlukan "chack and balance". Mari kita fikirkan, adakah akal yang dikurniakan Allah SWT ini berfungsi dengan baik tanpa bantuan sesuatu apa pun dan adakah baik dan burukitu dapat diketahui hanya cukup menggunkan akal?. Ingatlah, wahyu ilahi dan petunjuk hati yang bersih membentuk akal kita yang selamat. Jadikanlah ahli ilmu sebagai rujukan kita untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Manusia memang melakukan kesilapan, tetapi kesilapan yang dilakukan bukan alasan untuk tidak menjadi lebih berani, berubah dan bertaqwa. Tiada apa yang kita lakukan selain mencariredha Allah SWT.