29 May 2009

60 TAHUN SAHAJA

Berhati-hati apabila memakai cincin

Assalamualaikum...

Manusia pasti mati. Manusia pasti tidak tahu masa dan tempat untuk dimatikan. Pasti ada hikmah dibalik kematian yang dirahsiakan.

Apabila manusia tahu akan dimatikan di usia tua, maka di usia muda sewenang-wenangnya akan melakukan kerosakan. Apa tidaknya apabila hampiri usia tua bertaubatlah dan insaflah.

Hikmahnya bagi orang yang berfikir ialah supaya manusia selalu dalam kebaikan. Takut matinya di dalam kejahatan, sia-sialah hidup di dunia yang hanya 60 tahun sahaja dibandingkan akhirat yang kekal abadi.

Anda duduklah di dalam UMNO, maka anda perlulah mengingati kematian. Mungkin begitu, masalah rasuah dan tingkah-laku dapat dielakkan.

"Thabbit kulubana ala dinik"

28 May 2009

PERTANYAAN

Apakah hukum menghasilkan
lukisan manusia?

Assalamualaikum...

Apa perlu kita lakukan kalau kawan kita membuang sampah merata-rata?

Apa perlu kita lakukan kalau kawan sebilik tidak solat?

Apa perlu kita lakukan kalau datang seorang pada kita untuk mendengar perihal Islam?

Apa yang kita lakukan apabila kenalan kita hendak murtad?

Adakah nasihat-menasihati itu amalan kita?

Apakah kita merasa seorang yang tidak mempelajari agama secara formal tidak boleh berdakwah?


"Thabbit kulubana ala dinik"

MORAL DAN MASYARAKAT

Fathi Yaqan penulis buku
"apa ertinya saya menganut
agama Islam?"

Assalamualaikum...

FAKTA di Malaysia.
-Orang Islam boleh murtad sewenangnya.
-Mejoriti pelajar universiti tidak mampu membaca al-Quran.
-Kajian mendapati, ramai orang Islam tidak bersolat.
-Riba tiada lagi menjadi isu sensitif.
-Kecermelangan pelajar berdasarkan banyak A di dalam subjek.
-Akhlak bukan topik utama pendidikan.
-Rasuah bukan lagi satu kesalahan.
-Rumah bukan lagi tempat yang selamat.
-Mengumpat tiada lagi batasnya.
-Membaca buku semata-mata untuk ujian.

Memang, kita memang sudah di akhir zaman. Moral yang ada pada masyarakat jahiliah telah sebati pada masyarakat kita. Zaman yang mencabar ini bukan beerti kita mengalah dan tunduk pada kejahatan, bahkan perlu "berjihad" dan menentang kejahatan itu.

Pastikan diri kita selamat, keluarga kita selamat, sahabat kita selamat, rakan-rakan kita selamat dan masyarakat selamat. Nasihat pada diri yang mudah hanyut, pastikan berada dalam persatuan yang betul. Yang menjaga solat dan agama, yang menjaga semua bukan kroni.

UMNO menjaga agama?.


"Thabbit kulubana ala dinik"

26 May 2009

AGAMA UNTUK SELAMAT

Assalamualaikum...

Kita pasti inginkan selamat. Makan, minum, berjalan, berlari, belajar dan seumpamanya ingin kita selamat. Akal yang sehat memberitahu bahawa selamat itu sejahtera kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Selamat bukanlah acuan akal semata, tetapi perlu pada agama. Agama dapat menyelamatkan akal dan akal tidak dapat menyelamatkan agama. "Tetapi kenapa akal yang tidak pernah terdedah dengan agama boleh tahu mencuri adalah perangai buruk?".

Akal memang tahu sedemikian, tetapi tahu itu bersifat yakin pada diri kita atau tahu itu tiada yakin pada diri kita?. Contoh, seorang yang mencuri untuk menolong orang susah, maka akal yakin atau tidak yakin perkara tersebut buruk?.

Justeru, tiada susah untuk memilih gerakan di Malaysia yang benar. Lihatlah siapa yang ikut acuan agama, maka benarlah gerakannya. Cumanya penggerak gerakan yang terdiri daripada manusia menyebabkan ada celanya.

Umumnya, bolehkan UMNO dianggap gerakan yang benar?.


"Thabbit kulubana ala dinik"

OLAHAN

Assalamualaikum...

Ilmu yang mendatang seringkali tidak menjanjikan kebaikan yang diharapkan. Kita fahami bahawa ilmu itu penyuluh kejahilan, yang gelap menjadi terang, yang kabur menjadi jelas. Tetapi ilmu yang kita ada tetap tidak melihat cahaya.

Ilmu bukanlah didengar dan diterjemah dalam penulisan semata-mata, tetapi ilmu perlu kepada olahan. Bahkan ilmu perlu kepada kelakuan. Bukti, lihat sahaja berapa banyak keluaran universiti yang diketahui kehebatan sumber ilmunya tetapi umpama bunga layu. Ilmu umpama akar yang perlu pada cabangnya. Cabangnya ialah, bagaimana kita mengolah ilmu.

Bahkan yang ditakuti ialah bakal ustaz-ustazah. Andaikata belajar semata peperiksaan, maka jauhkan diri dari bicara yang tidak diketahui. Takut manusia berhujuh "ustaz tu buat begini dan begitu....".

"Thabbit kulubana ala dinik"

25 May 2009

DUNIA OH DUNIA


Assalamualaikum...

Mengapa dunia tidak memberi kesamarataan pada setiap insan?. Dia kaya kita perlu kaya, dia berkereta kita perlu berkereta, dia makan sotong kita perlu makan sotong. Begitukah yang kita inginkan?.

Bahkan siapa yang ingin membina bangunan, siapa yang ingin menjadi pekerja kilang, siapa yang ingin menjadi tukang sapu, siapa yang ingin menjadi pembancuh teh?. Lihat saja alam, gunung-ganang menguatkan pasakan bumi, pokok-pokok membekalkan oksigen, matahari memebekalkan cahaya.

Inilah bukti manusia juga tiada kesamarataan. Dalam pembinaan masyarakat yang kuat, manusia perlu bantu membantu seperti alam. Yang kaya membantu yang miskin, yang besar membantu yang kecil. Bayangkan matahari tidak memberikan cahayanya pada tumbuhan maka apakah yang akan terjadi pada manusia?.

Manusia yang berjaya bukanlah dinilai berapa hartanya dan berapa keretanya, tetapi dinilai "siapa yang tinggi taqwanya". Kalaulah manusia dinilai berapa banyak hartanya, adakah kita ini sebahagian daripada orang yang kaya-kaya?.



"Thabbit kulubana ala dinik"

20 May 2009

Renungkanlah.......




Salam...

AYYUHAL IKHWAN
Kata mereka
gambar menceritakan jutaan kisah
tanpa perlu kata bicara
Lalu aku renung gambar-gambar mu
benar kata-kata itu
Tuhan mu Yang Maha Satu
Nabi mu Nabi ku juga
Kitab mu Al Quran mulia
Haji mu di Makkah mukarramah
Puasa mu ramadhan al barakah
Mengapa
di kala emas hitam dalam genggaman
di masa ringgit dolar berkantungan
mobil istana jaket berkilauan
KFC McD ayam golek bertaburan
Namun engkau berkulit tulang
kerangka mu jelas
sayup mata mu menagih ehsan
bayi anak mu habuan helang
hanya menunggu rebah kecundang
Cilaka mereka saudara mu ikhwan
hidup bergelumang terlebih kenyang
perut memboyot syaitan keriangan
membina istana ditinggi kayangan
mobilnya hebat jarinya gemerlapan
mengejar jawatan, kedudukan & habuan
samada berkot atau berserban
seronok sakan dengan sang syaitan
Tapi engkau
tetap kebuluran
dipinggir kematian
terbiar tanpa pembelaan
Apa daya ku ayyuhal ikhwan
ingin ku bersama
tiada kekuatan
pada Yang Esa ku tadah tangan
bantulah saudaraku
ringankanlah beban..
Ku seru rakan, saudara dan taulan
hentikanlah gelumangan syaitan
belitan kehidupan habuan
apa ada pada jawatan, kedudukan
pabila saudara mu kejeritan
kebuluran..kematian..
sedang engkau berkot berserban
seolah kau tak punya Tuhan..

"Thabbit kulubana ala dinik"

15 May 2009

Cinta????


Salam...
Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yangbersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.
Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman . Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu. Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah. Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala" Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah. Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Thabbit kulubana ala dinik"

13 May 2009

ERTI HIDUP

Assalamualaikum...

Realitinya kita sudah berada di atas dunia. Dunia telah dikhabarkan syurga bagi mereka yang kufur dan neraka bagi yang beriman. Bagaimana dunia boleh menjadi tempat yang selamat sedangkan di dalamnya penuh tipu daya?.

Islam adalah satu cara hidup yang "complete". Sebagai manusia yang ingin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, perlulah mematuhinya dan menjauhkan amalan yang bertentangan dengannya.

"Dakwah" adalah satu proses untuk memberi tahu "apa ertinya hidup" kalau bukan inginkan kebahagiaan. Kita ingin kita selamat dan kita ingin mereka selamat justeru, dakwah ini perlu dilaksanakan bagi mereka yang cintakan dirinya dan cintakan manusia lain.



"Thabbit kulubana ala dinik"

11 May 2009

FALSAFAH


Assalamualaikum....

Penulis : Daud al-Hammassyi (kawan sebilik... sapa nak berkenalan boleh bisik dekat saya)

ulsan saya
1. Menerangkan makna falsafah dari sudut yang pelbagai.
2. Perkaitan antara Akidah dan ilmu falsafah.
3. Penggunaan akal dalam kehidupan.


---------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Alhamdulilah,segala puji-pujian hanyalah bagi Allah tuhan semesta alam...


Membersihkan aqidah yang asing dari aqidah yang suci..

Tujuan ruangan falsafah ini dicipta bukanlah bertujuan untuk saya memperkenalkan kehebatan-kehebatan serta keunikkan-keunikkan pemikiran falsafah sepanjang meniti zaman,tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan semata-mata untuk mengajak para pembaca mengetahui serta meneliti pemikiran-pemikiran falsafah yang tersangat bahaya jika ianya terkesan ke dalam pemikiran kita di dalam menilai sesuatu maklumat untuk menuju ke arah pencarian sebuah kebenaran,lebih-lebih lagi perkara-perkara yang bersangkutan dengan aqidah dan kepercayaan ummat islam seperti yang dibawa oleh baginda nabi sallallahu alaihi wassalam.

Oleh itu anggaplah ruangan falsafah ini dibuat adalah untuk kita mempelajari pemikiran-pemikiran musuh kita yang semenjak dahulu lagi telah menceroboh masuk ke dalam agama suci ini lalu mencemari risalah yang dibawa oleh baginda nabi sallallahu alaihi wassalam.Perkara sedemikian berlaku adalah disebabkan oleh perbuatan insan-insan yang tidak bertanggungjawab terhadap agama mereka sendiri dan juga hasil campurtangan manusia kafir,zindiq serta munafiq yang berusaha untuk membawa masuk pemikiran-pemikiran pelik ini.

Sebagai peringatan juga,di dalam ruangan ini akan saya selang selikan dengan artikel-artikel berbentuk didikan penyucian hati selain artikel ilmu falsafah semata-mata,kerana ianya menjadi tanggungjawab kepada saya untuk memberikan penawar setelah memberikan racun kepada para pembaca di laman web yang diberkati Allah ini.


Apakah makna falsafah itu??

Ketahuilah bahawa perkataan falsafah itu merupakan suatu perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani yang mana ia terdiri daripada dua suku kata : Filo dan Sofia.Dan perkataan Filo itu membawa maksud “orang yang menyintai,manakala Sofia itu membawa maksud “hikmah” atau “kebijaksanaan”.Maka jadilah maksud falsafah itu dari segi bahasa sebagai : “Orang yang menyintai kebijaksanaan”. (1)

Untuk mengetahui makna falsafah dari segi isthilahnya,adalah lebih baik jika saya pecahkan maknanya kepada pemahaman daripada tiga jenis golongan.Iaitu golongan para pemikir Falsafah Yunani,golongan Ahli Falsafah Islam dan golongan para Ulama’ Islam yang berjalan di atas landasan agama suci ini dengan jalan yang lurus tiada melencong.

Para pemikir Falsafah Yunani mengatakan bahawa ilmu falsafah itu merupakan ilmu yang merangkumi semua jenis cabangan ilmu.Iaitu suatu ilmu lengkap yang meliputi segenap perkara,ilmu yang mendalami terhadap tafsiran sesuatu maklumat dan juga ilmu pencarian sebab dan logik aqal terhadap segala kejadian yang berlaku dan mencari asal-usul sesuatu kejadian itu berlaku. (2)


Mari kita lihat pengertian para pemikir besar mereka dalam memberikan makna ilmu falsafah itu :

(1) Berkatanya guru besar mereka iaitu Aristotle bahawa falsafah itu ialah : “Suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud”(3) dari segi pengertian ini, ianya menjurus kepada ilmu Metafizik,iaitu ilmu yang mencari asal-usul sesuatu kejadian,dan Aristotle memanggil ilmu ini dengan Prime Philosophy,iaitu Falsafah Utama.

(2) Berkatanya Socrates pula : “Ilmu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi” .(4) Jika dilihat makna ini,ia merupakan makna yang hampir sama dengan maknanya dari segi bahasa,cuma ianya ditambah dengan : “hikmah pada sesuatu yang tumbuh secara semulajadi”,hikmah disini bermaksud ilmu atau kajian.Dan makna ini juga tidak lari dari maksud Ilmu Metafizik.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya makna hikmah di kalangan pemikir Yunani terpecah kepada dua makna iaitu : Kajian dan Praktikal,tujuan utama Kajian ialah untuk menemui kebenaran dan tujuan utama Praktikal pula adalah untuk mencari kebaikkan.Manakala ilmu-ilmu yang terpecah di bawah Kajian ini ialah : Matematik, Metafizik dan Ketuhanan,manakala ilmu-ilmu di bawah pecahan Praktikal pula ialah : Politik dan Ilmu Akhlaq.

Jika dilihat ilmu-ilmu dari pecahan Kajian itu tadi,dapatlah kita lihat bahawa ketiga-tiga ilmu tersebut sememangnya membawa kepada mengetahui suatu kebenaran dan ilmu-ilmu dari Praktikal pula sememangnya menginginkan kebaikkan dan kebahagiaan kepada manusia sejagat.

Maka jelaslah di sini bahawa mereka menghimpunkan ilmu dan amal untuk mencapai makna hikmah,maka ilmu tanpa amal dan amal tanpa ilmu tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang bijak pada pandangan mereka.

(3) Berkatanya Plato pula : “Ilmu yang mencari haqiqat mutlaq sesuatu yang tersembunyi di sebalik perkara-perkara yang zahir”.



Dan makna falsafah dari golongan Falsafah Islam pula :

(1) Berkatanya Al-Farabi : “Suatu ilmu yang batasanya dan kajian-kajianya adalah pada mencari kewujudan terhadap segala yang wujud”.(5) Ermm..nampaknya makna ini juga tidak lari dari pengertian ‘guru’ mereka.

(2) Berkatanya Ibnu Sina : “Suatu ilmu yang dapat menyempurnakan jiwa insan untuk mendapatkan gambaran dan kepercayaan terhadap haqiqat-haqiqat Kajian dan Praktikal berdasarkan kemampuan tenaga manusia”.

Sesungguhnya pengertian falsafah dari kalangan para pemikir Falsafah Islam tidaklah lari langsung daripada pengertian falsafah dari para pemikir Yunani tadi,bahkan di dalam kebanyakkan karya-karya dan kitab-kitab mereka hanyalah berbentuk pengulangan kembali segala fikrah-fikrah Falsafah Yunani tetapi diselewengkan pula dengan usaha mereka yang mencampur adukkan fikrah-fikrah tersebut dengan celupan islam,maka bercampur baurlah antara kaca dan permata hasil tangan-tangan mereka tersebut.


Sekarang kita lihat pula makna falsafah dari kalangan Ulama’ Islam :

(1) Berkatanya Al-Jurjaniy : “Iaitu suatu ilmu yang ingin mengambil alih kuasa tuhan dengan kemampuan daya upaya qudrat manusia untuk mencari kebahagiaan yang kekal abadi”. (6)

(2) Berkata pula Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu taala : “Dan maqsud ilmu falsafah itu ialah sejenis nama yang diberikan kepada sesiapa yang menyukai hikmah (falsafah) dan terkesan pula denganya,dan nama ilmu ini pula telah menjadi suatu adat kebiasaan orang ramai diberikan kepada orang-orang yang terkeluar daripada agama yang dibawa oleh para nabi Allah,dan pandangan-pandangan mereka hanyalah berdasarkan daripada sangkaan aqal-aqal mereka”. (7)

Pengertian yang diberikan oleh para ulama’ islam kebanyakkanya adalah berbentuk sindiran dan cercaan terhadap ilmu-ilmu falsafah,tetapi cercaan-cercaan tersebut adalah disebabkan ilmu-ilmu tersebut yang melangkaui batasan mereka dengan cubaan untuk memasuki bidang aqidah dan kepercayaan islam,manakala dari segi kesesuaian ilmu tersebut mencari kebenaran terhadap ilmu-ilmu selain ilmu agama islam adalah diterima oleh sebahagian ulama’ dan ada juga ditolak oleh sebahagian mereka.Ini kerana agama islam sememangnya tidak memerlukan langsung campur tangan ilmu asing yang datang dari sumber selain dua sumber yang besar di dalam agama islam iaitu : AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Sesungguhnya pengertian falsafah tidaklah dapat diertikan dengan hanya selembar kertas,tetapi pengertianya berbeza-beza dan berbagai-bagai berdasarkan iktiqad dan pengkhususan ilmu masing-masing,tetapi apa yang pasti,ilmu ini adalah berdasarkan di atas kajian,pertanyaan-pertanyaan dan soalan-soalan,logika,usaha mencari kebenaran dan lain-lain lagi asalkan ianya berjalan di atas penggunaan aqal manusia.

Ketahuilah bahawa aqal manusia itu sangat-sangat terbatas di dalam menilai beberapa perkara yang di luar kemampunya untuk berfikir,dan sesungguhnya bukanlah semua perkara dan kejadian di atas dunia ini dapat ditanggapi dengan aqal manusia yang walaupun sihat, waras dan sempurna sekalipun,tetapi terkadang aqal manusia boleh tersilap di dalam menilai sesuatu....

Oleh itu ianya tidak dapat bahkan tidak layak dijadikan sumber terbesar di dalam perkara yang di luar kemampuanya,demi kerana kekuranganya tadi,tetapi serahkanlah sahaja tugasnya pada pencipta aqal itu sendiri iaitu Allah subhanahu wa taala dengan jalan risalah yang dibawa oleh para pesuruh pilihaNya dan para kekasihNya yang dikasihi.

"Thabbit kulubana ala dinik"


_____________________________
  1. Lihat : As-Syahrastani : Al-Milal Wan Nihal (juzuk 2,mukasurat 58),Ibnu Taimiyah : Minhaj Sunnah (juzuk 1 mukasurat 359),Ibnu Khaldun : Al-Muqaddimah (juzuk 2 mukasurat 681),Muhammad Luthfi Jum’ah : Tarikh Falasifah Islam : 248,Nadim Al-Jasar : Qissatul Iman : 111,Jamil Saliba : Al-Mu’jam Al-Falsafi : juzuk 2,mukasurat : 160.
  2. Lihat : Mawqifu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Min Arail Falasifah Wa Manhajihi Fi ‘Ardhiha oleh Doktor Soleh Gharmullah Al-Ghamidi/m.s : 60.Kitab ini merupakan bahan kajian Doktor Soleh untuk mendapatkan darjah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Kuliah Usuluddin di Riyadh.
  3. Lihat : Husin Soleh Hammadah : Dirasat Fil Falsafah Al-Yunaniah/juzuk :1,m.s : 18.
  4. Dari kitab yang sama.
  5. Pengertian bernombor (3) dari Plato dan (1) dari Al-Farabi dan (2) dari Ibnu Sina adalah diambil daripada kitab yang sama seperti di nota kaki bernombor 3.
  6. Lihat : At-Ta’rifaat oleh Al-Jurjani mukasurat : 169.
  7. Lihat : Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah : Ighasatul Lihfan.

05 May 2009

Tokoh Islam - Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi

Salam...
Saya ingin berkongsi dengan sdr/i petikan ucapan Sahibus Samahah Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi baru-baru ini.
Kita mengenali Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi sebagai ulama' tersohor didunia Islam hari ini. Semasa mudanya beliau belajar di Universiti Al Azhar Mesir. Kemudian beliau mengajar di Al Azhar. Semasa itu beliau bergiat aktif didalam pergerakan Ikhwanul Muslimin, sehingga ke tahap mengangkat senjata berjihad menetang rejim Israel la'natullah hi 'alaih.
Disebabkan kelantangan beliau mempersoalkan kefasikan pemerintah rejim di Mesir, Syiekh Dr. Yusof Al Qaradhawi telah dikenakan tindakan buang negeri dan persona non grata. Beliau kemudiannya menetap dan menjalankan kegiatan da'wahnya di Qatar sehingga kini. Beliau adalah antara tokoh ulama' yang sangat dibenci oleh rejim Israel, Amerika dan kerajaan-kerajaan dinegara umat Islam kerana keberanian beliau memperkatakan perkara yang haq..
(Untuk lebih mengetahui sejarah beliau sila baca buku "Perjalanan Hidupku:Dr Yusuf Al Qaradhawi" yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu terbitan Pustaka Al Kautsar, Jakarta, Mei 2003).
Dr. Yusuf Al Qaradhawi ni sekarang sudah agak berumur. Beliau lahir pada 09 Sept 1926, beliau kini berumur 85 tahun hijrah (83 tahun masehi). Kesihatannya pun tidak berapa menggalakkan, beliau kini hidup diatas kerusi roda.
Tapi apa yang membuat saya terharu dan terpegun dalam ucapan beliau baru-baru ini. Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi menyatakan bahawa sebelum menutup mata, hanya sat sahaja cita-ciat beliau; ini adalh teks terjemahan ucapan beliau:
"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Ghozzah bumi Filistin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini".
Saya hanya mampu menitiskan airmata mendengar dan menghayati rintihan dan doa Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi ini. Dalam keadaan umur yang lanjut dan kesihatan yang tak mengizinkan, beliau masih mempunyai semangat jihad yang tinggi.
Alangkah baiknya kalau agamawan-agamawan dan ilmuan-ilmuan Islam dalam negara kita ini mempunyai semangat yang sama. Ni apa yang kita tengok telatah dan kelaku 'ilmuan-'ilmuan dan agamawan-agamawan kita yang terlalu sibuk dengan berpolitik, sibuk dengan nak berebut jawatan, sibuk dengan agihan habuan sehingga rela diperkuda dan dijadikan lembu yang dicocok hidung oleh golongan yang berkepentingan sehingga nak bercakap pasal Islam pun dah tak berani. Apa lagi nak mempertahankan Islam..sehingga kita lihat Islam hari ni diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka yang sudah sedia membenci Islam. Sehingga bersekongkol sebantal dengan kafir harbi dihalalkan atas nama politik ghonimah..
Moga ALLAH melahirkan lebih banyak ulama'-ulama' berjiwa besar saperti Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi..ameen..

"Thabbit kulubana ala dinik"

04 May 2009

SIKIT-SIKIT


Assalamualaikum...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Pepatah yang pendek tetapi penuh dengan isi tersirat.

Apakah kita terus mampu membaca tanpa mempelajari abc....?. Apakah kita terus memasuki universiti tanpa perantaraan sekolah rendah dan sekolah menengah?. Apakah kita terus berjalan tanpa merangkak dan bertatih?.

Manusia dan seluruh makhluk ciptaan Allah perlu pada "ketartiban". Dalam ketartiban suatu perkara sentiasa berubah. Dari bayi ke kanak-kanak, dari kanak-kanak ke remaja, dari remaja ke dewasa, dari dewasa ke tua.

Lihat!!, perubahan-perubahan tersebut menandakan manusia yang iginkan hidup kekal hanyalah omongan kosong.

"Thabbit kulubana ala dinik"

03 May 2009

Terima Kasih atas Segalanya...

Salam....

Sedar tak sedar mase telah berlalu. Rsenya baru semalam start exam tp hari ini dah habis. Walaupun rasenya exam kali ni sgt mencabar dgn subjek2 yg susahdan dgn masalah yg dtg tp alhamdulillah semuanya dapat ditempuh dgn sabar dan redha. Terima kasih yg tak terhingga buat 2 sahabat baik ku apiz n biero yg banyak memberikan semangat dan bantuan pada exam kali ini. Juga buat sahabat2 muslimat, mas, anem n kak kinah yg juga banyak membantu terutama dlm subjek ekonometrik dan semua sahabat2 yg lain yg lain terutama sahabat JSE yg banyak membantu pada semester ini. Jasa kalian semua Allah Ta'ala saja yg dapat membalasnya!!.



Walaupun exam telah berlalu namun ada benda yg lebih penting utk dilakukan iaitu mengamalkan semua ilmu tersebut dan sampaikan kpd orang lain. Ulama' telah berpesan semakin banyak ilmu yg telah kita pelajari sepatutnya semakin dekat diri kita dengan Allah wlpn kita merasakan kita belajar itu adalah ilmu duniawi semata-mata. Ilmu itu semuanya datang dari Allah Ta'ala dan sepatutnya kita semakin rendah diri dan semakin tawaduk dgn Allah Ta'ala jika semakin banyak ilmu yg kita pelajari. So same2 lah kita renungkan dan fikirkan di mana diri kita sekarang ini.....

"Thabbit kulubana ala dinik"