23 January 2009

AKIDAH ADALAH PERTAMA

Assalamualaikum...

Islam agama yang benar. Tiada agama yang diterima Allah selain agama Islam. Agama yang disampaikan oleh nabi Nuh a.s sehingga nabi Muhammad s.a.w. Siapa yang tidak mengikuti agama ini, balasannya diazab di akhirat kelak. Azab yang kekal.

Agama Islam adalah agama fitrah. Bertuhankan Allah yang satu. Sekiranya ada dua tuhan, pasti salah satu menunjukkan kehebatan masing-masing. Nauzubillah pada siapa yang mengatakan tuhan itu lebih dari satu dan sentiasa bermusyuarat antara mereka. Kalau begitu, mereka semua seperti manusia, perlu menentukan siapa yang menggoyangkan pokok, mengubah malam siang, memutarkan bumi pada paksinya dan lain-lain.

Oleh demikian, tuhan itu wajib satu dan tiada sekutu bagiNya. Untuk menetapkan hati kita berpaksi pada Allah yang Esa, berpeganglah pada al-Quran dan as-sunnah tanpa keraguan keatas keduanya.

"Thabbit kulubana ala dinik"

Jika Malaysia Di Serang..

Salam..Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!


AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

fikir-fikirkan. ......

"Thabbit kulubana ala dinik"

20 January 2009

Pro-Aspirasi tewas di UM

Dikemaskini Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

universiti malaya um campus election 200109 pro m winnersKekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kerusi umum

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

bullet button Mohamad Hafiz Ilyas.

bullet button Ahmad Syazwan Mohd Hassan.

bullet button Mohamad Ridzuan Mohammad.

bullet button Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.

bullet button Chong Yah Huei.

bullet button Shah Rizul Ayuni Zulkiply.

bullet button Low Yu Jie.

bullet button Yap Zhehn Jun.

Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Peratusan merosot

universiti malaya um campus election 200109 vote countingMenurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

universiti malaya um campus election 200109 04Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Ketika dihubungi
Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu.

"Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.

Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.

Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.

Prose pengiraan undi

Proses pengiraan undi di Universiti Malaya (UM) semalam panas apa kedua-dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa - masing-masing saling melaungkan-laungkan kata-kata semangat, malam tadi.

universiti malaya um campus election 200109 03Kira-kira 250 pelajar pro-Mahasiswa berpakaian oren berkumpul berhadapan dengan bangunan Canselori yang terletak di sebelah kiri Dewan Tunku Canselor (DTC) - tempat pengiraan undi dijalankan.

Sebelum itu, pelajar pro M berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan Isyak berjemaah. Mereka juga tutut membawa bendera Pro-M dan melilit kepala dengan lilitan berwarna kuning tertulis ‘Pro-Mahasiswa'.

Manakala kira-kira 150 pelajar Penggerak Mahasiswa berpakaian serba hitam berkumpul di sebelah kanan dewan tersebut.

Kedua-dua kumpulan membawa kain rentang masing-masing sambil diperhatikan kira-kira 30 wartawan dan jurugambar yang berada di situ.

Kedua-dua penyokong kumpulan tersebut dipisahkan dengan jarak kira-kira 15 meter dan dikawal oleh Sukarelawan Polis UM (Suksis) kira-kira 50 orang sebelum kedua-dua menghampiri pintu masuk utama DTC kira-kira jam 10.30 malam.

Suasana panas

Kedua-dua kumpulan saling berteriakan. Pro-Mahasiswa berteriak ‘Hope and Change, Yes We Can', ‘Hancur, hancur, hancur rasuah' dan ‘Student Power' beberapa kali.

Dalam masa yang sama Penggerak Mahasiswa membalas dengan laungan ‘Fitnah, fitnah, fitnah rasuah', ‘Hidup, hidup, hidup perpaduan' dan ‘sayang, sayang, sayang perpaduan' beberapa kali.

universiti malaya um campus election 200109 02Keadaan menjadi lebih panas, apabila seorang aktivis Penggerak Mahasiswa melaungkan kata-kata berunsur provokasi terhadap pro-Mahasiswa.

Kata-kata tersebut disambut oleh penyokongnya dengan sorakan dan tiupan wisel.

Kemudian pro-Mahasiswa melaungkan ‘Gerak, Gerak, Gerak Rasuah' sambil menunjukan duit kertas RM 10 ringgit kepada Penggerak.

Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam mempertandingkan 41 kerusi - 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Allahuakbar!!!!

Sumber:Malaysiakini

19 January 2009

DEMI AGAMA DAN BANGSA??

Assalamualaikum...

Tidak perlu saya nyatakan apa erti bangsa dan apa erti agama. Apa yang saya ingin nyatakan ialah, kefahaman tentang tiap-tiap suatu erti tersebut. Kita menyatakan ingin berjuang agama dan bangsa, tetapi kelihatan lebih cenderung kepada perjuangan bangsa. Isu khinzir yang sememangnya menjadi benda sensitif kepada umat Melayu di timbang mengikut apa?. Islam dulu atau Melayu dahulu?.

Saya menulis di sini bukan kerana saya sayang atau makan binatang tersebut, tetapi saya telah tertindih dengan alasan umat Melayu di arena internet yang mengatakan bahawa binatang tersebut perlu dihapuskan dengan serta merta tanpa bersyarat. Ya, sememangnya umat Melayu ingin berkehendak begitu, malahan jangan ada pun binatang tersebut diperkenalkan di tanah Malaysia ini.

Tetapi perlu ingat, kita bukanlah berpijak di bumi yang fantasi, kita sekarang berpijak di bumi yang nyata lagi jelas. Apabila kita nyatakan kita berjuang demi agama dan negara, maka agama dulu perlu kita terokai barulah diikuti bangsa. Jangan kita tertipu dengan sologan ini, tetapi hakikatnya kita menggunkan bangsa itu sendiri tanpa penelitian agama dahulu.

p/s: Saya jugak benci pada sebarang kaitan dengan khinzir.

"Thabbit kulubana ala dinik"

17 January 2009

JIHAD SATU KEWAJIPAN

Assalamualaikum..

Kematian pasti datang. Entah hari ini atau esok. Kematian sentiasa mengekori kita dimana sahaja. Siapa tahu kita mati dalam keadaan baik atau tidak?. Doa dan ikhtiarlah menjadi pegangan kita supaya mati dalam keadaan elok. Mati itu benar tapi mengapa kita takut untuk mati?.

Mati yang mulia adalah mati syahid. Mati ini adalah dengan berjihad. Ya, jihad itu banyak cabangnya. Niat ikhlas melakukan kebaikan antara perkara jihad. Mati syahid yang diidamkan sekali ialah mati yang tidak dimandikan jasad badan. Kerana darah yang mengalir menjadi penyaksian kelak.

Perang adalah medan untuk menemui kematian ini. Hari ini kita menyaksikan Palestin telah diserang Israel selama 23 hari. Serangan yang berupa peperangan. Di Palestin itu saudara kita. Marilah kita bersama mempersiapkan diri untuk menemui kematian ini. Kalau ada kebenaran, jangan tangguh untuk melakukan jihad ini. Wahai pemuda dan orang yang mampu, lihatlah diri!! jangan berundur walau selangkah. "Wahai pemerintah!! ambil saja kain baju kami dan tinggallah di rumah-rumah kamu, biarkan saja kami yang bertempur dengan Israel". Allahuakbar...


"Thabbit kulubana ala dinik"

16 January 2009

Kepala Babi diletak di surau UM

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

pig head in UMSebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 09Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.



Sumber: Malaysiakini


"Thabbit kulubana ala dinik"

HIKMAH


Assalamualaikum..

Sesuatu yang kita perhatikan, sesuatu yang kita perolehi. Tapi kadangkala sesuatu itu tidak pasti akan ditemui sesuatu yang diinginkan. Maka dalam keadaan begini, sesuatu yang kita perhatikan perlu pertolongan orang yang lebih mengetahui. Atau alat yang dapat membantu apa yang ingin kita ketahui.

Manusia itu dari lahiriah adalah sama, tetapi yang berbeza adalah kesungguhan dan kebolehan. Ahli ilmu berkata, "manusia itu berbeza dari segi ketakwaan". Islam adalah agama fitrah melengkapi segala yang diketahui atau yang tidak diketahui hikmahnya. Ini bertepatan dengan makna hikmah itu sendiri bahawa ianya sesuatu yang dilihat atau tidak dilihat. Apabila keraguan muncul, carilah pembantu itu.



p/s: Suka tengok gambar atas tu, tapi kalau tengok youtube ni lagi best. Gambar-gambar ni tak melibatkan politik langsung ya. Apa pun jangan lupa doa kita untuk Gaza..

"Thabbit kulubana ala dinik"

15 January 2009

HIDUP PERLU DITERUSKAN

Assalamualaikum...

Hidup mesti diteruskan. Dalam hidup ini, tidak sempurna jika tidak diberi mehna dan ujian-ujian. Ujian berupa "nampak" atau ujian berupa "tidak nampak". Mungkin kemalangan, tanah-runtuh, kematian itu ujian nampak. Mungkin sakit, gagal peperiksaan itu ujian yang tidak nampak.

Semakin hari kita hidup semakin hari kita mendekati mati. Kematian itu tidak dapat tidak mesti ditempuhi setiap manusia. Binalah tembok setinggi KLCC, mati mesti ditemui jua. Mati bermakna mengutip hasil dari tanaman yang ditanam di atas dunia. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Alangkah adil dan saksamanya Allah terhadap manusia...

Kematian tidak dapat dipisahkan. Justeru, apakah bentuk kematian yang kita inginkan kalau bukan mati syahid?. Bukankah syahid itu mati yang mulia?. Bersedialah kita bersama sayap memperjuangkan agama Islam agar kita mencapai kematian itu.

"Thabbit kulubana ala dinik"

11 January 2009

SEDIKIT CERITA BPN

Assalamualaikum...

Mengapa perlu bimbang dan takut apabila berbicara tentang hukum Allah?. Adakah suasana penentu kepada kebimbangan itu?. Mungkin ya, tetapi dalam keadaan Malaysia yang sudah cukup matang sekarang, rasa takut itu perlu dijauhi. Malaysia sudah mengeluarkan cendikiawan tempatan yang mampu membantu dalam perbincangan hukum-hukum Allah. Apatah lagi Malaysia yang kebanyakan penduduknya adalah orang Islam.

Usia 50 tahun tidak cukupkah untuk membuka sedikit laluan bagi membincangkan apa yang dibicarakan di dalam sumber rujukuan Muslim?. Sekiranya tidak diketahui makna dan persoalannya, maka bertanyalah pada ahli yang mempelajarinya. Sumber rujukan tersebut tidak dapat tidak mesti dipelajari dari kalangan ahlinya dan bukan dengan rujukan nafsu.

Saya kata begini, apakah permasaalahan Matematik itu dirujuk kepada guru Sejarah, atau mungkin guru Geografi?. Maka akal yang sihat pasti katakan tidak. Maka begitu juga hukum Allah ini.

Saya melihat kebanyakan ahli blog BPN(bukan semua) mencemari sifat Islam itu sendiri. Menghina ahli ilmu dikalangan agama. Sekiranya mereka katakan, "mengapa saya tidak mengancam blog-blog lain yang mencaci-caci seperti mereka?". Saya jawab begini, "kerana BPN ini adalah organisasi yang terdiri daripada orang Islam sedangkan blog lain kebanyakan adalah personal yang bukan berorganisasi".

BPN merupakan organisasi, maka apa salahnya wakil mereka berdebat dengan manusia yang dicaci dan difitnah itu, terutama ahli ilmu Islam. Saya yakin dan berkeyakinan, para ulama sentiasa berlapang dada dalam sesuatu yang ingin dibincangkan oleh mereka. Saya agak teruja apabila ahli mereka mencaci ulama tanpa sebarang kajian ilmiah. Ada ahli mereka membuat artikel dan artikel tersebut di "copy paste" sesama ahli mereka tanpa tahu artikel yang diletakkan itu bersifat merendahkan para ulama.

Adakah saya perlu berdiam diri sedangkan para ulama adalah pewaris nabi?.

Anda mempunyai ahli, maka bersepakatlah sesama ahli dalam sesuatu isu. Saya mengambil satu contoh organisasi yang berkehadapan iaitu PAS. Dalam pentadbiran PAS ada sebuah Majlis Syura Dewan Ulama yang terdiri daripada ulama dan umarak dalam membincangkan hala tuju parti. Majlis tersebut terdiri dari ramai dan bukan berseorangan.

Akal yang sihat akan mengatakan, yang ramai itu lebih dekat dari kebenaran daripada kerosakan. Dan saya katakan, PAS kuat kerana adanya majlis ini. Buatlah begitu pada organisasi anda, insyallah kuat dan mendapat sokongan dari orang kebanyakan.

p/s: Gazza oh...Gazza


"Thabbit kulubana ala dinik"

10 January 2009

PALESTIN

Assalamualaikum....
Tatkala Palestin dizalimi oleh Yahudi dan angkatannya, maka kita sebagai umat Islam perlu ada rasa sensitif terhadap kezaliman tersebut. Apabila anda sudah bersedia untuk bersama syahid di medan pertempuran, saya menghargai anda dan jazakumullahu khairan kthiran... Bagi sesiapa yang keuzurun, tiada alasan untuk tidak membantu saudara kita di Gazza kerana banyak lagi bantuan lain yang boleh diberikan.. .

Saya begitu tertarik dengan surat yang ditulis oleh Persiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi(PMMM). Katanya....

Alhamdulillah, nampaknya jiwa dan naluri ahli-ahli PMMM masih hidup dan bernyawa merasai setiap penderitaan saudara-saudara seIslam di Gazzah. Tidaklah jauh andainya saya mengatakan bahawa sifat-sifat seorang mukmin sejati yang disifatkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith sebenarnya wujud pada diri ahli-ahli PMMM yang dikasihi sekalian.


Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:-

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

رواه مسلم في صحيحه باب تراحم المؤمنين وتعاطفهم وتعاضدهم، رقم 4685، ج 12، ص 468

Tapi sayangnya, jiwa dan naluri ini tidak dimiliki oleh mereka yang punya kuasa untuk merubah dan menghentikan kebiadapan yahudi terhadap saudara-saudara kita di Gazzah sana . Terkadang saya berfikir sejenak, mengapakah Presiden Venezuela mampu menghalau duta Israel keluar dari negaranya sedangkan di Negara-negara majoriti muslim, pemerintah-pemerint ahnya hanya sekadar membisu tidak berani bercakap apatah lagi bertindak.

Hairan ya, dengan segala khazanah dan kekayaan yang dimiliki oleh kaum muslimin, tiada satu pun digunakan untuk sekurang-kurangnya membantu menghentikan keganasan yahudi kalaupun tidak mampu menghancurkan mereka. Apa sebenarnya yang berada di fikiran pemimpin-pemimpin ini? Apa sebenarnya jasa yang mahu ditinggalkan kepada umat Islam? Pedih sungguh hati melihatkan kehinaan yang menimpa umat Islam.

Melihatkan tali-tali barut Israel dan kuncu-kuncunya bersidang tanpa sebarang tujuan dan muncul di kaca-kaca televisyen menambah sakitkan lagi hati yang sudah pun sakit melihat penderitaan rakyat Palestin. Presiden Husni Mal’un (bukan lagi Mubarak) tanpa belas kasihan menutup sempadannya kepada penduduk Gazzah, malah menghalang kemasukan doktor-doktor perubatan serta bantuan kemanusiaan ke Gazzah. Masih waraskah atau masih berimankah anda wahai Husni?

Sudahlah begitu, masih lagi mengeluarkan kenyataan yang meminta HAMAS berhenti menyerang Israel di saat Israel sewenang-wenangnya menyerang Gazzah, tidak membenarkan delegasi Gabungan Ulama Islam Sedunia yang di ketuai oleh Dr. Yusuf Qardhawi untuk memasuki Mesir mengadakan pertemuan bagi membincangkan langkah-langkah membantu rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama menerima kunjungan Presiden Perancis yang berketurunan yahudi ke Mesir bagi membincangkan soal Palestin. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh si tali barut ini?

Itu hanya berita dari Mesir, apa pula berita dari dalam Palestin sendiri? Presiden Palestin Mazmum Abbas (bukan lagi Mahmud) juga dengan penuh kebodohan menyalahkan HAMAS atas segala apa yang terjadi di Gazzah dan meminta HAMAS berundur daripada kerajaan. Pelik ya, ketika rakyat seluruh dunia Islam dan bukan Islam berarak di jalanan mengutuk sekeras-kerasnya Israel, si Abbas ini nampaknya berjenaka dengan mengutuk HAMAS.

Apa pula halnya dengan kerajaan Saudi? Huh, dua kali lima juga nampaknya. Ketika tekanan terhadap mereka memuncak supaya dihentikan eksport minyak ke Amerika dan Israel, muncullah si bangang yang membuat kenyataan bahawa idea menggunakan minyak sebagai senjata melawan Israel adalah idea lapuk. Saya ingin bertanyakan kepada si bangang ini. Kalau idea ini idea lapuk rakyat, apa idea baru kamu? Tidak malukah kamu menjadi penyumbang minyak kepada musuh yang menggunakan minyak kamu untuk melanyak saudara seIslam kamu. Sedangkan saudara kamu di Palestin tidak punya walau minyak masak untuk memasak?

Benarlah seperti mana yang tercatat dalam buku-buku sejarah Islam, bahawa tali barut serta kuncu-kuncu kepada musuh di kalangan orang Islam ini perlu dihapuskan dan dibunuh terlebih dahulu sebelum berdepan dengan musuh sebenar kerana mereka inilah sebenarnya yang menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam. Lihat sahaja sejarah Salahuddin Al-Ayyubi ketika dalam usaha membebaskan Baitul Maqdis, Yusuf Bin Tashafin ketika berjuang menghalang serangan tentera kristian menjajah Andalus. Langkah pertama mereka adalah menjatuhkan terlebih dahulu penguasa-penguasa yang bersubahat dengan musuh. Ada di kalangan mereka yang dipenjara dan ada yang dibunuh walaupun dia mengucap dua kalimah shahadah demi maslahah yang lebih besar.

Teringat kisah yang disebut oleh Imam Azzahabi dalam kitabnya ‘Siyar a3lam Nubala’ (Jilid 16, muka surat 149) mengenai Asshahid Abu Bakr Bin Annabulsi yang mengucapkan kata-kata yang sungguh bermakna kepada pemerintah di kala itu. Kata Annabulsi ketika menghadap sang penguasa: “Kalaulah aku mempunyai sepuluh anak panah, nescaya akan aku tujukan 9 daripada anak panah tersebut kepada kamu (pemerintah) , dan 1 kepada tentera Rom Kristian”. Kalau itu kata-kata Annabulsi zaman itu, maka saya ingin mengatakan bahawa “kalau kita punyai 10 peluru berpandu, nescaya 9 daripadanya akan kita tujukan tepat ke muka badut-badut Amerika dan Israel dan 1 kepada Israel”.

Cukup malu sekali memiliki pemimpin-pemimpin yang menjadi batu penghalang kepada usaha mendaulatkan Islam dan tidak peliklah kiranya seorang perempuan tua di Sudan ketika ditemuramah oleh Aljazeera mengatakan kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam: “Ambillah tudung-tudung kami dan jubah-jubah kami ini, dan tinggallah di rumah-rumah kamu, biarkan saja kami yang pergi berrtempur dengan Israel ”. Tidak malukah lagi pemimpin-pemimpin ini mendengar kata-kata sebegini?

Sejahat-jahat Khalifah Almu3tasim pada zaman dahulu yang menyeksa imam Ahmad Bin Hanbal dan mengatakan bahawa Qur’an itu makhluk sekalipun sanggup meninggalkan istana, mendermakan 1/3 hartanya pada jalan Allah dan berjuang bersama tenteranya di medan peperangan demi untuk menyelamatkan maruah seorang wanita Islam yang dicabul kehormatannya oleh raja Kristian di Ammuriyyah, di manakah maruah presiden dan perdana-perdana menteri dunia Islam ketika melihat 700 orang Islam yang sebilangan besarnya kanak-kanak dan wanita syahid terbunuh diserang oleh Yahudi? Kalau Almu3tasim mengerahkan bala tentera hanya kerana seorang perempuan Islam dicabul kehormatanya, apa agaknya yang akan beliau lakukan andai mengetahui 700 orang Islam syahid dibunuh musuh? Wa mu3tasimah! (Rujuk Alkamil fi tarikh oleh Ibnul Athir, jilid 3, muka surat 197).

Suka saya menegaskan di sini buat tali-tali barut ini dan mereka yang masih lagi menyokong rejim-rejim ini atau bersimpati dengan mereka supaya merenung kembali firman Allah ini:-

لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الآخر يوآدون من حاد الله ورسوله ولو كانوا ءابآءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم أولئك كتب في قلوبهم الإيمان وأيدهم بروح منه ويدخلهم جنات تجرى من تحتها الانهار خالدين فيها رضى الله عنهم ورضوا عنه أولئك حزب الله ألا إن حزب الله هم المفلحون.

سورة المجادلة، الآية 22-


Dan firman Allah dalam ayat yang lain:-

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون.

سورة هود، الآية 113-

Saat ini, dan ketika ini kepada siapa lagi mampu kita umat Islam bergantung setelah mengetahui mereka yang sepatutnya memikul tanggungjawab mempertahankan Islam telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka? Masihkah mahu terus berada dalam kehinaan umpama seorang yang lumpuh tidak mampu mengipas lalat yang hinggap di hidung?

Melalui surat terbuka ini, saya ingin menggesa seluruh ahli PMMM supaya bangkit memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Tolonglah bersikap lebih prihatin dan proaktif terhadap isu ini, buangkan sifat keakuan dalam diri, mereka yang terbunuh di sana adalah ibu, ayah, abang dan adik kita semua. Kejutkan sahabat dan rakan yang masih lagi lena dibuai mimpi, sampaikan kesedaran kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang lain.

Boikotlah segala perkara yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis, ubah sikap dan perangai sendiri ke arah yang lebih baik, kembalilah hidup berpandukan Al-Quran dan Assunnah, kerapkanlah menadah tangan mendoakan kemenangan buat saudara-saudara kita di Palestin dan carilah jalan membantu saudara-saudara kita di Palestin walau dengan bantuan yang sedikit. Apakah kita sanggup melihat Islam itu dalam keadaan hina tertindas sedangkan kita masih hidup?

katanya lagi ...

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan baik kepada semua ahli PMMM dan saya doakan anda semua berjaya dengan jayanya. Bertempurlah dengan penuh bersemangat dalam medan ilmu di sini, insyaAllah apabila masanya telah tiba dan diizinkan Allah, akan diberinya peluang kepada kita berjuang di medan peperangan.


Duhai Gazzah, kalaulah mampu kami berikan nyawa dan darah kami untuk membantu kamu menggantikan pena yang menulis ini. Ya Allah matikan kami semua dalam keadaan syahid menegakkan agamaMu. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:-


مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

-رواه مسلم في صحيحه، باب استحباب طلب الشهادة في سبيل الله تعالى، رقم 3532، ج 10، ص 17.


p/s: Kita bagaimana di Malaysia?
"Thabbit kulubana ala dinik"

09 January 2009

Frederic Kanoute tunjuk sokongan kepada Palestin

Frederic Kanoute adalah seorang pemain bolasepak kelab Sevilla liga Sepanyol telah menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin selepas menjaringkan gol semasa mewakili kelabnya menentang Copa.

Frederic Kanoute memeluk Islam semasa berusia 21 tahun adalah bekas pemain Spurs telah menyarung jersi ke kepalanya dan menunjukkan t'shirt dalamnya yang berwarna hitam dengan perkataan "Palestin" dalam beberapa bahasa. Tahniah kepada Frederic Kanoute yang berani menunjukkan pegangannya dan menyampaikan mesej ke seluruh dunia.

Frederic Kanoute yang berasal dari Mali adalah pemain terbaik Afrika tahun 2007 Akibat perbuatannya Frederic Kanoute telah dilayangkan kad kuning dan berdepan dengan tindakan yang mungkin dikenakan kepadanya oleh Persatuan Bolasepak Spanish





"Thabbit kulubana ala dinik"

08 January 2009

SOALAN DAN JAWAPAN

Assalamualaikum...

soalan yang dikemukakan

GOMO said...

ASALAM....


ADAKAH SELAMA INI KITA TIDAK MENGHORMATI AGAMA LAIN???
ADAKAH SELAMA INI KITA TIDAK MENGHORMATI BANGSA LAIN??? SEDAR TAK SAUDARA YANG INI TANAH MELAYU???

SEDAR TAK SAUDARA ORANG MELAYU BUKAN PENDATANG???
KENAPA PAKATAN SAUDARA PERLU UNTUK MEMBERI BERATUS-RATUS RIBU EKAR KEPADA BANGSA PENDATANG YANG MANA SEHINGGA 999 TAHUN TEMPOH PAJAKAN NYA???

KENAPA PERLU DIBINA GEREJA TERBESAR DI RANTAU ASIA TENGGARA DI TANAH MELAYU INI???


KENAPA PAS MENYANYANGI DAP SEDANGKAN PARTI ITU MENENTANG ISLAM SAMA SEKALI??? KENAPA PULA PAS AMAT MEMBENCI DENGAN UMNO SEHINGGA SANGGUP DISAMAKAN UMNO DAN YAHUDI???

APAKAH UMNO ITU KAFIR???

APAKAH UMNO MAKAN BABI???


UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA...
UMNO ITULAH YANG TELAH MENJAGA RAKYAT MELAYU DAN AGAMA ISLAM INI DARI DULU HINGGA TAHAP INI DAN AKAN SELAMA-LAMANYA.

CUMA MASAALAH DALAM UMNO IALAH SIKAP SEGELINTIR YANG MEMENTINGKAN KUASA, TAMAK, DAN RAKUS BAGI MENGISI TEMBOLOK MEREKA. INI YANG PERLU UMNO SINGKIRKAN!!!


TAPI ADAKAH DALAM PAKATAN RAKYAT TIADA ISU RASUAH, SALAHGUNA KUASA???? ADAKAH RASUAH ITU SEDEKAH???

SAYA MENANTI JAWAPANNYA... SILAKAN DIJEMPUT KE BLOGG SAYA.


ASALAM....


January 6, 2009 1:55:00 AM PST




Jawapan dari saya..

Semua persoalan saudara saya tiada mampu menjawabnya.

Saya adalah seorang muslim dan saudara seorang muslim. Maka yang boleh saya katakan sumber muslim adalah al-Quran, as-sunnah, ijmak, qias dan segala isi pengajarannya yang ditunjuki oleh ahli ilmu. Segala yang bertentangan dengan sumber ini, terbatal ajarannya secara automatik. Persoalannya kepada kita ialah "bagaimana ingin tahu sesuatu itu terbatal dan dan tidak". Jawapannya "belajar pada ahlinya yang kebanyakan". Tidak akan berpakat umat ini(ahli ilmu) dalam perkara mungkar.

p/s: Doa...dan doa...untuk Gaza.

"Thabbit kulubana ala dinik"

BOLA SEPAK

Assalamualaikum...

Bola sepak merupakan sukan yang tidak asing lagi bagi generasi kini. Kita telah menyaksikan bahawa sukan ini mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Sehingga suatu ketika dahulu lagenda Maradona dianggap sebagai "tuhan bola".

Banyak pasukan luar negara yang diminati oleh sebahagian penduduk Malaysia sehingga dikatakan "makan bola, minum bola, tido bola, main bola". Jangkitan ini sebenarnya boleh dimanfaatkan bagi para pendakwah secara khususnya dan orang muslim secara umumnya. Mana tidaknya, kita telah menyaksikan dengan sukan ini, masyarakat boleh bersatu sebagaimana perang saudara yang berlaku di Iraq selepas penjajahan Amerika laknatullah terhenti. Jadikan medan sukan ini medan mengenali Islam yang syumul ini dan ianya sesuai disetiap zaman dan tempat.

Bukan beerti sukan ini tiada kesalahan dalam corak pengendaliannya, tetapi kita sebagai orang muslim apabila bermain bola maka tunjukkan bermain dengan sungguh. Di samping itu tunjukkan mana yang hak dan mana yang batil. Berpasukan, berkumpulan, bermaafan, persaudaraan, saling memahami, berstrategi katakanlah "YES". Berbalah, bergaduh, membuka aurat, bermusuhan, bermain sehingga meninggalkan solat katakanlah "NO".

Mudah. Apabila anda bermain bola jadikan diri anda model, tidak perlu orang lain. Tidakkah kita perasan bahawa bermain bola merupakan satu bentuk bergaul dengan masyarakat.

p/s: Jangan lupa doa dari kita untuk Gaza ...


"Thabbit kulubana ala dinik"

06 January 2009

ISLAM AGAMAKU..


Assalamualaikum...

Islam adalah agama Allah. Tiada agama yang diterima Allah selain agama Islam. Perlu berik'tikod(keyakinan) dalam diri bahawa tiada agama lain yang sebanding dengan Islam. Apabila keraguan muncul terhadap Islam, maka ik'tikod perlu diperbaharui.

Antara agama yang diturunkan oleh Allah ialah agama Nasrani dan Yahudi. Sejak berzaman, agama ini telah bercampur dengan acuan manusia menjadikan agama ini bukan lagi agama yang diterima di sisi Allah. Buktinya, mereka menjadikan Allah menjadi 3 dan menjadikan agama sebagai bangsa. Fitrah manusia mengatakan Allah itu wajib satu dan perlu keadilan pada semua. Adanya dua tuhan, yang manakah menguasai matahari??.

Tetapi perlu ingat,Islam menghormati agama lain..

Tidak dapat tidak, agama perlu dipelajari dari ahli ilmu. Agama bukan acuan dari kepala akal sendiri dan sangkaan sendiri. Disangka benar tetapi jauh dari kebenaran. Apabila terasa ulama itu menyusahkan diri, maka bersiap sedia dalam kesesatan. Kerana apabila telah tersesat maka tidak dapat melihat diri dalam kesesatan..

p/s: Gaza diserang, apa peranan kita?

"Thabbit kulubana ala dinik"

05 January 2009

SELESAIKANLAH...


a=x
2a=a+x
2a-2x=a+x-2x
2a-2x=a-x
2(a-x)=a-x
2=(a-x)/(a-x)
2=1?


"Thabbit kulubana ala dinik"

04 January 2009

AHLI ILMU...


Assalamualaikum..

Al-Quran adalah nur bagi mereke yang mendekati. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan jibril a.s di dalam bahasa arab dan membacanya dikira ibadah.

Pantulan nur al-Quran itu hanya difahami bagi ahli ilmu. Bagi yang mempelajari kalamuallah ini, pertanyaan demi pertanyaan perlulah dilalui. Untuk membaca "AYAM" sahaja, kita perlu mempelajari a..b...c....d.....z. Bahkan pula perlu mempelajari kata sendi yang ada dalam setiap perkataan. Ini pula al-quran, kalamullah. Apakah yang terkeluar huruf "A" dari mulut anda sekiranya tidak ditutur dan diajar oleh ahli ilmu?. Mungkin apa..

Kalau anda katakan cukup panggilan hati untuk memahami al-Quran, maka tiada perbezaan di antara ahli ilmu dan anda untuk memahami nur al-Quran?. Maka sesungguhnya, kita tidak dapat memahami kalamullah ini tanpa perantaraan ahli ilmu. Berpeganglah pada ahli ilmu dan jauhi sangkaan-sangkaan dari panggilan hati terhadap al-Quran.

p/s : Gaza masih diserang, apa peranan kita?


"Thabbit kulubana ala dinik"

02 January 2009

Aboutreika : Atlet Kebanggaan Umat!!!


Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.


Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.



Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark. Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline.net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!



Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel, "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.


"Thabbit kulubana ala dinik"