26 March 2009

WANITA

Assalamualaikum...

Wanita memang mempunyai keistemewaan tersendiri berbanding lelaki. Kelembutannya dan kesabarannya. Lihat sahaja ibu berhadapan dengan anak kecil berbanding ayah. Lihat sahaja isteri melayan kerenah suami. Lihat sahaja wanita memelihara kandungan 9 bulan. Dan lihat sahaja fakta sejarah.

1. Siapakah yang menenangkan hati Rasullullah apabila datangnya wahyu pertama kali di gua Hira?.
2. Siapakah yang meyakinkan diri Rasullullah bahawa Allah tidak murka terhadapnya setelah wahyu terputus selama 6 bulan setelah kejadian di gua Hira?.
3. Siapakah yang mencari penawar dengan menemui Warakah bin Naufal di atas kejadian datangnya "namus" kepada Rasullullah?.
4. Siapakah yang menjadi tonggak utama setelah Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi rasul?.

Siapa lagi kalau bukannya seorang wanita bernama Khadijah r.a.

"Thabbit kulubana ala dinik"

MATLAMAT HARIAN

Assalamualaikum...

Pisau yang tumpul perlu diasah semula agar hirisan dapat dilakukan. Begitu juga matlamat, ia juga tumpul apabila terlupa untuk diasah. Matlamat harian perlu kita pastikan agar bagus dan elok dengan cara:

1. Bagun tidur terus meyakini hati "tiada tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu rasulNya"
2. Meyakini, Islam sahaja diterima Allah dan tiada paksaan terhadap kafir untuk memasukinya.
3. Perlu bersikap positif. Apabila timbul negetif, pastikan ada penyusulan cara mengatasinya.
4. Hilangkan perkara kabur. Yakin dan tabah. Kita adalah apa yang kita lakukan sebenarnya.
5. Dll.

"Thabbit kulubana ala dinik"

MEH RAMAI-RAMAI KITA JENGOK



"Thabbit kulubana ala dinik"

MENJANA MINDA




"Thabbit kulubana ala dinik"

23 March 2009

INGAT-MEMPERINGATI

Assalamualaikum..

Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu dilakukan. Kerana hidup di muka bumi manusia perlukan usaha dan ikhtiar. Usaha saja tidak mengerti tanpa ikhtiar ditelusi. Begitu juga sebaliknya.

Hidup di dunia hanya sekali. Sekali inilah kita perlu berjaya di akhirat atau akhirat dan dunia. Untuk mengejar dunia sahaja tiada nilai di sisi orang yang berakal. Di dunia inilah kita dinilai di hadapan neraca Allah kelak. Di dunia ini jugalah kita dipilih sama ada dari kalangan orang yang beruntung atau rugi. Di akhirat tiada pertolongan kecuali kita bernar-benar bertaqwa dan mengikut tauladan rasulNya. Siapa yang sayangkan sahabatnya bertegur sapalah dan saling ingat-memperingati kerana di alam sana tiada halnya untuk itu semua.

Apa yang pasti "jalan yang gelap jangan kita lalui" dan "makanan yang berpenyakit jangan kita nodai"

"Thabbit kulubana ala dinik"

18 March 2009

WANITA DAN PEREMPUAN

Assalamualaikum...

Atas dasar sesama insan, saya berasa takjub manusia yang digelar wanita. Ketabahannya mengatasi insan bernama lelaki. Cukuplah ibu kita sebagai rujukan. Hebat dan disanjungi.

Tapi saya cukup risau apabila insan ini dinodai oleh lelaki. Saya lelaki dan saya tidak mengetahui hakikat seorang wanita. Apa yang dilihat dari kacamata saya, wanita ini cukup terpesona apabila didendangkan dengan pujian. Pujian atas dirinya. Sehingga keliru antara pujian berupa nasihat dan pujian berupa muslihat. Saya tidaklah tahu sepatutnya wanita tetapi saya mengerti kerana saya lelaki...

"Thabbit kulubana ala dinik"

PERLUKAH AGAMA?

Assalamualaikum...

Penelitian terhadap sejarah dapat mengugkapkan pengajaran yang baik. Bukan bertujuan lulus periksa semata tetapi menjadikan sejarah sebagi bahan bukti atas kehidupan yang dilalui.

Sebelum kedatang Islam di Mekah, manusia telah mempunyai tamadunnya tersendiri. Yunani, Rom, zaman gelap Eropah dll. Dalam membina tamadun mereka saling mengambil pengajaran dari tamadun terdahulu. Yang baik mereka ambil dan yang kurung mereka perbaiki.

Apabila kita melihat kini, tamadun-tamadun tersebut telah lapuk dek makan zaman. Juga kerana berkambangnya tamadun Islam dengan pantas lantas membuatkan mereka merasa kagum. Mereka merasa pelik dan mendapati satu asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun ialah agama. Mana tidaknya, agama yang benar akan sentiasa menunjuk jalan yang pasti. Mereka mengambil tamadun kita dan kita pula tidak menjaga tamadun yang telah terbina. Walaupun begitu, kita tahu, umat Islam terkebelakang kerana meninggalkan asasnya yang tersendiri. Kita lemah dan tidak berpegang pada agama...

"Thabbit kulubana ala dinik"

17 March 2009

BAIK KITA TERIMA

Assalamualaikum...

Firaun, Abu lahab, Bush mempunyai arena tersendiri sehingga dikenali sebagai orang yang zalim dan biadab. Apabila kita katakan kepada mereka sedemikian, adakah tiada jasa yang baik pada diri mereka?. Pasti ada sedikit calitan kebaikan bagi mereka bukan?.

Yang baik itu kita ambil dan yang buruk kita tentang. Tetapi untuk mereka, kabaikan yang dilakukan tenggelam akibat perbuatan jahat yang dilakukan lebih besar jumlahnya. Maka mereka terkenal kerana kejahatannya walaupun di sisi mereka ada kebaikan.

Fitnah seorang insan, kebaikan menyenangkan hati dan kejahatan menggusarkan diri. Oleh kerana nafsu menguasai, hilang jati diri. Begitu juga UMNO, mereka ada kebaikan yang dilakukan tetapi ranap akibat takbur pada diri.

Kita pula bagaimana....?

"Thabbit kulubana ala dinik"

16 March 2009

AKAL ATAU WAHYU?


Assalamualaikum...

Adakah benda baik dan benda buruk akal mampu mengetahuinya?. Walahal kalau mengetahuinya, mengapa manusia itu berselisih pendapat pada perkara yang sama. Contohnya internet, ada yang mengatakan ianya elok dan ada yang mengata ianya buruk. Jadi kenyataan mana yang benar?. Adakah akal tidak tahu membezakannya?

Akal secara hakikatnya memang mampu untuk mengetahui yang baik dan buruk. Berbudi pekerti, tolong-menolong adalah akal mengetahui ianya elok. Mencuri, membunuh adalah akal mengetahui ianya perbuatan terkutuk. Tetapi kita perlu ingat, akal ini tidak akan tersalah fungsinya apabila mengikut panduannya. Panduan apa yang perlu manusia cari ini?.

Ya, akal akan dihormati apabila digunakan dengan bijaksana. Teapi untuk melakukan kebijaksanaan perlu seiring dengan panduan. Panduan itu tidak akan tersalah apabila dituruti. Panduan yang bukan didatangkan dari sebarangan. Panduan yang tiada keraguan padanya. Quran dan sunnah wahyu ilahi....

Kajilah dan selidiklah, panduan tersebut tiada celanya.

"Thabbit kulubana ala dinik"