29 April 2009

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Assalamualaikum...

Pegangan sebagai seorang muslim ialah al-Quran dan as-sunnah. Atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dan segala-segalanya untuk mendapat kebenaran yang sebenar. Dunia dan akhirat.

Rujukan tersebut bukan bermakna kita terus-menerus merujuk, tetapi perlu kepada wasilah. Wasilah tersebut ialah mereka yang mempelajari kedunya. Bukan setakat mempelajari, bahkan memahaminya.

Pelik bin ajaib, ada yang mengatakan perjuang mereka bertepatan dengan agama, tetapi apabila ditanya rujukkannya, mereka mengatakan rujukannya ialah bangsa.

"Thabbit kulubana ala dinik"

26 April 2009

ALAM-ALAM

Assalamualaikum...

Dunia adalah alam yang kini kita duduki. Akhirat alam yang pasti kita singgahi. Alam akhirat kekal dan tidak musnah seperti alam dunia.

Manusia tinggal di alam dunia untuk jangka waktu yang sangat singkat. Bayi, kanak-kanak, remaja, pro-dewasa, dewasa dan tua. Manakala alam akhirat untuk jangka waktu yang kekal.

Al-wahyu acapkali memperingatkan bahawa alam dunia hanya muslihat dan penuh penipuan. Tetapi manusia yang sombong dan bongkak masih lagi berdegil untuk menikmati kenikmatan dunia. Boleh mencari wang dan harta benda tetapi lihatlah semua itu seperti najis yang ada jijiknya.

Untuk mendapat kebahagiaan di akhirat ada caranya. Caranya bukan petunjuk bangsa, tetapi putunjuk al-wahyu. Pelik, mereka jaga bangsa dari menjaga al-wahyu untuk mencapai kebahagiaan sebenar.

"Thabbit kulubana ala dinik"

24 April 2009

PELANGI ATAU BUNGA

Assalamualaikum...

Manusia memang dibekali sifat membangkang dan meyanggah. . Apabila ditanya mana yang lebih cantik bunga atau pelangi, ??. Pasti di sana ada mata-mata melihat bunga cantik dan mata-mata melihat pelangi lebih cantik.

Jangan bermusuhan di antara dua pendapat yang berlainan. Antara pelangi dan bunga sama saja untuk diri masing-masing mengatakan cantik. Kerana keduanya bermatlamatkan cantik.

Pada diri manusia itu perlu ada nilai cantik sebenarnya. Cantik bukanlah "berbedak, berwangian secara lebihan" dan seumpamanya. Saya katakan, yang cantik pada manusia itu ialah "AKHLAK".

"Thabbit kulubana ala dinik"

21 April 2009

ZAMAN YANG MENCABAR

Assalamualaikum...

Zaman ini zaman yang mencabar. Sesaat berlalu pelbagai cerita dapat didengari. Yang benar dan yang dusta tidak dapat diiketahui. Mungkin tidak dapat dikenalpasti, dibezai dan difahami.

Fitnah tidak pernah henti-henti. Ketika era kewafatan Othman r.a, memang umat Islam diperingati akan berpecah menjadi pelbagai "mazhabi". Peringatan supaya tahu akan timbulnya fitnah bukan bermaksud kita akan sesat, tetapi kita perlu keluar dari kesesatan tersebut. Caranya ialah mengikut telunjuk al-Quran dan as-sunnah dan ijma'. Bukan telunjuk bangsa.

Memang diakui, "title ustaz" pun melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan tersebut bukan hujah bahawa ada "kewas-wasan" dalam Islam untuk menjadi pegangan hidup. Terdetik di hati Islam bukan tempat penyelamat masyarakat, bermakna kita perlu lagi mencari.......

"Thabbit kulubana ala dinik"

MOTIVASI DIRI

Assalamualaikum...

Ambil sedikit masa dan uji diri sama ada mempunyai prinsip dalam seharian atau tidak. Prinsip yang dibina pada diri perlulah dipatuhi supaya ia menjadi penebat diri ketika melakukan kesalahan atau ingin melakukan kesalahan.

Prinsip yang sepatutnya ialah apabila diperingati balik menjadikan diri bermotivasi. Prinsip perlulah dibina dengan "simple" tetapi berkualiti. Prinsip bukanlah perkara yang dibina atas dasar ragu-ragu kerana ragu-ragu kita seolah-olah diantara langit dan bumi. Perlu mencari prinsip yang bagus, jitu, benar, yakin dan meyakinkan.

Contoh prinsip anda "siapa yang berusaha dia berjaya". Apabila datang malas, prinsip ini meneguhkan kembali diri kita.

"Thabbit kulubana ala dinik"

20 April 2009

ISLAM ADALAH RAHMAT


Assalamualaikum...

Apabila terasa wasangka maka rujuklah pada ahlinya. Bukan ustaz google atau ustaz yahoo, tetapi ustaz yang ada padanya sifat tawaduk dan merendah diri. Orang kata "ustaz sekarang susah untuk dipercayai". Perlu kita ingat, buah durian bukan semua elok dan bagus tetapi kita masih mengatakan ia raja segala buah..

Perlu memilih dan melihat luarannya supaya isinya sedap dan enak. Padahal kita tidak tahu rasa dan segala yang di dalam, tetapi kita masih percaya tiada buah yang setanding dengannya. Kenapa?. Kerana dasar kepercayaan dan ilmu yang kita ada.

Susah apabila kita tidak lagi percaya dengan para ustaz. Kesalahannya menjadi ukuran Islam menyusahkan dan tidak "relaven" untuk diadaptasikan. Ekonomi, undang-undang, politik, cara hidup, dll.

Pelik, Islam yang mereka inginkan, tetapi rujukannya barat dan bukan kalangan ustaz...

"Thabbit kulubana ala dinik"

12 April 2009

ISLAM YANG BAGAIMANA??

Assalamualaikum...

Islam memang sudah lama bertapak di hati sanubari kita. Kita meyakini tiada tuhan selain Allah nabi Muhammad s.a.w pesuruhnya. Dalam memberi ketaatan dan kefahaman pada agamanya, kita perlu membaca kerana ayat al-Quran pun menggalakkan membaca.

Yang tidak membaca perlu kita dorong supaya "suka membaca". Yang rajin membaca jangan pula mendifinasikan kefahaman mengikut seleranya.

Diceritakan al-Qordowi dalam kitabnya "al-Ijtihad..." pada bab syarat-syarat mujtahid di mana Umar r.a memandang orang Hururiah(Khawarij) makhluk Allah yang jahat kerana menafsirkan ayat-ayat Allah mengenai hal orang kafir tetapi menafsirkan seolah-oleh diturunkan hal orang mukmin.

Jadi, apakah dengan pembacaan sudah cukup untuk mengenal Islam??. Tidakkah Islam itu ilmu dan amal.

"Thabbit kulubana ala dinik"

Fitrah Peperiksaan Kembali


Salam...

Agk lama ana menyepi dalam penulisan blog. Jutaan kemaafan kpd sahabat baik ku akmal kerana lama tidak meng'update' blog ini. Kesibukan masa di sini tidak mengizinkan diri ini utk menulis sebarang artikel. Insya Allah slps exm ana akan kembali aktif di blog ini.

Ketika ini mahasiswa IPTA di Malaysia terutama di UM sedang sibuk menyiapkan diri utk menghadapi peperiksaan. Susah payah 14 minggu dlm pembelajaran akn ditentukan dlm peperiksaan ini.

Pada hakikatnya peperiksaan menjadikan seseorang itu belajar semata-mata untuk mengambil peperiksaan sahaja bukan untuk mengamalkannya. Ketika inilah dapat kita melihat orang yang tidak pernah pegang buku sebelum ini tiba-tiba menjadi ulat buku ataupun ketika inilah baru sibuk untuk photostat nota kawan-kawan. Bukan kah ini membuktikan bahawa kebanyakan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. Teringat saya pada kata-kata Dr. Lukman ketika dalam kelas fiqh ibadah sem lepas, beliau mengatakan bahawa peperiksaan sebenarnya hanya untuk mengejar pangkat atau bergaji besar tidak lebh dari itu. Lulus atau tidak peperiksaan itu bukanlah yang patut dikejar-kejar tapi pengamalan ilmu itu adalah lebih penting dan menjadi asas mengapa kita perlu belajar. Tapi itulah fitrah peperiksaan di Malaysia. Nak atau tidak kita kene terima bahawa peperiksaan itu adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan kehidupan masa hadapan di masa hadapan.

Di sini juga saya ingin memohon doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan kami di UM yang sedang menduduki peperiksaan. Mudah-mudahan dengan doa kalian memudahkan kami dalam menjawab peperiksaan..



"Thabbit kulubana ala dinik"

10 April 2009

DIYALNA.com


Assalamualaikum..

Dunia dakwah sekarang sangat mencabar. Dikatakan sekali disanggahi empat kali, diberi air dibalasi api, dikasi madu dihujani peluru. Itulah fitrah sebagai seorang pendakwah, ujian-ujian pasti ditempuhi.

Fitnah sekarang mustahil untuk diatasi kesemuanya. Dengan perkembangan IT dan cyber, fitnah dapat melobosi semua sempadan rumah. Maka demikian, pendakwah jangan membisu sahaja. Perlu pada perkembangan jua. Mana boleh kejahatan sepantas peluru, kebaikan sepantas kura-kura. Tidak dinafikan, sistem lama membantu penyebaran Islam, tetapi penyebaran jangan sentiasa di sistem lama.

Maka saya berharap laman web baru yang muncul ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemahaman Islam. Tidak dapat banyak sedikit pun boleh, asalkan istiqomah dalam perjuangan.



"Thabbit kulubana ala dinik"

ISI KHUTBAH 100409

Assalamualaikum...

Dunia hanya tempat persinggahan dan penuh dengan penipuan. Ini kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan khutbah pada hari ini.

Banyak sekali dalil dari al-Quran, as-sunnah beserta kisah alim ulama yang menjurus dunia ini tempat fitnah dan perlu ditinggalkan. Tetapi sebagai manusia yang mempunyai akal, adakah kita betul-betul memahami dunia tempat tipu daya sekiranya orang yang bekerja untuk mendapatkan upah kita cerca atau orang yang membeli kereta kita lihat serong.

Apabila diteliti, kita sebenarnya kabur diantara dunia realiti dan fantasi. Mana mungkin kita menyara anak isteri dengan bermain dam di kedai kopi sahaja?. Pasti perlu usaha. Mungkin terkeliru dengan dalil-dalil tersebut menjadi umat Islam hari ini nampak lemah.

Cuba kita tenungkan, adakah balasan akhirat itu disebabkan amalan akhirat juga?. Tidak. Balasan akhirat adalah hasil dari usaha di dunia. Maka itu buktinya kita perlukan dunia.

Kita perlukan seringgit untuk membeli bukit, tetapi lihatlah seringgit itu seperti "najis" di mata kita.

"Thabbit kulubana ala dinik"

TENSION ??

Assalamualaikum...

Jiwa mana yang tidak pernah menangis, hati mana yang tidak pernah resah, akal siapa yang tidak pernah gundah. Sifat manusia memang akan begitu, tetapi perlu ingat hal sedemikian bukan beerti kita tidak boleh menghadapinya. Jangan mudah risau, nanti kita akan tension..

Tanyalah pada manusia mana sekalipun, hati, akal dan jiwa mereka bukan "positif" selalu tetapi dengan ketekunan, yang negatif dapat berubah menjadi positif. Puncanya senang sahaja, jangan malas mengkaji diri sendiri. Bak kata ilmuan;

"Kamu kenal diri, kamu akan kenali tuhan kamu"

Apabila diri kita telah dikenali, kita sebenarnya akan berasa takjub dengan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Jika diperhatikan terus dari diri, sebenarkan asas manusia itu perlukan akidah yang benar dan yakin. Mana mungkin manusia tanpa yakin berjalan di atas titian dengan mengetahui di bawahnya jurang yang sangat dalam.

p/s : Suatu perkara yang patut kita berasa pelik, kita tahu pengulangan dalam sesuatu perkara akan meningkatkan mutu capaian, tetapi solat kita yang dilakukan lima kali sehari tidak meningkat keikhlasannya juga. Mengapa ya??

"Thabbit kulubana ala dinik"

09 April 2009

JAWAPAN ORANG TAK PANDAI

Assalamualaikum...

Dahulu semasa kecil, saya selalu mendengar orang berkata "begitu", tetapi sudah dewasa pun masih lagi mendengar "begitu". Pernah anda mendengar kata-kata ini...

" Kerajaan BN ada juga buat jalan, PAS buat apa, guna jalan BN juga"

atau begini...

"Rasuah sesama Melayu, dapat bantu kaum sendiri, tapi PAS kena cucuk hidung oleh DAP"

Siapa sebenarnya yang tidak pandai?.


"Thabbit kulubana ala dinik"

SIC

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak berkongsi artikel sahaja. Malaysia kalau berkeadaan sebegini, memang susuh hendak menjadi negara membangun...

-------------------------
TAN SRI HASSAN MERICAN, JANGAN MALUKAN NAMA PETRONAS DENGAN KERJA BODOH BUDAK-BUDAK SIC

Saya telah mengambil cuti untuk ke Bukit Gantang pada hari ini, Isnin dan Selasa, esok atas dua sebab. Pertama pada hari Sabtu dan Ahad saya tidak bercadang untuk ke Bukit Gantang kerana sudah pasti ramai yang dapat hadir. Kedua, untuk menumpukan kepada kerja-kerja akhir yang sangat penting, termasuk ingin mengikuti saat pengumuman keputusan.

Oleh itu, petang Ahad semalam saya berkesempatan untuk merasai secara "live" Petronas Malaysian GP F1, untuk kali pertama.

Perlumbaan ini bukan bidang saya. Tak pandai untuk saya mengulas sebab apa Button boleh memintas semula, kenapa ada kereta yang terbabas, apa sebab bunyi gear terlalu kuat macam bunyi letupan c4 dan bermacam-macam lagi. Apa yang menarik untuk saya ulas di sini ialah, budaya be end memang wujud di SIC rupa-rupanya.

Bagi saya yang pertama kali datang ke sini setelah 10 kali Malaysia menganjurkannya, saya tidak boleh terima beberapa kelemahan asas pada sirkit ini.

1. Jalan utama ke SIC berkongsi dengan jalan utama ke LCCT. Bukankah amat menyusahkan pengguna LCCT, malah amat menakutkan mereka semalam apabila jem gila berlaku untuk kali pertama bagi perlumbaaan ini kerana ketika kick off kami masih di tengah-tengah jem gila.

2. Kawasan parking yang tidak terjaga dan terurus, seperti sedang memarking lori kecil untuk mengutip kelapa sawit.

3. POLIS TRAFIK TIDAK BIJAK ( Polis Malaysia ) sebab membuat pengasingan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk utama. Itulah punca jem gila ini. Sepatutnya mereka buat pengasingan lebih awal, supaya mana-mana kereta yang mempunyai sticker untuk kawasan parking di hadapan boleh terus laju ke hadapan tanpa berhenti di situ.

4. Jalan bertar dan berturap untuk kereta dan pejalan kaki di kawasan parking, betul-betul sama macam kualiti turapan jalan ketika pilihanraya kecil.

5. Air tandas kotor, dan lampu tidak menyala langsung untuk semua tandas yang saya gunakan. Menjadi sangat bermasalah ketika hujan dan ketika akhir perlumbaan, yang ketika itu sudah masuk jam 7 malam. SIC tidak fikir langsung keperluan itu setelah kick off di lewatkan pada jam 5pm.

6. Khemah information di bahagian Grand Hill, macam khemah panas Umno sahaja, tiada komputer/laptop, tiada tv, tiada sistem pembesar suara, tiada sebarang carta, tiada maklumat langsung, khususnya ketika kami terpinga-pinga apakah perlumbaan akan disambung semula atau ditamatkan. Apa yang ada hanyalah edaran peta dan panduan secara percuma. Kami berada di "hidung" Tun, kata sahabat saya.

7. TV dan speaker besar yang terletak di tengah-tengah track menghadap tempat kami, mudah rosak ketika hujan, menyebabkan kami amat terganggu. Tak jelas langsung apa yang disampaikan oleh penganjur. Kalau dah tahu Malaysia banyak hujan, kenapa tak buat bumbung untuk speaker dan tv/skrin besar yang terletak di tengah-tengah track itu.

8. Surau terletak di hujung bukit tempat kami berada. Agak jauh, tapi tak apalah, sebab bukan semua rakyat Malaysia yang hadir kaki solat. Rakyat kerajaan BN kan. Tapi, apahal yang lampu pun tak menyala? Mokhzani mungkin tidak terfikir ada rakyat Malaysia yang akan solat Maghrib secara meraba-raba di surau itu. Tapi, kalau anda ingin ke tempat yang sangat terang, pergilah ke medan di mana konsert sedang berlangsung.

9. Bumbung tempat kami bersantai dibuat secara ala kadar sahaja. Tidak banyak membantu ketika hujan turun. Lebih parah sistem aliran/alihan air yang lemah apabila air dari bahagian atas mengalir laju ke bawah melalui kawasan kami yang berbumbung. Tak ubah macam kami sedang menonton perlawanan bola sepak di kampung semasa kecil dahulu, bersidai-sidai di tepi parking basikal, dinding dewan dan bawah pokok besar.

10. Paling melucukan kami ialah kawasan pejalan kaki ke parking dan ke Mall serta kawasan parking kereta sungguh gelap gulita. Tak terfikir agaknya orang-orang Malaysia ni apabila perlumbaan bermula jam 5pm, habis jam 6.30pm, sudah tentu malam sempat muncul untuk menunggu penyuraian trafik semua penonton yang hadir. Kalau saya paparkan gambar kami solat Maghrib, berjalan kaki ke Mall dan kembali ke parking, tentu anda mati-mati tidak akan percaya kami sedang pulang dari Petronas Malaysian GP Formula One, antara sukan termahal di dunia. Huhu.

11. Tapi ok jugak, semasa berjalan meraba-raba itu, saya teringat nostalgia silam bersama arwah ayah saya pulang dari kebun durian ketika waktu hampir Maghrib, nostalgia pulang dari surau semasa kecil dahulu, nostalgia bermain nyorok-nyorok di tengah malam dalam kuarters JPS di kampung saya dan ringkasnya nostalgia zaman 80an lalu, ketika kami berada pada kurun wifi ini.

12. Alhamdulillah, nasib baik ada shuttle dari Mall ke kawasan parking, tapi apa hal kalau kawasan parking kereta kami gelap, hahaha. Alamatnya, memang kami tak tahu langsung nak turun kat mana, akhirnya kami terlajak jauh ke hadapan daripada kawasan parking kami. Kelakar juga ada sekumpulan Cina ( tak pasti Malaysian atau Chinese ) dah satu round naik shuttle tersebut, tapi tak tahu nak turun tang mana.

13. Lagi kelakar, semasa kami sedang menunggu rakan ambil kereta dia, dua orang Cina berlari menjerit terlolong dengan penuh gembira selepas turun dari shuttle menuju ke kereta mereka..." final we find our car" terdengar jeritan mereka berdua. Kami pun tumpang gelak hahahaha ( pada SIC )

14. Saya dengan insaf, menerima mesej penting SIC kepada rakyat Malaysia dan penonton dari seluruh pelusuk dunia, beginilah susahnya pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia yang tidak pernah terdapat ladang yang berspot light. Mmmmmm. Terima kasih Petronas.

15. Saya kecewa, ketika perlumbaan dijadualkan bermula jam 5pm, tak terfikirkah SIC bahawa jika hujan lebat turun, maka perlumbaan perlu diberhentikan seketika dan jika bersambung semula, Malaysia sudah gelap? Hampas sungguh. Kali pertama saya mengeluarkan saham untuk gembira meraikan saat akhir perlumbaan, ianya tidak berlaku, malah lebih setengah jam kami lepak-lepak, terpinga-pinga, baru tahu perlumbaan dah berakhir. Hampas sungguh.

Rupa-rupanya SIC ni satu lagi projek orang-orang BN, hahahaha. Tan Sri Hassan Merican, tolonglah jangan malukan nama Petronas dengan kerja dan otak bodoh budak-budak SIC ini.

"Thabbit kulubana ala dinik"

08 April 2009

KEBENARAN

Assalamualaikum...

Dari titik zahirnya, kita menyangka bahawa sesuatu itu seakan-akan benar tetapi apabila dikaji dan diteliti, ia bukanlah suatu yang benar. Sebaliknya apabila ia diteliti dan dikaji serta menemui kebenaran, maka mengapa tidak manusia itu akan bergembira?.

Pada mereka yang mulanya telah menerima kebenaran, maka dilihat kebenaran itu tiada nilai disisinya. Tiada susah payah mendapatkannya, tiada keringat perolehinya, tiada pengorbanan mendakapnya, tiada bebanan ditanggunya. Hanya fikir "suapan" untuk mendapat kebenaran setiap hari.

Pada mereka yang menemui kebenaran, kesungguhan dalam mengadaptasikan kebenaran itu sangat bersungguh berbanding mereka yang menerima kebenaran secara asalnya. Sepatutnya penerima asal kebenaran berbuat lebih daripada mereka yang menemui kebenaran, tetapi ia adalah sebaliknya. Memalukan sungguh?


Kebenaran itu tidak lain ialah "Islam".

"Thabbit kulubana ala dinik"

03 April 2009

CACING KEPANASAN

Assalamualaikum...

Sehebat mana pun kita, kematian pasti ditempuhi. Tiap saat dan tiap detik, kita sentiasa diburu oleh kematian. Rumah, sekolah, pejabat, jalan raya dll. Impian untuk hidup kekal hanya angan-angan yang tiada nilai.

Syaitan yang mengimpikan kita sesat, akan berusaha menggoda kita sehingga akhir hayat. Mana mungkin syaitan selesa kalau kita berpegang kalimah Laila haill Allah dan menegakkan keadilan mengikut petunjukNya. Lihat sahaja syaitan berupa manusia, mereka bagai cacing kepanasan apabila disebut keadilan Allah yang ditetapkannya.

Di alam selepas kematian barulah mereka tersedar hakikat kebenaran. Pada masa itu tiada lagi penyesalan bagi mereka yang tersedar. Hanya di dunia ini sahajalah kita dapat berusaha untuk memilih sama ada kita ingin selamat atau sebaliknya.

"Thabbit kulubana ala dinik"