26 June 2009

MELAYU BARU?


Assalamualalikum...

-Komen no 16 diambil di sini.
-Tentang Melayu baru.
-Perjuangan apa yang kita inginkan?.
-Melayu atau Islam.
-Islam atau Melayu.
-Atau kedua sekali

------------

Maaf Iddin dan Anak Bumi Kenyalang serta Pembaca budiman. Ini yang sedihnya Melayu baru. Baru cakap sikit pasal ketuanan Melayu dah kata perkauman. Sebenarnya tidak kalau kita lihat dan dengar tuntutan-tuntutan kaum lain atas keistimewaan Melayu.

Cakap mereka lebih bersifat perkauman tapi tak adapun orang Melayu marah malah berkompromi menyokong tuntutan yang kaum lain buat. Contoh: isu Chin Peng yang dibawa oleh ahli parti Gerakan mendapat sokongan dari kaum Melayu sendiri dalam PR.

Kalau saudara2 masih ingat lagi Tun Musa Hitam pernah berkata Melayu patut/mesti ‘kurang ajar’ sedikit. Maknanya dalam sesuatu perkara yang penting, Melayu perlu ada sikap kurang ajar kerana selama ini Melayu banyak beralah atau kata Tengku Abdul Rahman ” Tak apa..”.

Meminjam kata Tun Musa Hitam tadi, dalam beberapa hal sewajarnya Melayu berkurang ajar sedikit kerana terdapat beberapa isu yang dibawa oleh kaum lain menyentuh perasaan Melayu.

Sebab itu saya katakan, Melayu baru dalam PR sekarang ini terlalu terbuka sehingga perkara-perkara yang berkaitan Melayu yang dulunya dipertahankan telah dipejamkan sebelah mata atau dipekakkan telinga untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Itulah yang disedihkan.

Bukan kerana perkauman tetapi jati diri sebagai bangsa Melayu telah hilang sedikit-sedikit dan memang disukai oleh kaum lain yang memang berharap perpaduan di kalangan Melayu berkecai.

Apa yang ditulis tidak lebih untuk menginsafkan Melayu yang terbawa-bawa arus kesamarataan yang diperjuangkan oleh PR. TQ

"Thabbit kulubana ala dinik"

25 June 2009

ALLAH KNOWS



Assalamualaikum...

Setiap manusia akan menuju ke hari tua. Tiada siapa di dunia ini yang menuju ke hari muda. Semua ingin muda dan ingin kuat sentiasa tapi sayangnya hari muda tetap akan ditinggalkan. Usaha dan berubat apa sekalipun tua tetap menjelma.

Mungkin ada manusia terfikir, setelah tua baru beramal soleh dan bertaubat. Benar boleh bertaubat setelah tua, tapi mudahkah untuk kita bertaubat setelah bergelumung dengan dosa dan noda?

Dosa-dosa yang telah sebati pada jiwa raga ingin ditinggalkan setelaah usia kita lemah adalah ibarat singa yang hilang taringnya. Ketahuilah, usia tua yang bakal menjelma adalah hasil dari amal soleh ketika muda. Muda soleh, tua soleh. Muda toleh, insyallah tua soleh. Sekian...

"Thabbit kulubana ala dinik"

IMAN ZAMAN SEKARANG

Duit halal atau haram untuk membeli kereta mewah ini?

Assalamualaikum...

-Komen ini diambil dari sini.
-Tentang pengambilan duit dalam bekerja.
-Dan betapa teruknya orang Islam zaman sekarang.
-Yang benar-benar berlaku di negara bernama Malaysia.
-Untuk lebih jelas baca artikel ini.

-------------------

Saya berkerja di syarikat swasta di cyberjaya.
seperti yang di tulis diatas, memang saya pernah terlibat dengan benda-benda ini.

Sudah jadi kebiasaaannya.termasuk rakan-rakan saya di syarikat sama atau lain. Kami membekal peralatan ke pejabat kerajaan di PUTRAJAYA.

Memang perkara ini jadi biasa. Contohnya kalau "budget" bawah 100k kami buat 5 "quoation dummy". So confirm dah kita menang.

Lepas tu kongsi-kongsi dengan pegawai kerajaan atau belasah sorang. Astarfirullah hal azim... apa la nak jadi... dah tahu benda ni haram tapi buat jugak... semua sebab nak kaya cepat... nak beli rumah besar... kereta besar... kalau yang "mark up" dengan "suplier" tu biasa la... suruh dia "quote" lagi tinggi... lebih tu belasah... aduss... dapat la 10k... 20k... bagi makan anak bini... adusss... Astarfirull ah halazim... ada kawan saya belasah dengan "supplier" sampai 1.5 juta... kaya dah sekarang... tapi tu la... duit haram...

Macam mana nak elak benda-benda ni walaupun dah amik? adakah pintu taubat masih terbuka?

KOMEN UST ZAHARUDDIN : Ye masih terbuka selagi nyawa belum samapi ke kerongkong... segeralah bersedeqah dan bertaubat sebelum terlambat. Inilah bulan yang paling sesuai bertaubat.

Terima kasih juga atas pendedahan insaf tuan. Saya jugak tidak terperanjat ia berlaku. Cuma terperanjat kenapa teruk sangat iman orang Islam zaman sekarang.

"Thabbit kulubana ala dinik"

SENTUH AKU JANGAN SENTUH NIK AZIZ

Assalamualaikum...

Mati semua orang akan mati. Mati dimana kita tidak akan tahu. Tetapi ingat kita boleh memilih cara mati yang terbaik. Betul?.

Andaikata ingin mati baik perlulah beramal di dunia ini dengan kebaikan. Andaikata ingin mati dengan sebaliknya perlulah beramal dengan sebaliknya.

Andaikata ingin mati baik perlulah hati dan seluruh anggota kita memberi ketaatan pada Islam dan pewaris Islam. Pewaris Islam ialah para ulama yang menjaga Islam dan bukan menjaga kocek musuh Islam.

Andaikata Nik Aziz disentuh maka akulah orang pertama yang sanggup menggantikan tempatnya supaya tidak disentuh.

"Thabbit kulubana ala dinik"

EMOSI CINTA


Assalamualaikum...

Andaikata kita telah bersedia untuk mencari pasangan, apakah cara terbaik untuk mengenali sama ada dia seorang soleh atau toleh?.

1. Tanya dia dengan terus terang.
2. YM, e-mail, skype, msger, sms.
3. Pergi jalan bersama dan lihat gerak-gerinya.
4. Tanya kawan-kawan mereka (boleh percaya pada rakan mereka?).

Atau tidak boleh lakukan semua perkara di atas kerana bertentangan dengan agama.

Mungkin anda ada cadangan terbaik?.



"Thabbit kulubana ala dinik"

24 June 2009

APA DIA CINTA?

Assalamualaikum...

-Apa dia CINTA?
-Bacalah komen yang diambil dari sini.
-Tulisan di sini telah di"edit", tulisan asal belum di"edit".

--------------------


Salam ustaz,

Saya teringat kata-kata seorang kawan saya (tunang saya), katanya, kalau kita tak cuba berkenalan dan bercinta sekarang, dalam 3-4 tahun lagi kita akan buat benda yang sama jugak kan?

Dalam 3-4 tahun akan datang itu kita sudah berumur 24-25, bagi lelaki itu mungkin perkara biasa dan umur ideal untuk berkahwin.. tapi bagi perempuan jika sudah sampai umur sebegini dan baru nak berkenalan sudah pasti susah kerana lelaki majoritinya mahukan pasangan yang lagi muda... dan kalau jumpa pun belum pasti itu pasangan yang serasi... dan bila sudah setahun berkahwin tak hairanlah pernceraian yang jadi penyelesaiannya.

Betul, jangan dekati zina, dan kita semua tahu apa perkara-perkara yang mendekatkan zina itu. Sebelum ini, ustaz cakap kalau kita dah berjumpa dengan seseorang yang kita suka dan serasi jangan terus putuskan hubungan tapi tahan dulu hubungan tu dan bila sudah mampu untuk bernikah, terus saja bernikah.

Saya bersetuju dengan pendapat ustaz ini. Sepanjang hidup kita, belum tentu kita akan berjumpa dengan seseorang yang serasi dengan kita, dan bila sudah jumpa, jagalah hubungan elok-elok. Saya adalah pelajar UIAM, dari observation saya, saya tengok ramai kawan saya yang sudah ada pasangan ini atau "kapel" hidupnya tidak hanyut dan cemerlang dalam belajar.

Saya bukanlah menyokong "kapel", tapi saya dapati mereka yang berpasangan ini rata-ratanya ada niat untuk bernikah, dia orang ada komitmen untuk itu. Tapi bagi mereka yg berpasangan hanya untuk suka-suka, ramai yang telah hanyut. Kita tak boleh samakan zaman kita sekarang dengan zaman khalifah Umar r.a dahulu (saja bukan cakap zaman nabi..).

Dulu khalifah yang cari rakyat tapi sekarang kita yang kena cari pemimpin, duhulu laki-lakinya berakhlak mulia dan perempuan semua duduk dalam rumah, tapi sekarang ramai lelaki suka tengok perempuan seksi, perempuan pulak ada yang bekerja sampai malam, jadi situasinya amat berbeza.

Kalau dulu perempuan duduk rumah sahaja dan tunggu lelaki baik datang meminang, tapi sekarang lain, tak ramai lelaki yang baik, dan perempuan pun sama, nak tak nak dia orang kena cari sendiri... dan dalam proses mencari itu mungkin akan melibatkn berkenal-kenalan...

Katakan umur 21-22 adalah proses mencari... dan berjumpa dengan lelaki yang baik... kenal la dia dalam 3 tahun katakan.. dalam 25 boleh terus berkahwin.. umur 25 adalah masa untuk berkahwin dan bukannya mencari.

Tapi, dalam 3 tahun itu bukanlah bermaksud kena ber"kapel" atau yang berkaitan dengannya, cuma kenal itu hanya sekadar kenal.. kenal dirinya, keluarganya, kawannya, etc... adakah itu salah dan dikira mendekati zina? yang penting, setiap pasangan itu wajib ada komitmen, sanggup memegang komitmen dan setia.

Saya dulu pernah memandang serong pada mereka yang ber"kapel", tapi stelah saya mengkaji sendiri rupanya ada kebaikannya... dan bila saya dengar ada orang cakap berkapel itu HARAM, saya diam.

Saya tengok dia... dia tak ber"kapel" tapi dia hanyut... jadi apa bezanya dia dengan orang tak berkapel? betul, matlamat baik tidak menghalalkan cara... tapi daripada saya hanyut keseorangan, lebih baik saya mencari pasangan dan kita orang sama-sama sanggup memegang komitmen, bila ada komitmen pasti ada rasa tnggungjawab untuk itu ini.


Belajar kena berjaya, buat kerja bersungguh, kumpul duit untuk kahwin sama-sama, tak buang duit untuk benda membazir, tak keluar malam berdua, tak bersentuhan dan sebagainya... tak kahwin lagi tapi merasakan tanggungjawab seperti orang sudah kahwin.. adakah itu salah?

Alhamdulillah, saya bertemu jodoh pada umur 20, dia seorang yang paham apa yang saya paham.. selama bersamanya tak pernah saya rasa untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah malah wujud perasaan untuk melindungi dia yang tebal dan mengawal diri dari perkara tak elok itu datang sendiri scara otomatik..

Kalau kita TAHU apa yg kita buat, itu akan mencetus MAHU agar bergerak untuk menuju MAMPU.. dan itulah yg sy buat... saya TAHU apa batas-batasnya dan sedaya upaya menjaga, dan itulah yg mencetus MAHU agar yang HARAM bertukar HALAL segera dan saya MAMPU untuk berbuat begitu... insyaallah, tak lama lagi kami akan bernikah.

p/s : Apa pandangan anda?

"Thabbit kulubana ala dinik"

12 June 2009

IMTIHAN


Assalamualaikum...

Imtihan pasti akan ditempuhi oleh kita. Apabila menghadapi imtihan, hati tidak lari dari perasaan takut dan gementar. Apa agaknya natijah yang bakal kita perolehi?.

Sekiranya kita sudah bersedia, hati yang gundah-gulana tadi pasti menjadi sedikit tenang.

Tetapi, bolehkah kita berasa tenang dengan imtiha yang bakal ditempuhi di alam mizan?. Ya, itulah imtihan yang paling besar. Apa tidaknya, soalan imtihan tersebut berdasarkan gerak dan perbuatan kita semua. Dari kecil hingga ke besar. Pasti lama.

Kerana itu mtihan dunia terlepas, akhirat belum tentu.

Islamlah yang menjadi penyelamatnya dan bukannya bangsa.


"Thabbit kulubana ala dinik"

KERAJAAN PERPADUAN?


Assalamualaikum...

-Banyak andaian terhadap kerajaan perpaduan ini.
-Ada yang menyokong dan ada yang membantah.
-Tidak boleh berpakat dengan UMno dengan apa sekalipun.
-Boleh berpakat, tapi pastikan ada keadilan.
-Cuma caranya bagaimana?
-Adakah PAS dalam ikatan yang kuat untuk melaksanakan "kerajaan perpaduan" ini?
-Kerajaan perpaduan adalah benar.
-Tapi benar apabila PAS dan ahlinya sudah faham.
-Dan tiada bimbang ditipu 2x.
-Hancurkan kezaliman UMno dahulu.
-Buktikan PAS parti kuat dari UMno.
-Buktikan PAS for all.


"Thabbit kulubana ala dinik"

04 June 2009

TEORI CELAKA

Takkan Melayu hilang di dunia, teori siapa?

Assalamualaikum...

-Tulisan tersebut diambil di sini
-Tentang teori celaka ;13 Mei
-Cina suka menipu dan India suka cari gaduh
-Cina biadap
-Melayu pantang dicabar
-Maka terjadi 13 Mei
-Terdengarlah ilmu kebal dan parang terbang
-Membela Melayu
-Kisah teori celaka dialami sendiri oleh penulis
-Najwan Halimi
-Benarkah teori ini?
-Pastikan anda membaca teori tersebut.



--------------------------------------------


Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

(i)
Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.

Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.

Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.

Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya.

Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!

Hidup Melayu!

(ii)
Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

(iii)
Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!

Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.

Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam. Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

(iv)
Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.

Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.
Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.


"Thabbit kulubana ala dinik"

01 June 2009

APABILA TAK TAHU

َApakah kita meletakkan ulama sebagai rujukan?

Assalamualaikum...

Jawapan terbaik untuk mereka yang tidak tahu adalah bertanya. Bertanya pada ahlinya dan bertanya pada tempatnya.

Kadang terasa malu untuk bertanya, menjadikan diri dalam "apungan". Bagai melayang-layang dengan petikan yang didengarinya. Tidak ke kiri dan tidak ke kanan. Neutral katanya.

Mungkin masalah kecil, kita bersifat neutral. Tetapi apa yang kita lakukan sekiranya masalah besar dihadapi?. Bertanyalah dan buangkan sifat malu yang tidak bertempat. Tidak masuk akal apabila ada manusia yang berpendapat agama perlu dipisahkan dengan pekerjaan harian.

"Thabbit kulubana ala dinik"