22 July 2008

NASIHAT SHEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI

Nasihat Sheikh Mutawalli Sya’rawi (1998) kepada Husni Mubarak

Assalamualikum...

Buat seketika, blog ini tidak akan ber"update" kerana saya akan bermusafir. Insyallah, ada rezeki saya akan menulis lagi bagi merancakkan dakwah di alam maya ini. Rakan saya, saudara Haniffah, sekiranya tidak keberatan, ajak-ajaklah dia untuk meng"update".

Di sini saya sertakan "link" yang berguna untuk dibaca. Tidak ketinggalan juga, di sebelah tepi kanan blog ini, ada link yang perlu dilayari .

http://www.iluvislam.com/v1/news.php
http://annasru.wordpress.com/
http://ibnuqalil.blogspot.com/
http://nikabduh.wordpress.com/


Terjemahan
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi) bersamamu.. wahai Tuan Presiden, Adanya aku di dunia ini untuk melakukan tuntutan daripada Allah. Aku tidak mahu menghabiskan sisa-sisa hidup aku untuk menjadi munafiq. Dan aku tidak mahu mengundang perkara-perkara yang tidak elok.

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada semua umat. Sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang atau penyokong atau bangsa. Aku meminta maaf jika ada sesuatu yang kamu tidak suka.

Aku ingin mengatakan bahawa kekuasaan itu milik Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia kehendaki. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk mendapatkan kekuasaan tersebut. Sesungguhnya Allah Taala telah menceritakan dialog diantara Nabi Ibrahim dan Namrud .

Apa yang Allah Taala kata?

ألم تر الى الذي حاج إبراهيم في ربه أن ءاته الله الملك

Apakah kamu tidak memperhatikan orang(Namrud) yang mendebat tentang tuhannya(Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan)...

Adalah kekuasaan itu Allah memberi kepada sesiapa yang dia kehendaki. Maka jangan kamu melakukan komplot terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat tipu helah (penipuan) terhadap hukum Allah, Kerana seseorang tidak akan berupaya melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka kezaliman itu tidak lain, hanya menjadikan dia buruk dan dibenci oleh semua manusia. Oleh kerana Allah menjadikan dia buruk di mata manusia, maka dia tetap dibenci walaupun tidak terlintas di hati manusia untuk membencinya.

Aku ingin berkata kepada kamu sekalian..

Alhamdulillah, sesungguhnya telah jelas kepada kita akan kebenaran pada kata-kata Allah berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah ini?

ويمكرون ويمكر الله

dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah ini?

إنهم يكيدون كيدا. وأكيد كيدا

Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah SAW; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada kamu, mungkin ini adalah pertemuan kita yang terakhir!

“..Jika kamu memikirkan kami, moga-moga Allah memberi taufiq kepada kamu. Dan jika kami memikirkan kepadamu, maka tanggungilah kami dengan bebanan (akhirat kelak)."



"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: