19 November 2009

LAMBAKAN MAKLUMAT...


Assalamualaikum...

Ilmu ibarat cahaya. Cahaya yang menyinari kehidupan kita sebagai manusia. Kita berusaha dan berusaha untuk mendapatkan maklumat sana dan maklumat sini agar menjadi orang berilmu.

Benar, maklumat-maklumat yang diperolehi membantu kita menjadi orang berilmu. Di kala zaman "tok nenek" kita, maklumat tidak semudah diperolehi seperti zaman kini. Kitab-kitab, buku-buku, berita-berita, fikrah dan pelbagai lagi boleh diperolehi hanya di hujung jari kita.

Apatah lagi dengan search kepada Dr. Google dan Dr. Yahoo berjuta maklumat terhidang di depan mata...

Tetapi ingat, lambakan maklumat tidak bermakna kita semakin berilmu. Bahkan kekeliruan sering terajadi, keterbatasan semakin longgar, ketertiban ilmu tidak diendahkan lagi dan disiplin ilmiah semakin dicerobohi.

Sedarlah, kini kita berperang dengan lambakan maklumat. Apakah lambakan tersebut tiada ubatnya?.


"Thabbit qulubana ala dinik"

0 kritikan: