05 September 2009

HIDUP TAK SEMESTINYA INDAH

Assalamualaikum...

Yang indah-indah sahaja kita impikan untuk menelusuri hidup. Makan selera, minum sedap, duduk selesa, peperiksaan lulus, bla... bla.... Apabila datang susah dikatakan musibah buat diri dan hidup tidak lagi bermakna.

Apakah kita terlupa bahawa kita sekarang hidup di dunia dengan penuh cabaran. Cabaran yang memerlukan kekuatan bagi mengatasinya. Kekuatan agar tidak tergelincir dan terpesong terhadap cabaran. Kita untuk menjadi kuat bukanlah menggangkat besi dan membina tubuh badan tetapi kita untuk menjadi kuat perlukan sesuatu yang dipanggil UJIAN.

Tidakkah kita ingin menerima sijil kita diuji terlebih dahulu?

Tidakkah kita ingin bekerja kita juga diuji terlebih dahulu?

Ya, semua perkara yang kualiti perlukan kepada ujian. Ujian diperlukan untuk mengetahui yang berkualiti.

Begitu juga hidup. Tanpa ujian kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan kita terhadap perkara dan benda yang kita lakukan. Tanpa ujian kita tidak tahu adakah kita memilih syurga atau neraka sebagai produk tujuan hidup kita.

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: