09 April 2011

SUSAH SENANG KITA TEMPUHI


Assalamualaikum...

Ahli ilmu kata :
"Apabila datang darurat, maka pilihlah yang sedikit fasadnya"

Kita kata :
"Apabila datang susah, maka buatlah sedikit-sedikit daripada tiada berbuat"

p/s: Akhirat sudah pasti, dunia mesti kita tempuhi. Jangan berputus asa...


"Thabbit kulubana ala dinik"

15 January 2011

AIR KOPI SECAWAN


Assalamualikum....

Air kopi secawan yang kita selalu minum...

Kata-kata baik dan buruk yang kita ucapkan...

Yahoo, facebook, google yang selalu kita gunakan...

Tv3, tv9, Astro, Muzik-muzik yang kita tontonkan...

Semua itu akan dihitung di akhirat kelak. Jaga dan sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan kita. Antara kita memilih SYURGA atau NERAKA.



"Thabbit kulubana ala dinik"

15 December 2010


Assalamualaikum...

Pasti manusia resah. Memikirkan perjalana hidup yang akan ditempuhi. Di dunia dan di akhirat.

Resah adalah anugerah yang pasti dimiliki setiap manusia. Sehebat mana manusia itu, resah tidak dapat dihindari.

Cuma resah ini kadang meningkat kadang sedikit.

Kadang benar kadang salah.

Kerana benarnya sifat resah itu digunakan untuk "kebaikan" pada diri manusia


"Thabit kulubana ala dinik"

18 November 2010

BAHKAN KITA AKAN DIHIDUPKAN SEMULA


Assalamualaikum...

Adakah suatu perkara tidak benar tanpa pembuktian di depan mata kita?.
Pasti tidak.

Adakah suatu perkara tidak benar tanpa pendengaran di telinga kita?.
Pasti tidak.

Buktinya kita percaya semut berkomunikasi untuk melancarkan perjalanan. Kita percaya angin wujud walaupun tidak dapat dilihat dan didengar. Kita percaya roh ada bersama jasad dan ianya kekal sehingga manusia mati.

Tapi pelik, mengapa susah sangat kita akan dihidupakan semula untuk melihat siapa yang terbaik amalannya di atas muka bumi.

"Thabbit kulubana ala dinik"

22 October 2010

MANUSIA DAN KITA


Assalamualaikum...

Itulah manusia. Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Dua diberi, empat ditagih. Sedangkan dua melebihi keperluannya.

Maka manusia berkata "bukankah Allah menyukai orang yang tidak meminta-minta".

Hebat berfalsafah!!.

Manusia perlu melihat ke hadapan dan ke belakang. Adakah pemberian dua menjadi ianya bersyukur??. Sedikit bersyukur jangan tagih meminta. Sifat ujub, riak, hasad, dengki pasti kunjung tiba.

Oh.. kita rupanya manuisa.



"Thabbit kulubana ala dinik"

22 August 2010

AKIDAH : AKAR YANG PERLU KUKUH


Assalamualaikum...

Kepercayaan merupakan asas dalam beragama. Dalam Islam, kepercayaan-kepercayaan disebut sebagai ilmu Akidah.

Tatkala manusia mencari kebenaran dalam beragama, Islam memberi peluang yang luas untuk memperdebatkan, memperbezakan, memperbandingkan antara agama-agama agar kebenaran dapat diketahui.

Mengapa perlu ditakuti perkara di atas kebenaran bukan?

Kerana itu apabila sesuatu masalah berlaku ruang untuk perbincangan dan perdebatan perlu diadakan. Bukan masalah berlaku tindakannya ialah tangkap orang itu dan ini...


"Thabbit kulubana ala dinik"

18 August 2010

TAUBAT PERLU TINDAKAN



Assalamualaikum...

Kita hendak taubat dan sudah tahu syarat-syarat taubat tetapi kita tetap berada di alam yang sama. Adakah dengan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan barulah diri tidak melakukan kejahilan kembali?

Mimpi yang negeri!

Kemalangan yang hampir meragut nyawa!

Kesakitan yang tidak boleh sembuh!

Sedar dan ingatlah. Umur yang sihatan itu petanda Allah SWT sayang kepada kita lagi. Kita diberi peluang supaya mengambil langkah taat kepada-Nya. Jua bertaubat kepada-Nya. Allah SWT sesekali tidak berhajat kepada makhluk dan makhluk sememangnya berhajat kepada penciptanya.

Jangan sampai murka Allah jatuh ke muka kita...


"Thabbit kulubana ala dinik"