22 November 2006

SALAH KE SILAP...

kenangan terakhir di kuliah adab Tetouan


Assalamualaikum. Terima kasih kerana melawat blog ini...


Pening betul kalau cerita pasal tingkah-laku orang. Tingkah laku tu akhlak la. Pelik tull orang zaman sekarang...

Kalau kita tegur kat orang; ni tak baik, tu tak baik, nanti orang yang kita tegur pun kata kat kita balik "orang tu buat boleh" tak pun dia kata "eleh dia pun buat". Jadi sekarang salah siapa??

Tingkah laku ni bukannya boleh diperbaiki sendiri. Tetiba je orang tu jadi baik. Macam kereta jugak la, kalu rosak mana boleh elok sendiliiii..

Tu sebab kita kena menuntut ilmu untuk memperbaiki tingkah-laku kita, tak boleh main agak-agak je. Orang sekarang ni banyak main teka-teka je, kalau bertentangan dengan dia belajar(ilmu yang dia ada), mula la sibuk kata tu salah, ni salah...

Nak cerita bab ilmu ni panjang. Nak pendikkan cerita, ilmu ni kunci segala perkara

"al-ilmu imamu al-amal, walamalu tabiuhu"

maksudnya: ilmu itu laksana imam kepada amalan dan amalannya itu pengikutnya

Jadi tak salah aku katakan, nak baiki tingkah-laku ni mesti belajar dan berlatih. Kalau semalam kita cakap bodoh, bangang, bahlol, hari ni kita berlatih cakap Allah, Allah, Allah.

Cuba kita sama-sama fikir, kalau nak hebat bermain bola, mesti berlatih berhari-hari... kalau nak laju menaip, mesti bukak pc hari-hari tak pun main 'YM' tiap masa ke... Tak kisah la nak apa pun, yang penting mesti berlatih untuk mendapatkan sesuatu.

Nak baiki tingkah-laku ni pun mesti berlatih tapi mesti mengikut petunjuk yang benar. Alaa.. macam kita la kalau nak solat mesti belajar feqah. Begitu jugak dengan tingkah-laku.

Ni aku nak bagi sikit formula nak baiki tingkah-laku kita. Formula ni aku amik dari nukilan Iman Ghazali dari kitab Ihya Ulumuddin

1. berguru dengan guru yang dipercayai
2. berkawan dengan kawan yang bagus akhlaknya
3. saling bermaafan
4. ambil ikhtibar dari kesalahan orang lain

nak lebih tau lagi pi baca sendiri ye. Em..

"Hati yang lapang adalah jiwa yang suci, hati yang paling suci mulia adalah jiwa yang paling dekat dengan ALLAH yang abadi"

-HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERZIKIRLAH MENGINGATI ALLAH DENGAN SEBANYAK BANYAKNYA-
( 33:41)

2 kritikan:

sh_alkhair said...

tak best gambar!ade sorang kurang, muahahaha!

Bagus post, itulah kite kene saling ingat mengingati antara satu sama lain untuk mengubah tingkah laku diri, dan tuan empunya diri plak, rajinkan muhasabah diri, kerana dengan itu kita boleh tengok kelemahan yang ada pada diri kita sekaligus mencari jalan untuk mengatasi masalah.

firman Allah s.w.t : " Fazakkir fainna azzikra tanfa3ul mukminin.

Ya itulah dia konsep fazakkir.

MOHAMAD AKMAL said...

al_alkhair: terpakse la tak de gamba,almaklumla...

tul tu, itu la konsep yang sepatutnya kita terapkan