Assalamualaikum...
Hidup perlu diteruskan. Nau'zubilla mereka yang membunuh diri kerana bosan untuk meneruskan kehidupan. Memang tidak dinafikan, hidup ini penuh cabaran. Terlalu...
Kalau dikira-kira sekarang, umur aku belum mencecah 20-an. Remaja lagi. Mana mungkin tulisan aku ini hebat seperti blog Saifulislam atau blog Diary Seorang Mujahid. Sedikit benar ilmu yang aku ada berbanding mereka. Kenapa ilmu??. Sebab ilmu dapat kita rasakan. Rasa dengan mata hati.
Ilmu adalah satu permata yang amat bernilai. Tidak dinafikan ibadah(amal) juga adalah permata yang amat bernilai. Kedua-dua permata ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan. Betul??
Cuba renungkan ungkapan ini "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah" Kalau para pelawat tidak berpuas hati dengan ungkapan ini, cuba tambah sedikit pada perkataan itu: ...."pokok rambutan"......
Oleh itu, sama-sama kita menuntut ilmu dengan 'semampu' dan 'seikhlas' yang mungkin. Ada pepatah mengatakan
"sudahlah menuntut ilmu itu sukar sekali, penuntut ilmu pula sedikit sekali, sudah la sedemikian, penuntut ilmu pun sedikit sekali yang bersungguh-sungguh, kemudian sedikit benarlah penuntut ilmu yang sampai tujuannya(berkat)"
nak cerita pasal ilmu ni panjang lebar, maka
sekian....
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
3 days ago
2 kritikan:
Kelebihan orang berilmu memang nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Katakanlah lagi (kepadanya);"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (az-Zumar:9)
Kata imam as-syafie lagi dalam kitabnya(diwan al-imam as-syafie)tentang bagaimanakah cara untuk mengecapi ilmu yang bermaksud : Sedaraku.. ilmu tidak dapt dikecapi melainkan dgn enam perkara, aku akan terangkan penjelasannya secara terperinci : cerdik, tamak, rajin,. ade harta mendampingi guru dan waktu yg panjang.
yang dimaksudkan dengan tamak di situ ialah berkeinginan yang mendalam atau tinggi dalam menuntut ilmu.
wahalluma jarran..
Terima kasih memberi sedikit peringatan
Post a Comment