Assalamualikum...
+ nama saya Ahmad bin Abd Karim
+ saya tinggal di kampung sijangkang
+ emak saya bernama Aminah
+ saya sangat sayang emak
+ ayah saya bekerja sabagai cikgu
....................................................................................
+ saya Ahmad
+ saya bekas pelajar sekolah rendah Agama Sijangkang
+ saya akan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
....................................................................................
+ nama diberi Ahmad Abd Karim
+ saya bekas pelajar di negeri Selangor
+ tujuan saya hadir ke program ini adalah bermatlamatkan ukhwah
+ saya berharap agar saya dan rakan-rakan, meletakkan iman dan Islam sehingga akhir hayat
Nampak tak urutan bicara di atas. Apa komen anda??
Cuba kita lihat setiap satu-satu perbualan "taa'ruf" di atas. Berbeza bukan?. Itu menandakan penambahan umur membuatkan manusia berfikir secara matang dan bernas. Hatta, pada sesi taa'ruf sekalipun.
Orng kata "tak kenal maka tak cinta". Kerana itu setiap sesuatu perlu kepada pengenalan. Sudah berkenalan baru la bercinta. Tak begitu.....
Sesi taa'ruf juga menampakkan ke"gah"an seseorang itu.
Benar??
ya??
Sekiranya benar, maka isi juga perlulah matang dan bernas. Jangan luaran saja cantik tapi dalaman ala-ala "hidup segan mati tak mahu".
Dalaman tu apa.. hem.. segala akhlak dan tingkah laku kita. Jangan bermaniskan mulut sahaja, tapi akhlak juga.
Pergilah belajar tinggi-tinggi, pasti orang lihat pada akhlak dulu, baru menilai yang lain... percaya tak
Jangan takut untuk berubah....
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
3 days ago
0 kritikan:
Post a Comment