
Tidak hairan dengan tindakan diri sendiri, tapi hairan dengan tindakan orang lain. Padahal suatu masa, kita kadang-kala menghairankan orang lain, tapi tidak menghairankan diri sendilri.
Melihat sesuatu dari sudut yang satu menerapkan natijah yang kurang baik. Contoh: Ali selalu mencarut terhadap kawan-kawannya. Natijah yang selalu kita ambil, Ali budak jahat dan patut dijauhi.
Dari sudut logik akal memang patut kita lakukan terhadap Ali sedemikian, bahkan mungkin lebih dari tindakan itu. Tapi pernahkah kita terfikir, siapa Ali?..
Ali juga seperti kita: manusia : dikelilingi lima elemen seperti kita juga. Berdasarkan lima elemen ini, akan mempengaruhi kehidupan sebagai seorang manusia.
1. Pendidikan : apakah diterapkan pendidikan yang mengajar erti kesopanan dan kesusilaan.
2. Pengaruh rakan: elemen ini perlu diperhatikan
3. Alam sekitar: suasana persekitaran sama ada di rumah, sekolah dan lain-lain
4. Sokongan : merupan elemen yang mempengaruhi sesuatu
5. Diri sendiri : adakah mempunyai daya kecekalan yang tinggi
Mudah-mudahan kita termasuk manusia yang menggunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu itu dari sudut yang pelbagai. Sila lihat gambar yang tertera, apa yang kita perhatikan…..
*biasanya kita akan tertumpu pada permainan bulat dan pangkah. sekiranya diperhatikan lagi gambar tersebut mempunyai empat warna berbeza.sekiranya diperhatikan lagi warna putih adalah mejoriti dari warna-warna tersebut.sekiranya diperhatikan lagi.....akan pelbagai tafsiran yang pelbagai lagi.perhatikan la sesuatu itu.
0 kritikan:
Post a Comment