02 August 2007

BAHAGIA..


Bahagia...setiap orang menginginkan kebahagiaan tapi kebahagiaan bagaimanakah yang dicari oleh setiap orang.Bagi orang yang sakit, sembuh dari penyakit itulah kebahagiaan bagi mereka. Bagi orang yang sedang lapar pula, kekenyangan itulah kebahagiaan. Setiap orang mempunyai berbagai-bagai tafsiran mengenai kebahagiaan. Sedar kah kita, hakikat kebahagiaan itu adalah datang dari sejauh mana kita redha atau bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jika setiap orang sentiasa redha dengan apa yang ada maka tidak akan terdengar lagi orang mengatakan bahawa diri mereka tidak bahagia. Maka hendaklah setiap orang REDHA dan BERSYUKUR dengan apa yang ada nescaya akan terbitlah KEBAHAGIAAN dalam diri mereka...

"Laiin syakartum laazhidannakum....."

0 kritikan: