Selamat menyambut kedatangan waktu pagi dengan penuh keimanan dan keislaman. Hari-hari kita mengatakan bahawa diri ini seorang Islam, tapi terlupa akan tanggungjawab seorang Islam. Hari-hari kita mengatakan bahawa diri ini dalam keimanan, tapi terlupa akan tanggungjawab seorang yang beriman.

Tidak perlu bermodalkan duit ataupun harta yang melimpah, tapi cukup dengan berbekalkan pemikiran dan akal. Bangun sahaja dari tidur, marilah kita sama-sama berdoa, berazam dan memikirkan bahawa Allah itu wujud serta kita yakini kewujudannya.
Adanya tahi burung bukti adanya burung, adanya tapak kaki bukti kesan seseorang berjalan, adanya langit serta awan bukti ada yang mentadbirkannya.
Dan yakinilah bahawa penciptaan manusia bukan sia-sia.
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment