16 December 2007

MATA UNTUK MELIHAT


Assalamualaikum..

Hebatnya mata yang diciptakan oleh penciptaa. Tidak perlu di"install" untuk menggunakannya, tiada "megapixel" yang tertera padanya dan tiada bayaran untuk menggunkannya. Hanya terserah pada kita untuk menggunkan dengan sebaiknya atau sebaliknya.

Mata tidak akan berfungi tanpa bantuan unsur yang lain seperti cahaya. Ini membuktikan bahawa mata mempunyai kelemahan dan memerlukan unsur yang lain untuk melihat sesuatu diluar batas oleh kepekaan mata.

Mana mungkin mata dapat melihat matahari, kuman, sesuatu didalam gelap dan melihat sesuatu yang jauh tanpa pertolongan alat bantuan.

Begitu juga kita, tidak mampu melihat perkara-pekara yang ghaib seperti angin, syaitan dan malaikat tanpa alat bantuan. Kadangkala kita pernah bertanya pada diri " kenapa agaknya kita tidak dapat melihat pencipta supaya keimanan bertambah kuat?". Jawapannya kerana kita tidak menggunakan "mata hati" untuk melihat kebesaran penciptaannya. Justera itu, kita mempu meyakini bahawa pencipta yang maha bijaksana wujud.

Lihatlah alam, siapakah yang mentadbir bumi, matahari, langit, awan tanpa ada kecacatan sedikitpun??.

Pelajarilah bagaimana menggunkan "mata hati".

"thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: