14 December 2007

MUNGKAR


Assalamualikum..

Memang perlu menegah dari kemungkaran. Adalah yang utama memusuhi kemungkaran pada diri sendiri. Kerana itu manusia perlu berhati-hati pada setip masa dan waktu agar tidak berterusan melakukan kemungkaran.

Kemungkaran bukan sahaja perlu ditangkis melalui diri sendiri, bahkan perlu menangkis melalui kumpulan. Apabila kemungkaran dilakukan sendirian, ditakuti tersalah jalan, sedangkan berada di bawah satu kumpulan, kesalahan diri sendiri akan ditegur oleh ahli kumpulan.

Berkata cerdik pandai:
"berkumpulan itu tidak akan sesekali-sekali dalam kesesatan"

Apakah tentera Yahudi di Palestin perlu diperangi dengan sendirian??. Apakah mempertahankan negara dari seranagan penjahat hanya memerlukan seorang diri??. Apakah formula menegah manusia menjahui arak sedangkan telah berleluasa penggunaannya??. Adakah Islam itu hanya diadaptasikan pada diri seseorang sahaja sedangkan pada aspek lain tidak diambil kira seperti pembangunan, masyarakat, ekonomi dan negara??.

Jadikan Islam sebagai gaya hidup. Islam bukan dipandu, tetapi memandu.


"thabit kulubana ala dinik"

2 kritikan:

Anonymous said...

mal, aku trse ng gmbo 2..huhu

Anonymous said...

huhu..aku amik dari fs azam