
Telah lama aku di dalam alpa dalam kegelapan memburu fatamorgana mengikut nafsu mengaut kepuasan hingga kini tiada jawapan... aku terus menerkam bayang-bayang tanpa sedar maruah diri telah hilang, segala tergadai tiada yang membela mutiara yang hilang tidak akan pulang... oh sampai bilakah aku akan begini mengikut nafsu yang infiniti... hari-hari depan tiada aku fikirkan lebih-lebih lagi kehidupan yang hakiki di akhirat... Ya Allah dosaku ibarat pasir di pantai, buih dilautan dan bintang di langit, banyaknya sehingga tidak dapat dihitung.. Tidak kita dijadikan oleh Allah dengan begitu sahaja... kita dijadikan untuk mengabdikan diri dan beribadah sebagai hambaNYA... Ketahuilah kasih sayang Allah melebihi kasih seorang ibu walau selangit dosa-dosa kita, DIA akan sudi mengampunkannya..
"Rabbana zolamna anfusana wainlam tagfirlana watarhamna lakunanna minal khasirin"
0 kritikan:
Post a Comment