
Assalamualaikum..
Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, yang telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya. Mempunyai tangan yang mampu untuk menulis, mempunyai kaki yang mampu berjalan, mempunyai akal yang mampu berfikir baik dan buruk dan segala anggota badan yang mampu untuk bekerja.
Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, manusia adalah makhluk yang dicipta dengan keunikan yang tersendiri. Mempunyai nafsu dan akal yang mampu berfikir...
Alhamdulilah.. segala pujian bagi Allah, kerana menciptakan manusia yang mempunyai had tertentu. Mata yang hanya dapat melihat jarak kurang dari 1000m, hidung yang hanya mampu menerima udara bersih, mulut yang hanya mengeluarkan bunyi apabila anak tekak digerakkan, tubuh badan yang perlu direhatkan pada setiap malam dan segala yang diciptakan hanya bekerja mengikut apa yang diciptakan.
Memikirkan bentuk dan zat Allah adalah sesuatu yang mustahil selamanya. Memikirkan akan zatnya adalah sia-sia dan batil. Kewujudan Allah adalah benar dan wajib dipercayai. Manusia tidak mampu memikirkan akan zatnya kerana diluar batasan akal. Bagaimana akal yang terbatas ini ingin mencapai batasan di luar akal??... Adakah kaki yang diciptakan ini mampu terbang seperti burung apabila digerakkan dengan selaju-lajunya??.. Begitu juga dengan kemampuan akal untuk memikirkan.
Semasa di rumah, lihat sekeliling dan mendapati barang-barang yang wujud tidak terjadinya dengan sendiri. Buku yang telah dibeli di kedai, dinding yang telah diatur oleh buruh binaan serta segala-galanya. Cuba pula di luar rumah, siapa pula yang menciptakan langit, bukit, pokok, ayam, ikan, awan, matahari??...Siapa pula yang mentadbirkan dengan baik segala-galanya itu?. Adakah matahari keluar di waktu malam??.. Siapakan yang membentuk gunung??.. Siapakah yang menggerakkan bumi??..mustahil ianya bergerak dengan sendiri.
Maka, fikirkanlah akan siapa pencipta segala ciptaan di dalam alam ini kerana akal yang berfikir mampu untuk memikirkan akan kewujudan yang maha besar (Allah) dan tidak mampu untuk mengetahui rupa (zat) yang maha besar.
Hanyasanya Allah sahaja yang layak disembah....Lailahail Allah
"thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment