27 January 2008

TABIAT


Assalamualaikum..

Setiap hari kita memerlukan sesuatu yang baru agar diingati dan diyakini. Apabila jiwa kita meragui kekuasan ilahi, maka bersegeralah memperbaharui kepercayaan kekuasaan kepadaNya. Di mana kita berada, tanda kekuasaanNya pasti wujud.

Apabila berada di dalam rumah, perhatikanlah siapa yang menyusun dan membina rumah sehingga dapat berlindung dari panas dan hujan. Benda yang berada di dalam rumah, tidak terjadi dengan sendiri melainkan ada seseorang yang menyusunnya. Dan tidakkah kita berfikir apabila berada di luar rumah?. Langit, matahari, bulan, awan; adakah terjadi dengan sendirinya tanpa perselisihan yang berterusan.

Perhatikan kereta kancil; apakah kereta tersebut mampu berubah menjadi besar apabila si pemakai telah lama menggunakannya?. Perhatikan pokok; semakin lama, semakin membesar. Tidakkan pembesaran pokok itu satu ciptaan yang sangat hebat?.

Pokok bergoyang dengan sendirinya tanpa melihat apa yang menggerakkannya?.
Kalau angin, tapi apakah bukti yang menunjukkan ia wujud?. Kalau mengatakan kewujudan sesuatu benda boleh dibuktikan dengan merasa, mengapa kita selalu menafikan kewujudan pencipta dengan tabiat. Tabiat memerlukan pertolongan yang amat berkuasa di alam ini.

Sangat mudah mengetahui pencipta yang sebenar kerana ia adalah sebahagian tabiat kita. Melakukan kerosakan adalah hasil dari bisikan hati kita, sedangkan tabiat adalah hasil dari akal dan disalurkan di seluruh anggota kita. Cuba berfikir sejenak akan kematian yang bakal menjelma, adakah hati yang berbisik atau seluruh anggota kita yang merasai kegerunannya?.

Mudah bukan mengetahui pencipta sebenar kita?.

"thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: