Assalamualaikum..
Anugerah yang tidak ternilai oleh manusia adalah bertuhankan Allah yang Esa. Ada pada dirinya keyakinan bahawa tiada tuhan selain Allah, membawa diri ke lembah yang selamat iaitu terselamat dari penghalang kebatilan.
Sifat kebanyakan manusia yang takut untuk berubah, menjadikan malas berfikir. Takut berubah kerana sangkaannya telah berada di "zon selesa". Makan, minum, tempat tinggal dan pakaian telah diperolehinya, maka dirinya berkata "Cukuplah bagiku".
Rasul yang diwahyukan kepada manusia serta seisi alam ini supaya mempercayai Allah adalah pencipta segala pencipta dan Dia sahaja yang layak disembah perlu disyukuri. Justeru itu, rasul juga diwahyukan supaya mengajar kematian bukan tamatnya perjalanan perlu difikiri.
Kefahaman yang teramat sangat mudah bahawa, Allah sahaja layak disembah dan alam akhirat adalah benar. Dengan dua perkara ini, Allah memerintahkan rasulnya supaya mengajar manusia kaedah yang benar hidup di dunia. Kaedah yang bermaksud pensyariatan tanggungjawab kepada Allah, masyarakat dan alam.
Kerana itu, apa-apa yang dilakukan, mengajar maksud Allah melihat dan akan dipertanggungjawb di akhirat kelak. Makan, minum, berjalan, berlari, belajar, tidur, bekerja, memerintah, mentadbir, dan segala-galanya.
"Thabit kulubana ala dinik"
p/s : Sekarang ni aku tak berkesempatan nak meng"up date" kerana dalam permusafiran. Di sini aku sertakan tulisan lama aku. Jumpa lagi....
3 kritikan:
tq on the reminder
Salam to akmal n anip...Entry yg bagus.. Meninsafkan .. Anyway , uncle tuh kmsalam semula pada awak..hehehehe
Cukup bila berada di zon selesa menandakan fikiran mereka kurang waras. Betul tu.
Post a Comment