25 February 2008

ISLAM UNTUK SEMUA

Assalamualaikum...

Hidup kemana dan dimana, tanggungjawab makhluk bernama manusia pasti tidak terlepas. Tanggungjawab manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

Apakah ''kesusahan'' sia-sia sekiranya ''kesenangan'' adalah tujuan hidup di dunia ini?. Sekiranya begini, tidur dan makan adalah lebih baik bagi diri seorang manusia itu. Kesusahan dan kesenangan adalah cubaan dan tarbiah dari Allah SWT sama ada seseorang itu berpegang pada "taliNya" atau tidak.

Jalan yang ditetapkan supaya berada di posisi yang benar mencerminkan kehidupan ini sesat dan melalui petunjuk kehidupan menjadi benar. Petunjuk berterasakan al-Quran dan al-sunnah mempunyai kaitan bersama akal bahawa "kebenaran" tidak akan bermusuhan antara kedua-duanya (al-Quran dan al-sunnah+ akal).

Justeru, perkaitan ini membuktikan akal tidak berfungsi sepenuhnya tanpa petunjuk dari al-Quran dan al-sunnah serta sebaliknya. Benar, makan sayur akan menguatkan tubuh badan seseorang, tetapi adakah makan sayur itu akan menjadikan seseorang berakhlak seperti tidak melakukan pembunuhan, perompakan, rasuah, curi, ragut, merogol dll?.

Apabila dikatakan "kehidupan" apakah diertikan makan dan minum sahaja?. Berlari, berjalan, makan, bekerja, berborak, memandu, mentadbir, berbicara, apakah ini bukan kehidupan?. Hanya makan dan minum diertikan ''saya hidup bersama Allah" kerana perlu berdoa supaya dihindarkan dari peneman syaitan?.

Oleh itu, kehidupan sebenarnya berteraskan akal dan petunjuk. Maka kita perlu meletakkan petunjuk ini di atas segala-galanya. Apa yang menyimpang dari petunjuk ini menyebabkan terbatalnya jalan yang hendak dilalui. Petunjuk itu adalah Islam.

Apabila dikatakan Islam, ada yang mengatakan Islam untuk orang Islam sahaja bagi tujuan mengelirukan kesempurnaan Islam ini. Apabila pandangan ini tidak disekat, lama-kelamaan Islam berupa jenama dan dilihat berupa solat, haji serta zakat sahaja.Pandangan berupa "Islam untuk semua", kini sebenarnya telah lenyap, maka atasilah bersama.

"Thabit kulubana ala dinik"

p/s : masih bermusafir...

2 kritikan:

Anonymous said...

Buang yang keruh ambik yang jernih heh!

Mak Su said...

teruskan berkelana