14 February 2008
MARI MELIHAT ATAS
Assalamualaikum...
Istimewa bagi yang berfikir dan masih berkesempatan bagi yang malas berfikir. Sebut saja putaran jam maka terbayang waktu berjalan. Sesaat pun waktu tidak akan menunggu kita, apatah lagi bersaat-saat yang dilepaskan.
Siang dan malam saling berganti tanpa henti. Gelap tiada terang menunjukkan malam. Kerana malam matahari bersembunyi dibalik bumi yang kita jejaki. Siang terang kerana disebalik malam itu. Ini tandanya matahari, bumi dan bulan saling berputar tanpa perselisihan satu pun.
Gerakan jarum jam kerana beteri, gerakan matahari, bumi dan bulan kerana apa?. Kereta bergerak tanpa perselisihan kerana penunjuk jalan, matahari, bumi dan bulan saling bergerak tanpa perselisihan pula kerana apa?. Seolah-olah wujudnya satu garis panduan.
Akal yang sehat dan sejahtera akan menidakkan segala-galanya adalah bergerak dengan sendirinya. Mana mungkin rumah tertegak sendiri tanpa perancangan dari tangan yang melakukan.
"Thabit kulubana ala dinik"
p/s : Gambar dinaqol dari sini
2 kritikan:
Ini tandanya matahari, bumi dan bulan saling berputar tanpa perselisihan satu pun.
Setahu saya, matahari statik pada tempatnya.Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Matahari. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
mungkin laman web ini membantu anda
http://ms.wikipedia.org/wiki/Matahari
mungkin saudari boleh cari maklumat lain dari buku² atau laman web lain untuk mensahihkan lagi kenyataan ini.
Post a Comment