Assalamualaikum..
Semangat ini hanya muncul 4 atau 5 tahun sekali. Apa salahnya sesekali melayan semangat ini dengan meletakkan "wazan ilmiah" sebagai hakim. Apakah kita yang ingin melihat "Malaysia baru" terbentuk, menghancurkan semula setelah melihat langkah-langkah barisan rakyat menghapuskan DEB yang dikatakan "menjaga kautamaan Melayu".
Berfikirlah wahai parti dulu, kini dan selamanya, bukankah barisan rakyat ini akan menggali lubang kubur sendiri pada PRU13 apabila pemansuhan DEB tanpa alasan yang sesuai??.
Selangkah kita berfikir, seratus langkah jawapan ditemui.
Apabila membuka lembaran tulisan, dua aspek penting perlu diteliti. Adakah kita sebagai pembaca memperjuangkan Melayu atau memperjuangkan keadilan?. Kalau kita benar-benar bijak, apa salahnya kita menjadi kedua-dua aspek ini.
Mengapa?
Kerana Malaysia diduduki oleh pelbagai lapisan bangsa terutamanya Melayu, Cina dan India. Apabila kita melihat pada pandangan Melayu kita sebenarnya telah Melayu. Apabila kita melihat pada pandangan selain Melayu, sebenarnya kita telah tersedar bahawa Malaysia bukan ada Melayu sahaja bahkan bangsa lain.
Apabila anda telah mengaku akan kepelbagaian bangsa ini, maka bersaksilah bahawa di sinilah titik pertemuan yang sangat jarang dimiliki oleh negara lain. Rakyat Malaysia akan melakarkan sejarah sendiri dan bukan mengikut sejarah negara lain. Orang kata ini adalah "babak baru" pada buku, tapi sebenarnya ini adalah suatu "buku baru" buat Malaysia. Berbanggalah rakyat Malaysia...
Sesekali melayan mereka yang berfikiran negetif terhadap pakatan rakyat yang dikira baru berputik terasa seronoknya. Mungkin mereka ingin begini selamanya.
+Orang Melayu perlu bergantung pada UMNO untuk menjamin hak keutuhan Melayu di Malaysia
+Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu, maka memperjuangkan nasib melayu ialah menegakkan Islam.
+Malaysia ini adalah tanah orang Melayu, maka selain melayu adalah penyibuk dan jangan membuat rundingan dengan mereka. Mereka selain Melayu suka membuat huru hara.
+Orang selain Melayu ni kafir, maka apa-apa jalinan hubungan pada mereka terbatal, mereka tidak boleh mencadang dan tidak boleh menjadi pemimpin.
+Orang selain Melayu ni suka menipu, maka jalinan antara Melayu supaya tidak terkena tipu diperlukan.
+
+
+
...... maaf, artikel terpaksa dihentikan di sini
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment