25 April 2008

ADANYA ALLAH?


Assalamualaikum..

Maka tercari-cari siapakah yang menguasai alam ini tanpa cacat-celanya. Manusia, adanya perasaan untuk mencari suatu kuasa yang besar yang padaNya menguasai langit dan bumi. Perasaan ini adalah fitrah.

Makan untuk menghilangkan lapar, tidur untuk menghilangkan mengantuk, berubat untuk menghilangkan sakit. Ini semua adalah fitrah manusia yang tidak dapat tidak, untuk dielakkan. Begitu juga fitrah manusia akan merasai suatu kuasa yang dapat membantunya.

Mari kita kembara minda bagaimana rasanya apabila kita terkurung dalam bilik yang serba gelap. Tiada satu pun cahaya yang dapat dilihat.

Siapakah yang kita minta supaya pertolongan datang?
Siapakah yang kita harapkan agar dipermudahkan kesusahan tersebut?
Siapakah yang kita mahukan agar keadaan kembali selamat?

Padahal perasaan-perasaan tersebut tidak pernah kita pelajari, tetapi kerana fitrah manusia begitu, maka pergantungan terhadap suatu kuasa yang menguasai alam adalah amat dan teramat perlu.

Semakin berusaha untuk mengetahui siapa pencipta alam ini, semakin bertambah ilmu keyakinan. Kerana apa?.

Kerana mustahil bagi alam ini dikuasai oleh dua pencipta bahkan mustahil lebih dari itu. Apabila adanya dua pencipta, kesan besar itu sebenarnya kita mampu melihatnya.

Masakan tidak, kerana yang pertama inginkan siang dan yang kedua inginkan malam, yang pertama ingin sesuatu itu bergerak yang kedua ingin sesuatu itu diam. Walahal sesuatu yng bertentangan mustahil dalam suatu keadaan dan masa. Hitam campur putih, apakah warna yang terjadi??.

Kalau kita katakan pencipta saling bersepakat. Sekejap bergerak, sekejap diam, sekejap malam, sekejap siang. Kalau begini, maka pencipta-pencipta tersebut saling memerlukan antara satu sama lain dan ini mendedahkan kelemahan masing-masing.

Kalau lemah, maka itu bukan yang kita inginkan. Kita inginkan tuhan yang berkuasa atas sesuatu itu.

Maka tidak syak lagi bahawa tuhan itu wajib satu. Satu yang tiada dua dan lebih. Siapa Dia??. Dia adalah Allah taala yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Bangun tidur, Allahlah yang perlu kita dahulukan, buat kerja, Allahlah yang perlu diingati. Maka konsep ini telah ditunjuki oleh Islam yang serba tiada kekurangan. Bagaimana ingin melakukan kejahatan sekiranya Allalah matlamat sesuatu yang dikerjakan?.

Sebagai Islam, apatah lagi pemimpin atau pemerintah Islam, konsep "lillahi taala" adalah konsep yang perlu ditekani. Ini tidak, konsep bagsa juga dititiberatkan. Nyah kau mati bersama konsep yang tiada faedah itu.

Maka dipersoalkan mereka yang tiada maruah itu, "bagaimana jika tidak diterima masyarakat akan konsep lillahi taala?"

"Soalan ini kerana kau rimas dengan Islam bukan?." "Tidakkah kau tahu bahawa Islam menyeru supaya mempercayai Allah dan tidak menyeru supaya pemaksaan supaya memasuki agama Islam".

Hidayah adalah penentuan Allah. Maka di sini, tidakkah kau lihat jalan dan usaha yang terbaik untuk memahami konsep ini adalah pendidikan. Oleh itu, awalilah masyarakat dengan pendidikan....

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: