27 June 2008

ARAK DAN PENGHARAMANNYA

Assalamualikum...

Arak di dalam Islam adalah haram. Haram tidak bermaksud tidak boleh di sentuh. Sama seperti khinzir, haram dimakan, tetapi tidak berdosa dipegang atau disentuh. Kita berasa pelik, sejak projek ternakan khinzir di Selangor dinyatakan, ada "puak-puak" yang membantah projek tersebut dengan berhujah, makan khinzir haram, justeru menyentuh pun haram. Ajaran siapa ni?.

Pengharaman ini telah dinyatakan di dalam al-Quran secara berperingkat. Ini bermaksud, pengharaman arak yang berkesan adalah dilakukan peringkat demi peringkat. Apatah lagi kita di zaman fitnah ini. Orang kata; bukankah al-Quran telah sempurna, maka pengharaman arak perlu dilakukan terus?. Kita kata; ajaran siapa ni?.

Begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor, kesan 50 tahun pemerintahan BN tidak dapat mungkin dihapuskan secara terus. Strategi demi strategi perlu dilakukan bagi memastikan tiada kesan yang besar sekiranya kilang arak ditutup.

Bayangkan ada seribu orang bekerja di kilang tersebut. Secara mengejut kilang tersebut ditutup. Apakah yang perlu dilakukan seribu pekerja itu untuk mendapatkan pekerjaan yang setanding dengan kerja asalnya?. Lebih-lebih lagi zaman yang dibebani dengan kenaikan minyak ini.

Hujah ini bukan mengatakan saya menyokong pembukaan terus kilang tersebut, tetapi penyelesaian perlu kepada kebijaksanaan.

Ada pula mengeluarkan pendapat, PAS di dalam PR sama sahaja bersekongkol dengan BN. Ya, nampak macam sama, tapi bau berlainan. Lihat sahaja tindakan Pemuda PAS yang membantah konsert Ela dan Mas Idayu dan mendapat perhatian kerajaan PR. Berbanding BN, apakah ada ruang sekiranya bantahan dilakukan?. Dengar pun tidak...



"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: