Assalamualaikum..
Setiap hari kita berbual dan berborak dengan kalimah yang berulang-ulang. Tidakkah kita sedar, dua juzuk penting yang selalu kita gunakan untuk berkomunikasi iaitu "soal dan jawab". Perhatikan di sini;
Dah makan?.
Belum..
Mana ko pergi tadi?.
Jalan-jalan pantai kejap, ko masak apa hari ni?.
Sambal ikan... Ikan tu sorang dua ekor tau?.
Beres..
Apabila kita tersedar kepentingan dua juzuk ini, kita akan sentiasa berhati-hati dalam berkomunikasi. Apa tidaknya, cuba kita lontakan satu persoalan yang kontroversi "sapa kentut ni?" maka ada 3 rakan kita yang mendengar soalan itu dan ketiga-tiga rakan menjawab penafian bagi mempertahankan dirinya tidak kentut. Dalam jawapan tersebut timbul tuduh-menuduh antara satu sama-lain sehingga melarat api kemarahan.
Lihat, dengan satu persoalan sahaja timbul " mazmumah". Tuduh-menuduh dan marah memarahi. Bagaimana sekiranya persoalan yang lebih banyak kita ajukan?. Apakah orang yang melontarkan persoalan itu tidak menyumbang kepada kemelaratan dosa?.
"Thabit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment