05 June 2008

NAIK BASIKAL

Assalamualaikum..

Sebagi seorang mat moto sejati pasti merasai kebimbangan kenaikan bahan bakar yang dikuatkuasakan pada hari ini (5 Jun 08). Walaupun empunya diri tidak berada di Malaysia, tetapi perasaan risau tetap ada. Risau kerana empunya diri adalah rakyat Malaysia.

Apakah perlu dizahirkan dengan kemarahan atau melontarkan kata-kata kesat terhadap pemerintah atau ada jalan lain bagi menyejukkan hati ini dan seterusnya meredakan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Alangkah seronok sekiranya diri kita berada di kalangan orang yang mendengar hadith ini :

Abu Hurairah ra menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. "Berilah aku nasihat." Baginda menjawab, "jangan marah". Maka diulangnya beberapa kali, kemudian baginda bersabda, "jangan marah". (Bukhari)

Justeru hati yang membara ini, dapat menghadapi kenaikan harga bakar dengan tindakan rasional dan bersepakat. Marilah kita menunjukkan sikap "protes" terhadap kenaikan bahan bakar ini dangan kebolehan yang sedia ada. Kenaikan harga minyak ini bererti kenaikan harga barang. Oh.. terlupa, barang-barang tersebut diangkut menggunakan basikal.

Sekiranya ingin melihat ulasan yang bagus, bolehlah melayari web ini, dan ingin melihat reaksi rakyat Malaysia tentang kenaikan bahan bakar ini, sila ke sini.

Dan alangkah indah, sekiranya hati ini juga merasai perjuangan Muslim di Palestin seperti merasai kenaikan harga minyak di Malaysia.


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: