02 June 2008
PMMM: ANTARA CINTA DAN SAYANG
Assalamualaikum..
Cinta adalah fitrah manusia. Dengan cinta sifat sayang tersemai dalam diri. Kadangkala cinta tidak menghasilkan bibit-bibit sifat sayang disebabkan kita menyalah tafsiran terhadap cinta itu.
Apabila cinta tersemai, segala yang susah menjadi mudah, segala permasalahan menjadi nikmat dan segala kerisauan menjadi ketenangan.
Cinta Allah adalah yang pertama dan cinta sesama makhluk hati yang memahami, tetapi cinta terhadap persatuan siapa yang tahu??. Begitulah kita, cinta itu difikir benda yang dilihat semata, tanpa berbicara cinta itu adalah anugerah terhadap semua perkara.
Setelah cinta itu difahami, maka sifat sayang akan dimiliki. Kasih yang menghulurkan bantuan apabila kesusahan, kasih yang menimbulkan simpati apabila kepayahan, kasih yang akan bersama tika mendung dan cerah.
Kerana itu, cinta perlu disemai terhadap persatuan ini(PMMM), agar sifat sayang terhasil. Kalau bukan kerana sifat sayang itu ada, pasti kerjasama dan bantu-membantu tiada di dalam persatuan..
"Thabbit kulubana ala dinik"
0 kritikan:
Post a Comment