25 June 2008

POLITIK DAN PARTI PAS

Assalamualikum..

Selepas 8 Mac 2008 pelbagai versi politik Malaysia dibicarakan. Tidak kurang pula masyarakat yang berbicara ikan dan sayur bertukar arah berbicara pakatan dan minyak. Ada juga yang berbicara Malaysia bertukar Singapura ke-2 pada masa hadapan.

Ya, begitulah fitrah manusia apabila "tersedong" baru tersedar. Dalam hal ini, PAS yang berupa parti yang bertunjangkan wahyu Ilahi sudah lama menghidu akan permasalahan yang bakal terjadi di masa hadapan. Bukan kerana PAS sudah diturunkan wahyu , tetapi ajaran Quran dan sunnah itu sendiri telah membicarakan balasan-balasan bagi yang tidak menurut perintah Allah.

Perlu kita faham, rata-rata rakyat Malaysia apabila membicarakan politik, pasti terbayang wang, yang berhormat, ahli jawatan kuasa, perdana menteri dll. Itulah pembawaan yang dicipta oleh pemerintah Malaysia sekarang. Sebenarnya apabila membicarakan Islam, politik adalah sebahagian daripadanya. Lupakah kita bahawa, Islam adalah cara hidup?. Justeru, Islam itu politik, ekonomi, gaya hidup, akhlak, spiritual, muamalat dll.

Dalam politik Islam, perbincangan demi perbincangan sangat penting. Ini berbeza dengan hukum Fiqh yang membicaran tentang ibadah solat, puasa, zakat dan seumpamanya. Sesiapa yang berkelayakan boleh membicaran bersendirian. Berbanding politik sesuatu yang diputuskan berteraskan bersama. PAS melakukannya.

Apabila sesuatu dipersetujui kerana perbincangan yang ramai, mustahil persetujuan itu berunsurkan penipuan dan kemungkaran. Mana mungkin ahli yang membincangkannya dan terdiri dari mereka yang berpendidikan agama Allah, bersepakat dalam penipuan. Ini berbeza apabila seorang sahaja yang memutus walaupun berpindidikan agama Allah. Orang lain tidak mengetahui, dimanakah dia mendapat sumber apabila memutuskan keputusan?.

Oleh itu, apabila sesuatu keputusan PAS bercanggah dengan kita, penyelidikan demi penyelidikan amat diperlukan. Ini bagi memastikan mengapa dan kenapa PAS mengambil keputusan begitu serta begini. Perbezaan-perbezaan itu kita dapati kerana kita melihat sesuatu masalah berpunca dari kaca mata sendiri sedangkan PAS melihat sesuatu masalah dari kaca mata ramai. Pastilah ada perbezaan...



"Thabit kulubana ala dinik"

0 kritikan: