01 October 2008

1 SYAWAL 1429H

Assalamualaikum...

Allahuakbar, Allahuakbar wa nillahilhamd. 1 Syawal merupakan hari kejayaan umat Islam. Walaupun kita mengetahui umat Islam sekarang di ambang lemah, tetapi kita percaya, kita boleh bangkit semula seperti umat di kurun 1, 2, 3 dan ke-4.

Allhamdulillah, masih ada lagi mereka yang sensetif dengan perkembangan semasa. Sebelum ini saya ada menge"pos", "Memori Ramadhan 1249H" yang memaparkan koleksi gambar berbuka puasa di rumah duta. Pada pandangan saya, kesemua gambar tersebut agak sopan, tetapi atas dasar teguran, saya "menghazafkan" kesemua. Mungkin disana ada khilaf kecil berkaitan gambar-gambar tersebut tidak sopan.

Saya tidak berkecil hati, malahan saya mula terfikir, alangkah indahnya umat Islam mempunyai sensetif begini. Apabila melihat sesuatu yang tidak "molek" ditegur dan dinasihati. Seolah-olah menghidupkan kembali amar ma'ruf dan nahi mungkar.

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: