Apabila saya kata begini "Ali makan buah limau semalam".
Apakah yang anda faham tentang kata-kata saya itu?. Adakah Ali makan buah limau dan limau itu semalam punya atau anda faham semalam Ali makan buah limau atau anda faham kata-kata saya itu adalah persoalan atau anda faham ayat menyuruh atau anda faham lain?.
Kata-kata saya itu berupa 5 perkataan. Bagaimana jika beribu-ribu atau berjuta-juta di dalam sebuah karangan?. Adakah kita boleh berbangga diri dengan mengatakan faham membaca buku tanpa rujukan guru?.
Jangan sangka saya melarang anda membaca buku kerana takut tersalah faham, tetapi saya menasihati diri saya dan anda supaya berguru pada "perkara yang baru". Guru bukan sahaja di sekolah tetapi guru mungkin dari rakan-rakan kita. Dengan guru, kita dapat berinteraksi antara pertanyaan, jawapan serta pandangan.
Bagaimana lidah kita membaca ث ح خ س ش ص ش ع tanpa guru ya?
"Thabbit kulubana ala dinik"
1 kritikan:
Subhanallah. Sekian lama ana mencari analogi mudah dalam memberi faham kepada masyarakat tentang peripentingnya berguru..
Hari ini ana dah dapat. Jzk
Baru tahu yg nta ada blog. Semoga terus istiqamah :)
Post a Comment