09 November 2008

PENGARUH FALSAFAH


Assalamualaikum...

Kita akui, sifat 20 mempunyai pengaruh ilmu mantiq/logik/falsafah. Lihat saja kitab-kitab tersebut, pengajian sifat 20 banyak persamaannya.

Abu Hasan al-Asy'ari antara cendikiawan yang mempelopori metod berkenaan. Pada zamannya pembahasan ilmu tauhid secara falsafah amatlah berleluasa sehingga munculnya Muktazilah yang terkenal dengan kesesatannya. Pada asalnya Imam al-Asy'ari sebahagian daripada kumpulan tersebut, namun begitu beliau telah keluar dan bertaubat dikhalayak ramai. Kemudian, beliau juga telah meneruskan pengajian tauhid secara falsafah, tetapi selaras dengan al-Quran dan al-sunnah. Antara tujuannya adalah untuk memberi kefahaman masyarakat awam dan mematahkan kesesatan falsafah Muktazilah.

Para ulama telah berselisih dalam pengajian sifat 20. Mereka tidak berselisih bahawa sifat 20 mempunyai pengaruh falsafah, tetapi yang diperselisihkan ialah apakah ia dibenarkan di dalam pengajian tauhid?. Mereka yang membenarkan mengatakan, ia mempunyai unsur luaran tetapi ia tidak menyalahi al-Quran dan al-sunnah. Manakala mereka yang mengengkarinya pula mengatakan, pengajian tauhid hendaklah berteraskan terus kepada ajaran salaf dan tidak perlu kepada perantaraan mantiq dan falsafah. Wallahualam...


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: