25 November 2008

Pilihlah Pasangan Yang Tidak Merokok....


Baru-baru ini Mufti Perlis,Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mengeluarkan suatu cadangan kepada kaum hawa agar berhati2 dalam memilih calon suami supaya mereka lebih mengutamakan lelaki yg tidak merokok. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini, bukanlah ingin membuat suatu diskriminasi kepada golongan2 yang merokok ini, tetapi sebagai suatu dorongan kepada mereka untuk terus berhenti daripada meneruskan tabiat ini. Walaupun pelbagai kempen atau ceramah telah dijalankan namun ianya tidak membawa apa-apa kesan kepada mereka yang telah menjadi perokok tegar. Mungkin dengan cara ini dapat menimbulkan kesedaran kepada mereka moga-moga diberi hidayah daripada Allah sebelum mata tertutup rapat kerana perbuatan merokok ini memberikan kesan mudharat yang amat dahsyat sehingga boleh menyebabkan kematian dan ramai para ulama' telah berpendapat mereka yang terus dengan perbuatan ini digelar sebagai fasik... Moga Allah memberi keampunan kepada mereka. Berikut adalah penjelasan daripada Mufti Perlis...

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.


(copy dr blog "kembara seorang musafir")

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: