24 December 2008

HUDUD DI MATA KITA


Assalamualaikum...

Maka alkisah dikatakan kekecohan akan berlaku sekiranya hukum HUDUD akan dilaksanakan di Malaysia. Entah-entah hudud itu tidak diketahui maknanya, sudah melalak dan melolong seperti ayam telur sebutir.

Saya bukan ahli politik dan bukan ahli perundangan. Saya adalah Islam dan merupakan seorang muslim. Maka tiada agama yang diterima Allah melainkan agama ini. Bagi agama lain, seorang muslim mesti menghormatinya kerana tiada paksaan di dalam agama. (Tiada paksaan dalam agama bukan beerti meremehkan dalam agama).

Maka dikatakan bahawa, mempelajari solat, zakat, haji adalah menjadi kewajipan seorang muslim. Maka mengapa pula hukum hudud itu tidak menjadi kewajiban muslim?. Cuma yang kita maklum, perlaksanaannya perlu kepada kuasa pemerintah.

Sebagai "personal", kuasa melaksanakan hudud itu sebenarnya ada di tangan kita. Kuasa tersebut adalah "menyokong" pada pihak yang ingin melaksanakan. Dengan sokongan timbullah kerjasama, dengan kerjasama terpancarlah kekuatan.

Perlu kita faham, melaksanakan hudud sama dengan melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Solat tidak terlaksana sekiranya tidak Islam, berakal, jahil dan seumpamanya. Maka perlaksanaan tersebut tidak dapat tidak mesti memerlukan alatan yang mencukupi. Begitu juga puasa dan zakat, perlaksanaannya memerlukan syarat-syarat.

Haji pula yang merupakan rukun terakhir dilihat lebih luas skop perlaksanaannya. Tiada kemampuan dan kesihatan tidak perlu melaksanakannya, tiada muhrim bagi perempuan maka tidak boleh menunaikannya.

Begitu juga hudud, perlaksanaan wajib, tetapi bila dan begaimana terletak pada masa dan keadaan. Seperti kita katakan haji itu wajib, tetapi perlaksanaannya mengikut masa dan keadaan.

Bagi yang menolak hukum hudud ini sama seperti menolak rukun Islam. Solat, puasa, zakat dan haji. Bagi yang jahil tentang hukum ini, jangan memejam mata untuk mempelajari. Bezanya cepat dan lambat tangkap sahaja.

Bagi yang bukan beragama Islam, maka tidak pelik bagi kita apabila menolaknya. Cuma yang pelik, yang seagama dengan dengan kita.

Sebagai seorang Islam, hudud tidak perlu diragukan lagi. Apabila pemimpin berkata perlu dilaksanakan, kita sokong dan apabila mereka berkata menangguh perlaksanaan, kita juga perlu sokong. Perlaksanaan dan penangguhan itu tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin mengetahui keadaan semasa.

Pada masa yang sama, kita sebagai rakyat perlu melontarkan fikiran bagaimana ingin terlaksana. Selagi tidak faham selagi itu penentangan berlaku.

Dalam hidup ini, tidak indah sekiranya tidak berjuang. Cuma kecil dan besarnya...

http://g-82.blogspot.com/
http://eddieputra03.blogspot.com/
http://penarikbeca.blogspot.com/
http://www.tranungkite.net/
http://insafdunhulubernam.blogspot.com/

"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: