21 December 2008

KEMBALI


Assalamualaikum...

UJIAN hidup adalah satu fenomena yang mesti didatangi setiap muslim agar diangkat martabat mereka menjadi orang bertaqwa.

Tidakkah kita sedar bahawa nabi Muhammad s.a.w merupakan manusia agung, juga menerima ujian, tidak ketinggalan khalifah arrassyidin juga menerima ujian sehingga wafatnya sebahagian mereka dibunuh, para imam juga menerima ujian seperti Imam Assyafie yang disiksa dan digari tangannya di bulan Ramadhan, Imam Bukhari dan Ibn Taimiah wafat kerana diracun serta Imam Abu Haniffah yang terseksa di penjara.

Apakah kita sebagai manusia yang beriman mengingkari ujian yang akan mendatang?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?"

-29:2


"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: