10 January 2009

PALESTIN

Assalamualaikum....
Tatkala Palestin dizalimi oleh Yahudi dan angkatannya, maka kita sebagai umat Islam perlu ada rasa sensitif terhadap kezaliman tersebut. Apabila anda sudah bersedia untuk bersama syahid di medan pertempuran, saya menghargai anda dan jazakumullahu khairan kthiran... Bagi sesiapa yang keuzurun, tiada alasan untuk tidak membantu saudara kita di Gazza kerana banyak lagi bantuan lain yang boleh diberikan.. .

Saya begitu tertarik dengan surat yang ditulis oleh Persiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi(PMMM). Katanya....

Alhamdulillah, nampaknya jiwa dan naluri ahli-ahli PMMM masih hidup dan bernyawa merasai setiap penderitaan saudara-saudara seIslam di Gazzah. Tidaklah jauh andainya saya mengatakan bahawa sifat-sifat seorang mukmin sejati yang disifatkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith sebenarnya wujud pada diri ahli-ahli PMMM yang dikasihi sekalian.


Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:-

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

رواه مسلم في صحيحه باب تراحم المؤمنين وتعاطفهم وتعاضدهم، رقم 4685، ج 12، ص 468

Tapi sayangnya, jiwa dan naluri ini tidak dimiliki oleh mereka yang punya kuasa untuk merubah dan menghentikan kebiadapan yahudi terhadap saudara-saudara kita di Gazzah sana . Terkadang saya berfikir sejenak, mengapakah Presiden Venezuela mampu menghalau duta Israel keluar dari negaranya sedangkan di Negara-negara majoriti muslim, pemerintah-pemerint ahnya hanya sekadar membisu tidak berani bercakap apatah lagi bertindak.

Hairan ya, dengan segala khazanah dan kekayaan yang dimiliki oleh kaum muslimin, tiada satu pun digunakan untuk sekurang-kurangnya membantu menghentikan keganasan yahudi kalaupun tidak mampu menghancurkan mereka. Apa sebenarnya yang berada di fikiran pemimpin-pemimpin ini? Apa sebenarnya jasa yang mahu ditinggalkan kepada umat Islam? Pedih sungguh hati melihatkan kehinaan yang menimpa umat Islam.

Melihatkan tali-tali barut Israel dan kuncu-kuncunya bersidang tanpa sebarang tujuan dan muncul di kaca-kaca televisyen menambah sakitkan lagi hati yang sudah pun sakit melihat penderitaan rakyat Palestin. Presiden Husni Mal’un (bukan lagi Mubarak) tanpa belas kasihan menutup sempadannya kepada penduduk Gazzah, malah menghalang kemasukan doktor-doktor perubatan serta bantuan kemanusiaan ke Gazzah. Masih waraskah atau masih berimankah anda wahai Husni?

Sudahlah begitu, masih lagi mengeluarkan kenyataan yang meminta HAMAS berhenti menyerang Israel di saat Israel sewenang-wenangnya menyerang Gazzah, tidak membenarkan delegasi Gabungan Ulama Islam Sedunia yang di ketuai oleh Dr. Yusuf Qardhawi untuk memasuki Mesir mengadakan pertemuan bagi membincangkan langkah-langkah membantu rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama menerima kunjungan Presiden Perancis yang berketurunan yahudi ke Mesir bagi membincangkan soal Palestin. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh si tali barut ini?

Itu hanya berita dari Mesir, apa pula berita dari dalam Palestin sendiri? Presiden Palestin Mazmum Abbas (bukan lagi Mahmud) juga dengan penuh kebodohan menyalahkan HAMAS atas segala apa yang terjadi di Gazzah dan meminta HAMAS berundur daripada kerajaan. Pelik ya, ketika rakyat seluruh dunia Islam dan bukan Islam berarak di jalanan mengutuk sekeras-kerasnya Israel, si Abbas ini nampaknya berjenaka dengan mengutuk HAMAS.

Apa pula halnya dengan kerajaan Saudi? Huh, dua kali lima juga nampaknya. Ketika tekanan terhadap mereka memuncak supaya dihentikan eksport minyak ke Amerika dan Israel, muncullah si bangang yang membuat kenyataan bahawa idea menggunakan minyak sebagai senjata melawan Israel adalah idea lapuk. Saya ingin bertanyakan kepada si bangang ini. Kalau idea ini idea lapuk rakyat, apa idea baru kamu? Tidak malukah kamu menjadi penyumbang minyak kepada musuh yang menggunakan minyak kamu untuk melanyak saudara seIslam kamu. Sedangkan saudara kamu di Palestin tidak punya walau minyak masak untuk memasak?

Benarlah seperti mana yang tercatat dalam buku-buku sejarah Islam, bahawa tali barut serta kuncu-kuncu kepada musuh di kalangan orang Islam ini perlu dihapuskan dan dibunuh terlebih dahulu sebelum berdepan dengan musuh sebenar kerana mereka inilah sebenarnya yang menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam. Lihat sahaja sejarah Salahuddin Al-Ayyubi ketika dalam usaha membebaskan Baitul Maqdis, Yusuf Bin Tashafin ketika berjuang menghalang serangan tentera kristian menjajah Andalus. Langkah pertama mereka adalah menjatuhkan terlebih dahulu penguasa-penguasa yang bersubahat dengan musuh. Ada di kalangan mereka yang dipenjara dan ada yang dibunuh walaupun dia mengucap dua kalimah shahadah demi maslahah yang lebih besar.

Teringat kisah yang disebut oleh Imam Azzahabi dalam kitabnya ‘Siyar a3lam Nubala’ (Jilid 16, muka surat 149) mengenai Asshahid Abu Bakr Bin Annabulsi yang mengucapkan kata-kata yang sungguh bermakna kepada pemerintah di kala itu. Kata Annabulsi ketika menghadap sang penguasa: “Kalaulah aku mempunyai sepuluh anak panah, nescaya akan aku tujukan 9 daripada anak panah tersebut kepada kamu (pemerintah) , dan 1 kepada tentera Rom Kristian”. Kalau itu kata-kata Annabulsi zaman itu, maka saya ingin mengatakan bahawa “kalau kita punyai 10 peluru berpandu, nescaya 9 daripadanya akan kita tujukan tepat ke muka badut-badut Amerika dan Israel dan 1 kepada Israel”.

Cukup malu sekali memiliki pemimpin-pemimpin yang menjadi batu penghalang kepada usaha mendaulatkan Islam dan tidak peliklah kiranya seorang perempuan tua di Sudan ketika ditemuramah oleh Aljazeera mengatakan kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam: “Ambillah tudung-tudung kami dan jubah-jubah kami ini, dan tinggallah di rumah-rumah kamu, biarkan saja kami yang pergi berrtempur dengan Israel ”. Tidak malukah lagi pemimpin-pemimpin ini mendengar kata-kata sebegini?

Sejahat-jahat Khalifah Almu3tasim pada zaman dahulu yang menyeksa imam Ahmad Bin Hanbal dan mengatakan bahawa Qur’an itu makhluk sekalipun sanggup meninggalkan istana, mendermakan 1/3 hartanya pada jalan Allah dan berjuang bersama tenteranya di medan peperangan demi untuk menyelamatkan maruah seorang wanita Islam yang dicabul kehormatannya oleh raja Kristian di Ammuriyyah, di manakah maruah presiden dan perdana-perdana menteri dunia Islam ketika melihat 700 orang Islam yang sebilangan besarnya kanak-kanak dan wanita syahid terbunuh diserang oleh Yahudi? Kalau Almu3tasim mengerahkan bala tentera hanya kerana seorang perempuan Islam dicabul kehormatanya, apa agaknya yang akan beliau lakukan andai mengetahui 700 orang Islam syahid dibunuh musuh? Wa mu3tasimah! (Rujuk Alkamil fi tarikh oleh Ibnul Athir, jilid 3, muka surat 197).

Suka saya menegaskan di sini buat tali-tali barut ini dan mereka yang masih lagi menyokong rejim-rejim ini atau bersimpati dengan mereka supaya merenung kembali firman Allah ini:-

لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الآخر يوآدون من حاد الله ورسوله ولو كانوا ءابآءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم أولئك كتب في قلوبهم الإيمان وأيدهم بروح منه ويدخلهم جنات تجرى من تحتها الانهار خالدين فيها رضى الله عنهم ورضوا عنه أولئك حزب الله ألا إن حزب الله هم المفلحون.

سورة المجادلة، الآية 22-


Dan firman Allah dalam ayat yang lain:-

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون.

سورة هود، الآية 113-

Saat ini, dan ketika ini kepada siapa lagi mampu kita umat Islam bergantung setelah mengetahui mereka yang sepatutnya memikul tanggungjawab mempertahankan Islam telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka? Masihkah mahu terus berada dalam kehinaan umpama seorang yang lumpuh tidak mampu mengipas lalat yang hinggap di hidung?

Melalui surat terbuka ini, saya ingin menggesa seluruh ahli PMMM supaya bangkit memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Tolonglah bersikap lebih prihatin dan proaktif terhadap isu ini, buangkan sifat keakuan dalam diri, mereka yang terbunuh di sana adalah ibu, ayah, abang dan adik kita semua. Kejutkan sahabat dan rakan yang masih lagi lena dibuai mimpi, sampaikan kesedaran kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang lain.

Boikotlah segala perkara yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis, ubah sikap dan perangai sendiri ke arah yang lebih baik, kembalilah hidup berpandukan Al-Quran dan Assunnah, kerapkanlah menadah tangan mendoakan kemenangan buat saudara-saudara kita di Palestin dan carilah jalan membantu saudara-saudara kita di Palestin walau dengan bantuan yang sedikit. Apakah kita sanggup melihat Islam itu dalam keadaan hina tertindas sedangkan kita masih hidup?

katanya lagi ...

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan baik kepada semua ahli PMMM dan saya doakan anda semua berjaya dengan jayanya. Bertempurlah dengan penuh bersemangat dalam medan ilmu di sini, insyaAllah apabila masanya telah tiba dan diizinkan Allah, akan diberinya peluang kepada kita berjuang di medan peperangan.


Duhai Gazzah, kalaulah mampu kami berikan nyawa dan darah kami untuk membantu kamu menggantikan pena yang menulis ini. Ya Allah matikan kami semua dalam keadaan syahid menegakkan agamaMu. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:-


مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

-رواه مسلم في صحيحه، باب استحباب طلب الشهادة في سبيل الله تعالى، رقم 3532، ج 10، ص 17.


p/s: Kita bagaimana di Malaysia?
"Thabbit kulubana ala dinik"

0 kritikan: